Kali ini sharing ku adalah bagaimana melepaskan & memberi ruang kepada ibuku agar dapat mengurangkan kegelisahan.
Kelmarin (Selasa, 28 Mac 2023), seusai tadarus di Dewan Kuliah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP), kami terus menuju ke sekolah anakku untuk menjemputnya pulang. Si anak yang berusia 11 tahun balik dari sekolah jam 1 tengah hari. Namun, dek kerana dia tidak mempunyai kawan di kawasan kejiranan kami, maka si anak akan meminta izin untuk balik lewat sedikit agar beliau ada masa untuk bermain chess bersama kawan- kawan di sekolah.
Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk menjemputnya pulang lewat 1/2 jam atau 45 minit selepas waktu persekolahan.
Maka, pada hari tersebut, kami tiba di sekolah sekitar jam 1.30 tengah hari, Kebiasaannya aku menunggu 10-15 minit di dalam kereta sambil menghabiskan zikir-zikir harian. Bagiku, itulah moment penting untuk aku merehatkan diri setelah bekerja atau menyelesaikan pelbagi urusan dari pagi ke tengah hari.
Tetapi mak tak boleh menunggu. Setelah 5 minit berlalu, mak resah gelisah di dalam kereta. Berkali-kali memerhati satu-persatu kanak-kanak yang melangkah keluar dari pagar sekolah. Walaupun sudah diberitahu bahawa anakku akan keluar lewat sedikit, tapi mak tak boleh sabar. Sekejap keluar dari kereta & sekejap lagi masuk semula ke dalam kereta.
Setelah hampir 10 minit berlalu, akhirnya mak berjalan masuk ke kawasan sekolah. Aku lepaskan sahaja beliau agar beliau rasa puas hati.
Seketika kemudian, anakku datang ke kereta & memberitahu bahawa dia masih belum selesai bermain chess. Maklumlah, main chess memerlukan masa yang agak lama untuk menghabiskan satu set permainan. Aku menyarankan agar dia memberitahu sendiri kepada neneknya, agar neneknya menunggu beberapa minit lagi.
Setelah itulah, baharulah mak datang semula ke kereta & menunggu dengan tenang di dalam kereta.
Begitulah….apabila berada dalam situasi begini, kita boleh memberi ruang & melepaskan pesakit skizo mencari kebenaran akan kata-kata kita jika mereka tidak percaya kepada kita. Jangan paksa pesakit untuk terus menunggu & bersabar kerana mereka tidak boleh berada dalam keadaan tenang.
Bagi sesetengah orang (care taker), mereka akan rasa rimas (annoying) dalam melayan kerenah pesakit yang berterusan bertanya/mengomel dengan soalan-soalan yang sama berulang kali. Contohnya, mak asyik bertanya “Lambat lagi ke…?” atau “ Mana Ahmad ni…” ataupun “Laaa bukan Ahmad yang keluar (dari pagar sekolah), anak orang lain. Mana Ahmad?” dan sebagainya berulang-ulang kali.
Oleh sebab itulah, kita sebagai penjaga pesakit perlu mempertingkatkan tahap kesabaran. Semua ini adalah ujian kepada keimanan & kesabaran kita. Ujian yang lebih besar adalah kepada orang sihat yang menjaga pesakit.
Sebagai orang Islam, cara untuk meningkatkan kesabaran ialah dengan amalan zikir & selawat harian. Zikir boleh menenangkan hati. Jika kita fokus berzikir, kita tak perlu menjawab setiap pertanyaan pesakit. Bukan bermaksud untuk mengabaikan mereka, tetapi untuk mengelakkan kita menjadi marah & stress. Pesakit skizo akan tetap bertanya/mengomel berterusan tanpa memikirkan perasaan penjaga, kerana minda mereka tidak dapat di kawal.
Antara zikir harian yang aku amalkan ialah membaca “Selawat Tafrijiyyah” ataupun “Ya Latif” sebanyak 33,333 kali. Zikir Ya Latif ini boleh dihabiskan dalam masa 1 hari atau beberapa hari bergantung kepada kemampuan kita membacanya. Zikir ini telah diijazahkan oleh Ummi Zaitun (Balu kepada Habib Mohsin Al Attas, Batu Pahat) kepada Ustazah Sharifah Hafsah ketika kami Rehlah Ibadah ke Surabaya pada tahun 2022 & kemudiannya diijazahkan kepadaku oleh Ustazah Sharifah Hafsah.
Bacaan zikir Ya Latif 33,333 kali
Antara kelebihan zikir ini ialah ia mampu melembutkan hati kita, hati ahli keluarga (dengan niat & doa kita), memudahkan urusan harian, dengan izin Allah akan termakbul segala apa yang kita hajati & ganjaran/rezeki yang Allah swt kurniakan tanpa disangka-sangka. Ada pelbagai lagi kelebihan yang tak dapat nak disebutkan di sini. Boleh diamalkan & rasakan sendiri fadilhatnya setelah mengamalkannya.
Itulah antara cara aku menenangkan diri dalam melayan kerenah ibu. Diam & berzikir. Jangan banyak menjawab kata-kata ibu kerana ia boleh menegangkan situasi.
Berbalik kepada kisah mak tadi…akhirnya mak lega apabila anakku selesai main chess & kami pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah, mak tetap mengomel/komplen & anakku hanya mendiamkan diri. Alhamdulillah semua anak-anakku telah faham akan keadaan neneknya.
Buat sahabat yang menjaga ibu bapa yang sakit, bersabarlah dalam zikrullah. Sabar itu indah, di akhirnya Allah swt pasti memberikan ganjaran yang baik kepada orang yang sabar. Fasobrun Jamil.
Salam sayang dari ku. In shaa Allah kita berjumpa lagi dalam sharing yang lain, part 6.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always 💝Zan Aizan💝 (Khamis, 8 Ramadhan 1444H/30 Mac 2023)
Seperti biasa, saya temankan mak ke Pakar Psikiatri.
Saya kagum & respect dgn nurse yg bertugas di klinik pakar tersebut kerana sepanjang menunggu giliran, ada pelbagai kerenah insan2 istimewa yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Menunggu Giliran
Ada yang boleh duduk diam & memerhati sekeliling,
ada yang ketawa sendirian,
ada yang berjalan berulang-alik,
ada yang kejap2 minum air tapi segelas tak habis2 & macam2. Semuanya nurse biarkan & tetap menyantuni setiap pesakit.
Alhamdulillah mak dah banyak improvement sejak mendapatkan rawatan di sini bermula pada tahun 2001 hingga sekarang. Pelbagai ubat doktor bagi secara berperingkat. Mak bosan juga menunggu giliran, tapi akhirnya mak ambil buku “IMPIANA” & belek2 tengok lanskap rumah. Menarik juga…hehehe
Saya masih ingat, ketika pertama kali ahli keluarga & orang terdekat mengetahui tindakan kami bawa mak ke pakar psikiatri, semuanya marah. Pelbagai tohmahan saya terima. Ada yang kata:
saya anak derhaka kerana bawa mak ke hospital orang gila,
saya tak sayang mak kerana anggap mak gila,
saya memalukan keluarga,
saya buka aib keluarga & sebagainya. Namun..semua itu saya abaikan. Terbukti, berkat doa & pelbagai usaha mendekatkan diri kepada Allah swt, mak jauh lebih baik dari 20 tahun lepas. Semuanya dgn izin Allah swt.
Sebenarnya…pemikiran orang Malaysia sangat rendah tahap keterbukaannya tentang PSIKOLOGI & MASALAH MENTAL. Maaf cakap, terutamanya orang melayu.
Majoriti dalam masyarakat kita, tak mahu terima kenyataan bahawa kita perlukan nasihat dari pakar psikologi dalam menangani stress, trauma, anxiety & dll. Kita sendiri boleh sahaja merujuk kepada yang pakar jika kita sedar diperingkat awal bahawa kita sedang mengalami masalah mental/emosi.
Namun….sayangnya, majoriti orang lebih takut dikecam masyarakat & malu. Akhirnya penyakit bertambah serius & membahayakan orang sekeliling. Malahan ada yang berbunuh-bunuhan apabila sampai ke tahap halusinasi.
Selain daripada itu, pada saya, informasi & pendedahan tentang penyakit mental sangat kurang dihebahkan oleh pihak2 berautoriti di negara kita. Saya sendiri sering mendapatkan maklumat melalui google/youtube & saya lihat rakyat di negara luar tiada masalah untuk berkongsi tip/pengalaman cara menangani ahli keluarga yang ada mslh mental. Malahan buku2 yang ditulis dalam bahasa melayu juga sangat kurang.
“Entah siapa yang salah…ku tak tahu…” Eh ternyanyi pulak😆😆😆
Saya attached beberapa gambar2 buku yang saya beli & baca di rumah. Kebanyakannya, in English.
Nasihat saya yang faqir…bukalah minda. Jangan malu bertanya & dapatkan rawatan jika anda ada simptom sakit jiwa/mental. Ia bukanlah sesuatu yg memalukan untuk pergi ke pakar psikiatri. Saya sendiri kadang2 terasa saya nak berbual2 dengan pakar psikiatri hehehe. Tambahan pula, doktor yang merawat mak hari ni sangat lembut & berbudi bahasa.
Mengiring Mak Ke Klinik Pakar Psikiatri
Apa2 pun….bersihkan hati dgn zikrullah. Be happy & don’t stress!
Sejak lebih dari sebulan lepas, mak merajuk tak mahu ke kelas pengajian Al Quran. Setiap minggu saya pujuk mak, tapi mak cakap mak tak mahu pergi.
Puncanya, ada satu hari yang kelas terapaksa diawalkan sehari dari jadual biasa iaitu hari khamis. Kebiasaannya kelas ialah pada hari jumaat. So….pada hari tu, mungkin ramai ibunda lain yang tak baca group wasap, maka mak seorang sahaja yang hadir. Selepas tu mak merajuk. Katanya takde orang yang nak datang mengaji dah.
Padahal, minggu2 seterusnya kelas berjalan seperti biasa & ada ahli kelas yang hadir.
Begitulah keadaannya seorang pesakit skizo. Dia tidak boleh lari dari rutin harian yang telah dijadualkan. Jika terlari & berlaku sedikit kesilapan dengan perubahan jadual hidup, dia jadi serik & akan menghentikan rutin itu.
Bukan semua orang faham keadaan ini. Saya diberi peluang menguruskan mak sejak 1997 hingga sekarang (26 tahun). Saya faham keadaan ini, tapi orang lain mungkin agar sukar untuk memahaminya.
Jumaat lepas/kelmarin adalah hari yang agak sibuk tapi saya berniat untuk hadirkan mak ke kelas mengaji. Banyak perkara cthnya dokumentasi & urusan kerja yang perlu saya selesaikan memandangkan pada hari sabtu (semalam) ada AGM MTP. Pada hari tersebut juga, anak sulung nak balik ke Sarawak. So saya decide, lepaskan dia dengan iringan doa dari rumah sahaja. Cukuplah sekadar ayahnya yang menghantar ke KLIA.
Lepas solat zohor di office saya berehat dengan membaca Al Kahfi. Dalam fikiran, masih berdoa agar Allah bagi ilham untuk saya pujuk mak. Seusai membaca Al Kahfi, saya rasa tenang. Sungguhlah, solat & membaca Al Quran itulah adalah satu cara berehat yang paling baik.
Solat itu adalah ikatan seorang hamba dengan Ilahi. Dalam riwayat, Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA “Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.”
Lalu saya berfikir & bermonolog dengan diri, “Aku bekerja sendiri. Aku boleh mengatur waktu sendiri. Sepenat mana pun aku, tidaklah sepenat Rasulullah saw dalam dakwahnya. Baginda mula berdakwah pada usia 40 tahun sedangkan aku baru berusia 45 tahun sudah rasa penat nak pujuk mak. Mak memujukku dengan pelbagai kerenah sejak aku lahir hingga dewasa. Hanya seorang, bukan puluhan ribu orang yang perlu aku pujuk. Ya Allah….bodohnya aku! Jahilnya aku!”
Teman Mak Belajar Al Quran
Menitis air mata tanpa disedari. Tambahan pula pada hari tersebut, tasbih harian saya hilang. Bertambah lagi rasa bersalah pada diri atas kekurangan zikir. Mungkin tasbih juga merajuk dengan saya…huhuhu.
Lalu saya keluar dari office & balik ke rumah.
Saya turun dari kereta masuk ke rumah sekejap & saya keluar semula. Ma shaa Allah, Allah ilhamkan saya untuk guna teknik “REVERSE PSIKOLOGY” yakni…jika mak tak nak ke kelas, biar saya yang pergi untuk menggantikan mak.
Tiba2 mak menjerit “Awak nak pergi mana? Mak nak ikut!”
“Nak ke kelas mengaji” Jawabku
“Hah!? Tunggu, mak bersiap!” Jerit mak lagi.
Begitulah…
Akhirnya saya faham mesej dari Allah. Dia sedang mentarbiah saya.
Alhamdulillah semua anak2 saya tiada masalah menangis ketika masuk sekolah sejak kecil. Tak perlu dipujuk2 atau ditunggu. Allah telah mudahkan segala urusan saya membesarkan anak ketika saya & suami struggle memulakan perniagaan. Sekarang…saya diberi peluang untuk memujuk, meneman, menghantar mak ke kelas laksana seorang anak kecil. Atas faktor usia, Mak perlukan perhatian yang lebih dari biasa.
Kenapa saya tak bersyukur & mengambil peluang itu?
(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
Surah Ar Rahman yakni erti “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.
In shaa Allah…selepas ini saya akn sentiasa menemani mak ke kelas selagi tiada kekangan.
Dewan Kuliah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) Kuantan Pahang
Kepada yang masih ada ibu, hargailah ibu. Apa pun keadaan ibu kita, tiada gantinya setelah beliau kembali kepada Pencipta.
Muhasabah diri. Kita bukan manusia sempurna.
Segala yang terbaik itu datangnya dari Allah, kitalah hamba yang punya banyak khilaf & kelemahan diri😔.
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Begitulah perumpamaan yang sering kita dengar sejak dulu.
Ia adalah benar, tanggungjawab menjaga ibu adalah berat bagi sesetengah orang. Ada yang merasakan ibu adalah ladang pahala, tetapi tanpa sedar mereka melakukkan lebih banyak dosa selama menjaga ibu.
Tutur kata yang mungkin menyinggung hati ibu, kasih sayang yang tak ikhlas terhadap ibu, layanan yang tak seberapa, mementingkan kerja & hal2 lain apabila ibu bekeperluan dan lain2. Itulah dugaan yang perlu ditempuhi. Seorang anak perlu Ikhlaskan hati & banyakkan muhasabah diri untuk membersihkan hati.
Namun seorang ibu jarang menunjukkan marah & rajuknya. Maka si anak akan terus rasa selesa. Cukup sekadar menghantar bunga/hadiah pada hari lahirnya, terasa diri, dialah anak yg paling soleh/hah. Begitulah kita…..😫
Pada 9.11.2021 saya menemani mak ke hospital. Rutin biasa bertemu pakar psikiatri & mendapatkan ubat.
(9.11.2021) Jabatan Psikiatri Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan Pahang
Appointment mak pada jam 8.30 pagi. Kami bergegas ke hospital di awal pagi tetapi apabila sampai di hospital, mak tak bersedia untuk daftar. Mak ajak ke kedai mee kari terlebih dahulu. Mak memang suka makan mee kari di kedai makan berhampiran hospital. Sanggup melewatkan appointment nya sebab nak makan mee kari.
Walaupun terpaksa menunggu lama kerana mak dah terlepas turn, tapi saya bersyukur kerana semua itu ada hikmahnya, Allah bagi lebih banyak masa untuk saya duduk berfikir, muhasabha diri sambil menghabiskan zikir Al Fatihah 500 kali, malahan saya suka dengan nasihat doktor. Bila mak nyatakan keadaannya yang mudah panik & rasa tak aman bila ada sesuatu rutin baru dlm hidupnya, nasihat doktor ialah banyakkan beristifar & berzikir.
“Itulah ubat terbaik, makcik” kata sang doktor.
Ubat Mak
“Disamping makan ubat, istifar jangan tinggal. Masalah panik adalah normal, ramai orang ada masalah tu. Banyakkan istighfar & berzikir supaya hati jadi tenang. Kalau makcik dah tenang sekalipun, takde salahnya untuk teruskan rawatan kat sini”
Ma shaa Allah….Terharu dengan nasihat doktor.
Zikrullah adalah penawar. Dakwah bukan hanya dari seorang daie/ustaz/ustazah tetapi dari sesiapa sahaja yang memahami akan KeEsaan Allah swt & fadhilat2 dari istighfar & zikir.
Ambil kesempatan dalam setiap saat yg kita ada. Beristighfarlah & berzikirlah.
Pada 27 Januari 2023 yang lalu, ibu mertua saya sesak nafas & dijangkiti kuman pada paru2. Beliau hampir ditidurkan untuk menjalani proses perubatan.
Kitab Ratib Al Attas, Selawat & Zikir susunan Habib Muhammad bin Alwi Al-Attas
Saya segera meminta bantuan guru saya & mengumpul rakan2 untuk membaca Ratib Al Attas secara berjemaah untuk mendapatkan bilangan sebanyak 41 kali bacaan dengan kadar segera. Dengan pimpinan Ustazah Sharifah Hafsah, kami bersama 25 orang sahabat telah berkumpul & membaca Ratib Al Attas sebanyak 2 kali bacaan (25 orang darab 2 kali bacaan bersamaan dengan 50 kali) dalam masa 1 jam lebih.
Alhamdulillah, sejam selepas itu kami dikhabarkan ibu mertua saya tidak perlu ditidurkan & hanya memerlukan rawatan rapi di ICU. Subhanallah, sekarang beliau telah sihat & kembali ke rumah. Ketika blog ini ditulis, beliau dah diacharged from hospital & boleh memandu ke sana sini 😬😬😬.
Keadaan Ummi (Mak Mertua) dalam ICU
Pada hari Sabtu 18.2.2023, apabila kami dikhabarkan bahawa ayahanda kepada sahabat kami, Syarifah Ummu Salamah yang ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru2, kami juga telah melakukan perkara yang sama. Dengan kehadiran sahabat seramai 35 orang, kami membaca Ratib Al Attas sebanyak 2 kali.
Selepas beberapa jam, pada hari yang sama, kami diberitakan bahawa ayahanda beliau telah sedar, walaupun masih berada di ICU tetapi bernafas menggunakan mesin oksigen biasa. Keesokan harinya, beliau lebih segar & boleh bangun untuk makan.
Beberapa jam selepas membaca Ratib, beliau tidak lagi ditidurkan
Ma shaa Allah…..
Semuanya dengan izin Allah swt. Dia yang memberi kesakitan & Dia lah jua yang menyembuhkan. Kita sebagai hamba Nya, hanya mampu berikhtiar, berdoa & bertawakkal.
Sejak itu, ramai kenalan yang bertanya kaedah pembacaannya. Malahan ada yang salah sangka…adakah kami duduk berhimpun & membaca ratib sebanyak 41 kali? TIDAK! Bukan begitu kaedahnya… Jika kami membaca sebanyak 41 kali, mungkin dari pagi hingga malam pun masih belum selesai membaca hehe✌🏻🙏🏻😄.
Berikut adalah kaedah/kaifiat pembacaannya:
Membaca seorang diri sebanyak 41 kali (jika mampu lakukan sendirian).
Mengumpulkan 41 orang & membaca sekali sahaja (secara berjemaah).
Mengumpulkan 25 orang & membaca 2 kali secara berjemaah/beramai2. Bermakna 2 kali bacaan darab 25 orang bersamaan dengan 50 kali kiraan (melebihi & cukup seperti yang kita hajati iaitu sebanyak 41 kali bacaan).
Mengumpulkan 11 orang & membaca sebanyak 4 kali. So kita akan dapat bacaan sebanyak 44 kali (11 orang darab 4 kali).
Hitunglah berapa orang yang hadir & bacalah sebanyak bilangan yang boleh mencukupkan 41 kali atau lebih SECARA BERJEMAAH.
Namun…harus diingat, bahawa membaca Ratib Al Attas ini adalah perlu yakin bahawasanya hanya Allah swt Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu & Dia lah Yang Maha Penyembuh.
Ratib ini juga perlulah menjadi amalan harian.
Mudah2han Allah swt makbulkan segala permintaan, hajat & menyembuhkan penyakit.
Semoga yang membaca catatan ini juga diberi faham untuk beramal. Carilah guru yang mursyid agar ilmu bersanad & kita ada rujukan yang tepat. Jangan berguru dengan “Encik Google” semata2 wlpn ia boleh digunakan sebagai rujukan pada certain perkara.
Kaedah ini hanyalah salah satu cara untuk memohon hajat yang besar selain daripada kaedah lain atau amalan pembacaan zikir2 yang lain atau solat hajat. Bagi yang mengamalkan zikir/ratib yang lain juga beh teruskan tanpa mengurangkannya walaupun mengamalkan Ratib Al Attas.
Sila rujuk video fadhilat Ratib Al Attas yang saya attached untuk fadhilat2 membaca ratib ini:
Petikan dati kitab Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah
Apabila bercerita tentang Raudhah, Ma sya Allah….. Tiada siapa pun yang dapat melupakan kenangan ketika berada di situ. Semua yang pergi ke Kota Madinah, In shaa Allah dengan izin Allah swt pasti akan masuk ke Raudhah, melainkan bagi wanita yang uzur syarie.
Kali ini saya ingin ceritakan tentang tempat mustajab berdoa terutamanya bagi wanita kerana kawasan Raudhah bagi wanita dan lelaki adalah berbeza.
Ramai orang yang pergi ke Raudhah tetapi mereka tidak tahu mengenai tiang-tiang di dalam Raudhah. Malahan tidak mengambil tahu tempat mustajab doa di dalam Raudah. Ramai yang tahu bahawa Raudhah adalah Taman Syurga & sepatutnya apabila kita sentiasa menyebut kalimah “Aku ingin ke syurga” atau “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga tanpa hisab” maka kita sepatutnya mengambil tahu bagaimanakah keadaan syurga itu.
Dimanakah tempat Baginda Nabi saw berkhutbah?
Dimanakah tempat Saidatina Aisyah ra sering solat & berdoa?
Dimanakah tempatnya pohon kurma yang menangis, lalu tangisannya berhenti berkat usapan Nabi saw?
Dan pelbagai kisah lain lagi.
Allahuakhbar….. Sedihnya, kerana apabila kita telah diberi peluang untuk masuk ke taman syurga tetapi kita tidak mengambil cakna mengenai keadaan di dalam taman syurga tersebut.
Saya terkilan apabila ramai orang yang masuk ke Raudhah tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya berada di kawasan tambahan Raudhah. Mereka bukan berada di dalam kawasan Raudhah yang asal kerana sekarang semua karpet di Raudhah adalah berwarna hijau. Tidak ada lagi karpet yang dibeza-bezakan warnanya seperti beberapa tahun yang lalu.
Oleh itu ambillah cakna, seumpama apabila kita ingin bertamu atau bertandang ke rumah seorang yang ternama/VIP, sudah tentulah kita akan mengambil tahu tentang lokasi dan keadaan kediaman tersebut.
Apatah lagi apabila kita ingin masuk ke taman syurga, seharusnya kita mengambil tahu keadaan taman syurga kerana kita belum pasti akan ke syurga apabila di akhirat nanti. Rebutlah peluang untuk betul-betul berada di taman syurga ketika masih ada hayat. Jangan diremehkan kewujudan Raudah😢.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ (رواه البخاري، رقم 1196 ومسلم، رقم 1391)
“Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga.” (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)
Untuk makluman, pintu masuk di Masjid Nabawi juga sentiasa ditukar-tukar oleh kerajaan Arab Saudi. Sebelum satu Muharam 1444H, pintu masuk adalah melalui pintu 25. Kemudian ia ditukar kepada pintu 37 bagi yang menggunakan aplikasi EATMARNA, manakala yang tidak menggunakan aplikasi EATMARNA boleh masuk melalui pintu 32. (Ketika blog ini di publish, Arab Saudi telah menukar kepada aplikasi NUSUK)
Kita perlu tahu kedudukan Raudhah yang sebenarnya iaitu di antara makam Rasulullah saw, hingga ke mimbar Baginda saw.
Peta Lakar Raudhah (sumber: Google)
Kenalkah kalian akan mimbar Rasulullah saw? Tolonglah buat sedikit kajian sebelum ke Raudah.
Sehingga ke hari ini, dari tarikh saya berada di Madinah (5-10 Ogos 2022) saya mendapat info dari rakan-rakan yang menunaikan umrah, sesiapa yang masuk melalui 37 mereka akan berada di kawasan Raudhah yang asal. Dan masih lagi berhampiran dengan makam baginda Nabi saw. Manakala sesiapa yang masuk melalui pintu tiga 32 akan berada di kawasan tambahan Raudhah. Tetapi di situ, di bahagian hujung sebelah kiri, berhadapan dengan mimbar Rasulullah saw adalah masih kawasan Raudhah. Untuk info, saya telah masuk melalui kedua-dua pintu iaitu 32 & 37 ketika musim haji yang lalu. (Statement ini mungkin bertukar apabila kerajaan saudi menukar pintu masuk)
Mari kita lihat keadaan apabila masuk ke Raudhah melalui pintu 37 melalui video yang saya pertontonkan. Dalam video tersebut, saya tunjukkan Tiang Saidatina Aisyah ra, yang mana ia merupakan tempat mustajab doa. Video itu saya ambil pada 10 Muharam 1444H, jam 6.00am ketika saya dibenarkan masuk pada hari tersebut, sebelum ia dibuka secara official pada jam 8.00am.
Ketika saya melangkah masuk ke Raudhah.
Bagaimana pula persiapan kita untuk masuk ke Raudhah? Okey…..apabila kita ingin berjumpa dengan seseorang yang kita kagumi & segani, sudah tentulah kita akan mempersiapkan diri dengan pakaian yang cantik, kemas & segak. Tutur kata juga telah disusun agar dapat berkomunikasi dengan baik.
Begitu juga apabila kita ingin bertemu ataupun menziarahi Rasulullah saw. Baginda adalah Penghulu umat Islam, malahan kekasih Allah swt. Tudakkah kita terasa akan kerdilnya diri untuk menziarahi Baginda Nabi saw? Oleh itu, persiapkan diri dengan lebih awal. Perbanyakkanlah selawat, zikir dan melakukan solan-solat sunat contohnya solat sunat Tahajjud, Hajat, Dhuha, Istikharah, Witir dan sebagainya.
Kerana itulah kita perlu membuat persiapan awal, maksudnya mempersiapkan diri dengan pelbagai amalan berzikir dan berselawat setiap hari bukan semata-mata untuk ke Raudhah tetapi untuk mendapat syafaat daripada baginda saw serta untuk kerohanian kita yang lebih baik. Perbanyakkanlah selawat setiap hari di sepanjang hayat kita sehingga kita dapat bersama-sama dengan Rasulullah saw di akhirat kelak.
Tiang Aisyah dari bahagian wanita (lihat tulisan hijau pada tiang)
Apabila berada di Raudhah pula ambillah peluang untuk berdoa dan berselawat sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan semua doa diaminkan oleh para malaikat & diangkat sehingga dimakbulkan oleh Allah swt. Rebutlah segala peluang yang ada sementara Allah masih mengizinkan kita untuk menziarahi Rasulullah dan berada di taman syurga.
Marilah sama2 kita pahatkan di hati agar kita tergolong dalam kalangan orang yang mencintai Nabi saw sehingga mampu menitiskan air mata akibat merindui Baginda Nabi saw. Kita sama2 niatkan & berdoa agar dijemput untuk berkali-kali hadir ke Taman Syurga & alangkah indahnya jika hayat kita juga berakhir di sisi Nabi saw.
Fahamkan, agar jika kita masuk dari mana2 pintu sekalipun kita tahu semuanya berkenaan Raudhah.
Seusai subuh, aku duduk di birai tingkap bilik hotel, menghadap Masjid Nabawi & bersedia untuk membaca Ratib Al Attas. Kitab hijau telah pun ku aturkan diatas meja kecil dihdapanku.
Telefon berdering…
“Assalamualaikum Zan (memulakan bicara & bla bla bla….)
Zan….Kita akan berangkat ke Surabaya bersama Ummi Zaitun (Isteri kepada Habib Muhsin Al Attas) bulan depan” Kata Ustazah Sharifah Hafsah.
“In shaa Allah…Zan akan fikirkan” Jawabku
Dalam fikiran, aku sedang berada di Madinah, belum pulang ke Malaysia tetapi sudah ada perancangan nak ke Surabaya hehehe😬😬😬. Ku suarakan kepada suami, tiada riak cuak dari wajahnya. In shaa Allah….green light✌🏻.
Sementelah aku pulang dari mengerjakan haji, kami mulai menyusun tentatif Rehlah Muhabbah ke negara jiran.
Apa tujuan rehlah ini?
Antara tujuan utama ialah:
Kami ingin bertemu dengan guru kepada Ustazah Sharifah Hafsah iaitu Hadratus Sheikh Gus Arifin bin Ali bin Hasan untuk mengambil ijazah beberapa selawat serta mendapatkan beberapa kitab terbaru beliau.
Menghadiri majlis perkahwinan cucunda kepada Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas dengan iringan balu Almarhum Habib, Ummi Zaitun.
Menghadiri Majlis Khatam Al Quran & Maulid di Yayasan Muslimin, Malang serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz yatim di situ.
Menghadiri Maulid & Haul Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas.
Maulid Akhbar di Yayasan Al Munawwarah
Menziarahi makam para wali
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 1 Sabtu, 24 September 2022
Alhamdulillah dengan izin Allah swt & redho dari suami tercinta akhirnya aku, Ustazah Sharifah Hafsah & Tengku Suraya (Kak Sue), tiba di Surabaya pada jam 7.40pm. Mungkin Mr Pilot racing di udara, maka flight Air Asia yang kami naiki tiba awal 20 minit di Airport Surabaya😂.
Kami dijemput oleh pemandu super Sheikh Gus Arifin & seterusnya di bawa ke Guest House di Yayasan Al Munawwarah, Pondok Gus Arifin, HPH6+4H3, Permata Graha Asri, Sidopurno 2, Sidokepung, Kec. Sidoarjo, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur 61252, Indonesia. Lokasi: https://g.co/kgs/5Tkfwc
Sebuah rumah yang sangat selesa untuk kami merehatkan diri. Rumah agam yang dihiasi dengan frame mempamerkan gambar para ulama seluruh negara & barang2 kepunyaan Rasulullah saw.
Manakala, rombongan Ummi Zaitun, Cikgu Salleha, Makcik Salmah, Kak Munah, Kak Mas & Kak Nani yang bertolak dari Johor Bharu telah terlebih dahulu sampai ke Guest House tersebut. Kami semua berkenalan & makan malam bersama-sama.
Habib Husen Al Hasni selaku penyelia Yayasan Al Munawwarah telah menyantuni kami dengan baik pada malam itu.
Terdapat banyak kitab hasil karangan & susunan Sheikh Gus Arifin di Guest House tersebut. In shaa Allah, kami akan membawa pulang beberapa kitab yang mampu di bawa balik.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 2 Ahad, 25 September 2022
Di awal pagi, kami dikunjungi oleh Habib Umar Al Attas, anak kepada Habib Muhsin Al Attas. Kunjungan beliau adalah sebagai menyantuni kedatangan Ummi Zaitun, iaitu ibu tiri beliau & sekaligus menitipkan pelbagai ilmu & nasihat kepada kami semua.
Kemudian kami ke Indah Bordir dengan menaiki Grab. Ia tak jauh dari Yayasan Al Munawwarah & merupakan sebuah pusat jualan pakaian. Pelbagai pakaian muslimah, baju bersulam, telekung solat, kemeja batik lelaki dan sebagainya dijual di sini.
Kemungkinan atas keberkatan doa masuk pasar yang diajarkan oleh Ustaz Azian bin Man semasa di Mekah, menyebabkan sampai ke hari ini aku belum berselera untuk membeli-belah. Lalu, aku pulang dengan tangan kosong.
Doa Masuk Pasar
Kami singgah solat di Masjid Al Muhajirin Kahuripan Nirwarna sebelum balik ke Guest House dengan menaiki grab. Aku, K Sue & Sh Fatimah balik ke guest house, manakala Cikgu Saleha, Kak Mas & Kak Nani bersiar2 ke Kota Surabaya.
Ma shaa Allah….
Makan pagi, tengah hari & malam kami disediakan oleh ahli khidmat Sheikh Gus Arifin. Mereka bertiga, turut datang ke Guest House tersebut, semata-mata untuk menyantuni segala keperluan kami. Ahli khidmat bukanlah anak-anak muda seperti kebiasaannya di Malaysia, sebaliknya warga emas berusia 60an. Terharu rasanya dengan kekuatan tenaga mereka & kesanggupan mereka menyantuni kami.
Seusai solat maghrib berjemaah di surau, kami bersiap untuk majlis tahlil & maulid. Majlis tahlil diadakan di makam kedua ibu bapa Sheikh Gus Arifin yang berada bersebelahan dengan surau.
Surau ini sangat cantik. Rujuk gambar2 yang di upload di FB ku melalui link yang ku sertakan. Dindingnya dihiasi dengan piring2 yang setiap satunya ditulis dengan Asmaul Husna, Nama2 Nabi serta selawat. Ukiran pintu & tingkap kayu sangat unit & menarik.
Kemudian, bacaan Maulid Simtudduror dibacakan. This is the best part….I love majlis maulid. Setiap kali membaca maulid, air mata akan menitis huhu…. Maulid ini agak panjang berbanding Maulid Ad Dhia Ulami’ & Maulid Ad Dibai’. Semangat penduduk disini juga sangat membara. Berlainan sungguh dengan keadaan sambutan maulid di Malaysia.
Semoga dengan bacaan Maulid memuji Nabi saw, akan menambahkan kecintaan kami kepada Baginda saw.
Tiada jamuan makan mewah selepas maulid. Cukup sekadar edaran secawan teh panas & 2 jenis kuih. So…tak hairanlah kalau penduduk di sini majoritinya tak obesiti hehehe. Kalau di Malaysia, makanan lebih ramai dari tetamu kehkeh.
Begitulah berakhirnya 2 hari pertama kami dalam Rehlah Mahabbah ini.
Seawal jam 6am kami telah bersiap untuk ke Pondok Pesantren Putri Babul Khairat, Pasuruan. Macam biasa…sebelum bergerak, kami mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan sekitar Yayasan Al Munawwarah.
Perjalanan ke Pasuruan mengambil masa hampir 2 jam. Beberapa kali aku terlelap dalam kenderaan. Kami dijemput oleh van dari pesantren tersebut.
Tujuan ke sini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunda Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas serta Majlis Maulid & Haul beliau. So, kami akan bermalam selama 4 hari di sini.
Ma shaa Allah…. Kedatangan kami disambut seperti turunnya seorang permaisuri yang ingin melangkah ke tempat bersemayamnya. Anak-anak pesantren yang penuh adab & akhlak yang tinggi menyantuni kami sebaik sahaja tiba ke situ.
Sewaktu tiba, Qasidah Burdah sedang dibacakan bagi meraikan bakal pengantin yang mana merupakan salah seorang guru di pesantren tersebut. Begitu indahnya, tiada tetamu lelaki yang diizinkan masuk. Anak-anak pesantren diberi peluang bergembira dengan qasidah & tarian khas untuk guru mereka. Majlis diteruskan dengan adat Aceh merenjis/menepung tawar & setiap orang yang menepung tawar diikehendaki membacakan doa buat bakal pengantin.
Disebelah malamnya pula, kami bermaulid bersama anak-anak pesantren. Sungguh meriah maulid Ad Dhia Ulami’ yang dibawakan bersulam dengan qasidah-qasidah yang enak. Aku turut diminta untuk menyampaikan satu qasidah. Sebagai menyantuni anak-anak ini, aku sampaikan qasidah “Isfa’ Lana”. Kemudian mereka meminta pula salah seorang dari kami untuk membaca doa maulid. Akhirnya…aku jugalah yang membacanya hehehe.
Seronok bersama anak-anak ini…air mata mengalir laju dek kerana teringatkan anak-anakku yang juga berada di madrasah nunnnn jauh di Malaysia huhuhu….
Aku difahamkan bahawa silibus di pesantren ini adalah sama dengan pengajian di Darul Zahra & Darul Mustofa, Hadraulmaut, Yaman. Pada 2 tahun pertama, semua pelajar dikehendaki memahirkan diri dengan bahasa arab terlebih dahulu. Kemudian baharulah mereka akan mulakan pelajaran yang lain seperti Sanawi, Tafsir, Fiqh dan lain-lain. Pelajar juga bebas memlilih sama ada ingin menghafal Al Quran atau pun tidak. Pengajian mengambil masa 8 tahun. Ataupun 4 tahun di Babul Khairat manakala 4 tahun di Hadraulmaut, Yaman.
Namun, yang paling penting ialah…ahklak & adab mereka yang sangat tinggi. Sentiasa membuatkan diri rassa kerdil kerana aku belum cukup baik dalam mendidik anak-anakku😢😢😢. Allahuakhbar ….
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 4 Selasa, 27.9.2022
Hari ini kami bergerak ke rumah pengantin. Perjalanan agak jauh, mengambil masa 1 jam 30 minit. Majlis akad nikah diadakan dengan meriah dengan adat Aceh tetapi tetap mematuhi saranan Islam.
Kedudukan tetamu lelaki & wanita diasingkan, malahan tempatnya tertutup bagi menjaga kehormatan kaum wanita. Hanya screen TV yang berada di tempat wanita memaparkan acara akad nikah dibahagian lelaki.
Subhanallah… Majlis dihadiri oleh Habib Taufiq As Seggaf, seorang wali besar di Surabaya. Beliau membaca doa buat kedua mempelai. Kerdil rasa diri, terpilih untuk hadir dalam majlis yang dihadiri oleh para alim ulama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Maulid Simtudduror & bacaan yasin serta tahlil. Setelah akad nikah, hanya pengantin lelaki & abang pengantin perempuan (sebagai pengiring) yang dibenarkan masuk ke kawasan orang perempuan untuk bertemu pengantin perempuan & seterusnya bergambar. Selepas itu, pengantin lelaki meninggalkan kawasan perempuan. Tiada acara makan beradab atau posing2 maut pengantin di khalayak ramai. Makanan istimewa khas untuk pengantin juga tiada. Semua orang makan menu yang sama.
Selepas itu, kami bergerak ke sebuah villa untuk majlis resepsi pengantin. Kami disediakan sebuah bilik khas untuk berehat. Aku merebahkan diri & menerawang ke alam galaksi beberapa minit. Pinggang ku kurang memberikan kerjasama selepas dilambung dalam kenderaan kerana jalan raya disini tidak rata.
Majlis resepsi lebih meriah. Semua ahli keluarga & para tetamu, tak kira muda, tua, gemuk, kurus & kanak-kanak memakai pakaian secantik-cantiknya & berhias all out. Namun….tetap tiada tetamu lelaki yang dibenarkan masuk.
Aku rasa….pakaian akulah yang paling simple pada hari itu…macam makcik-makcik nak ke pasar😆😆😆. But, I’m who I’m!
Namun majlis tetap dimeriahkan dengan pelbagai qasidah. Halua telinga mereka sentiasa dengan pujian-pujian ke atas Baginda Nabi saw. Tiada hiburan lagha. Anak-anak muda semuanya pandai membaca bacaan maulid & doa. Rasa sedih bila teringat akan segelintir golongan veteran yang aku kenali yang suka menyanyi & menari dikhalayak ramai yang bercampur lelaki/perempuan waktu majlis/kenduri dengan alasan “sekali sekala” ataupun “Alaaa….suka-suka je” huhu….Semoga kita semua dalam perlindungan Allah swt.
Selesai di villa….kami bergerak ke Pasar Lawang. Macam-macam buah-buahan dijual disini. Buah avocado semuanya besar. Nyummy! Sempatlah kami membeli buah salak, avocado, anggur, epal dan lain-lain. Kerepek kulit ikan patin pun ada! Setelah itu, kami pulang semula & bermalam di pesantren. Makan malam disediakan oleh pihak pesantren. Berhibur dengan maulid & qasidah dari anak-anak pesantren yang sayup-sayup kedengaran sebelum melelapkan mata😴😴😴.
Hari ini kami bergerak ke Yayasan Muslimin yang terletak di Dusun Sendang, Ngajum, Malang. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dari Pesantren Babul Khairat.
Kami difahamkan bahawa Yayasan Muslimin yang dibawah pengurusan Pak Achmad Muslimin merupakan sebuah pusat kebajikan & penempatan anak-anak yatim. Beliau telah menghantar surat jemputan kepada Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) menjemput kami ke majlis khatam Al Quran.
Dalam perjalanan menuju ke Yayasan Muslimin, kami singgah di bandar Lawang untuk membeli baju sejuk & ada dikalangan kami yang ingin membeli rida’. Kami dimaklumkan, suhu di Malang agak dingin dek kerana ia terletak dikawasan pergunungan. The best part is, Cikgu Salleha telah membeli beberapa helai baju & menjualnya kepada Ustazah Sharifah Hafsah didalam kereta, kerana Ustazah tidak turun untuk membeli-belah. Kiranya…ala-ala car boots sale laaaa😂😂😂.
Kemudian, kami singgah ke Pasar Besar Lawang. Ummi Zaitun ingin membeli renda kain dipasar ini. Dikatakan, barang-barang di sini dijual dengan harga yang murah. Alhamdulillah, bukan hanya Ummi Zaitun yang membeli renda tetapi beberapa orang daripada kami berjaya shopping pelbagai pakaian!
Begitulah sifatnya wanita….nafsunya 9, dalam nak beli sehelai baju, mereka akan keluar dari pasar dengan membawa bersama tudung, brooch dan lain-lain. Pendek kata, satu set pakaian dari kepala sampai ke kaki hehehe. Disebabkan aku tak turun dari kenderaan, maka aku terkecuali dari bab ini✌🏻.
Perjalanan ke Malang agak memenatkan kerana keadaan jalan raya yang tidak rata & jalan yang sempit. Ia mengakibatkan pinggang ku tidak selesa. Ketika itu, barulah aku rasa menyesal kerana sepatutnya aku mengambil injection RF sebelum aku menunaikan haji tempohari. Tetapi tertangguh lagi setelah pulang dari Haramain kerana telah merancang ke Surabaya. Ini kerana, setelah injection aku perlu berehat at least 2 minggu, so macam tak cukup masa bcoz pelbagai aktiviti telah bermula sebaik sahaja pulang dari mengerjakan haji. Tak mengapalah….selepas ini aku akan teruskan rawatan untuk pinggang 2nd ku ini hehehe.
Kami tiba di Yayasan Muslimin lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Majlis khatam Al Quran sedang berlangsung. Kami disambut oleh Pak Muslimin & dihidangkan juadah makan tengah hari yang dimasak sendiri oleh Pak Muslimin.
Bacaan Maulid disempurnakan setelah selesai khatam Al Quran. Kami difahamkan bahawa yayasan ini menyediakan rumah untuk kegunaan aktivi ibadah seperti kelas belajar Al Quran & Maulid serta turut membiayai beberapa orang anak yatim. Kami telah menyampaikan duit sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada Pak Muslimin. Semoga Pak Muslimin mampu menyiapkan tempat ibadah ini dengan sempurna.
Turut hadir & menerima sumbangan ialah Ibu Fauziah, wakil Persatuan Ibuku yakni persatuan ibu tunggal & memelihara 15 orang anak yatim.
Seusai solat zohor, kami bergerak ke Gunung Kawi untuk menziarahi makam para wali, terdapat makam Kanjeng Kyai Zakaria II (wafat 22 Januari 1871) dan Raden Mas Imam Soedjono (wafat 8 Februari 1876). Selama hidup, kedua-dua tokoh ini banyak membantu menyebarkan Islam.
Kawasan pergunungan ini sejuk & cantik. Macam biasa…bergambar itu wajib disetiap perjalanan. So…kami bergambar dengan pelbagai aksi.
Seterusnya, kami makan malam di kediaman Habib Umar Al Attas berhampiran dengan Ponpes Babul Khairat (banin).
Ma shaa Allah….terlalu banyak hidangan lauk-pauk yang disediakan oleh “mama”, zaujah beliau. Anak- anak beliau juga sangat peramah & gembira menerima kunjungan kami.
Habib Umar sempat memberikan sedikit tausiah kepada kami. Antara kata-kata beliau yang sempat aku rakamkan ialah: “Dengarkan…Ini penting buat orang perempuan. Siapa pun janda di sini; Hadis Rasulullah saw, miskinun miskinun miskinun, miskin bagi siapa yang tidak mempunyai isteri, sekalipun dia kaya. Miskinatun miskinatun miskinatun ada tiga kali, seseorang perempuan itu miskin sekalipun perempuan itu kaya jika tidak mempunyai suami.”
“Nabi muhammad Rasulullah ﷺ bersabda : Miskinun miskinun muskinun. Seorang laki -laki yang dia tidak mempunyai isteri, meskipun ia orang yang kaya harta , dan juga Miskinatun miskinatun miskinatun perempuan, dia tidak mempunyai suami meskipun dia orang kaya harta.” (Riwayat Imam Ahmad)
Macam biasa, aku agak “alergi” dengan kitab & buku. Pantang nampak, mesti nak explore hehehe. Mataku terpaku kepada rak buku di kediaman Habib Umar & sempat aku meninjau sebuah kitab fiqh wanita.
Sebelum berangkat pulang, kami singgah ke rumah Sharifah Khadijah Al Attas (anak Habib Umar Al Attas) & pasangannya Habib Ibrahim Al Ahdal yang berasal dari Hudaida, Yaman. Kami difahamkan, Habib Ibrahim akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada 5.10.2022.
Kami diperdengarkan dengan qasidah yang sangat merdu oleh Habib Ibrahim. Pasangan ini adalah pasangan romantis yang sentiasa menghiasi kediaman dengan alunan qasidah secara duet suami isteri. Subhanallah…Romantisnya! “Ya Allah…Kau muliakan pasangan ini. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga”
Kami pulang ke Pesantren Babul Khairat (Banat) lebih kurang jam 11.00 malam. Merebahkan diri diatas tilam empuk ala-ala penginapan di Mina, membuatkan aku rindu akan suasana di Mina💖💖💖
Bilik tidur kami di Ponpes Babul Khairat Banat
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 6 Khamis, 29.9.2022
Hari ini merupakan hari Haul ke-17 Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas di Pesantren Babul Khairat (Banat). Majlis bermula seawal jam 8.00am. Ramai tetamu yang hadir membanjiri pesantren (muslimin & muslimat).
Majlis dimulakan dengan bacaan Maulid, Yaasiin & Tahlil serta disudahi dengan tausiah oleh para asatizah & anak cucu almarhum Habib Umar Al Attas.
Majlis berakhir sebelum zohor & selepas itu, aku berehat di pesantren.
Manakala Cikgu Salleha, Ibu Opek, Kak Maslinda, Kak Muzaini & Adinda Sharifah Fatimah bersiar-siar ke bandar di Lawang. Mereka mencari money changer & melontar beberapa ribu rupiah😆.
Bagi diriku sendiri, aku memilih untuk berehat, berbaring meluruskan pinggang. Mujurlah alat fisioterapi sentiasa ku bawa ketika travel, maka dapatlah aku merawat diri. Begitulah aku…apabila kurang berbaring, badan mulai bagi signal untuk rehat & rawat (R&R).
Kemudian disebelah petangnya pula, aku & Kak Sue ditemani oleh beberapa orang pelajar pesantren mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar kawasan pesantren. Kami ziarah makam Almarhumah Sharifah Zainab, isteri pertama kepada Habib Muhsin Al Attas. Ia terletak didalam kawasan pesantren.
Ponpes Babul Khairat terletak di Kampung Buah Tin yang dikelilingi oleh pokok buah tin & ladang jagung. Ironinya…kami tak jumpa orang menjual jagung bakar/rebus di kawasan tersebut. Rupa-rupanya semua jagung dihantar ke kawasan lain untuk diniagakan. Ladang jagung ini asalnya ialah sawah padi, tetapi telah ditukar menjadi pertanian jagung. Kreatif sungguh penduduk di sini. Tidak mensia-siakan tanah yang ada.
Sebelum balik ke pesantren, kami singgah di gerai untuk membeli nasi goreng. Gembira sakan anak-anak pesantren dapat makan nasi goreng. Sempat juga kami beramah mesra dengan penduduk kampung. Rasa macam YB masuk kampung hahahaha😆😆😆.
Pada sebelah malam, kami sibuk mengemas barang kerana esok pagi, kami akan berangkat pulang ke Sidoarjo sambil singgah dibeberapa tempat untuk menziarahi makam wali-wali. Sedih rasa hati untuk berpisah dengan anak-anak pesantren😢😢😢.
Seawal jam 3.00am aku sudah bangun & bersiap-siap. Subuh di Surabaya ialah pada jam 3.58am. Seusai subuh, kami mengemas barang-barang & membersihkan bilik seadanya.
Kemudian kami bersarapan di rumah Ustazah Sharifah Nur, Mudirah Ponpes Babul Khairat Banat. Juadah pagi itu ialah nasi urap. Lebih kurang macam nasi kerabu di Malaysia. Tidak lupa…kami dihadiahkan dengan minuman jus kunyit & asam jawa. Enak rasanya & ia baik untuk menjaga bahagian peranakan wanita.
Setelah mengisi perut, kami sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai penghargaan kerana membenarkan kami bermalam di pesantren tersebut. Layanan yang high class dari anak-anak santri & juga segala makanan yang disediakan, membuatkan kami rasa terhutang budi.
Alhamdulillah sumbangan hasil kutipan dari rakyat Malaysia telah kami sampaikan. Mudah2han bermanfaat untuk pesantren tersebut & pahalanya mengalir berterusan kepada para penyumbang. Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan sumbangan.
Sebelum bergerak, kami sekali lagi menziarahi makam Almarhumah Sharifah Zainab, ibunda Ustazah Sharifah Nur yakni isteri pertama kepada Habib Muhsin bin Umar Al Attas. Kami diajar untuk membaca “Salamullah” iaitu bacaan yang perlu dibaca ketika menziarahi makam. Rujuk gambar untuk tulisan arabnya manakala terjemahannya adalah seperti berikut:
Artinya: “Wahai Tuanku, semoga salam Allah tetap tercurah padamu Wahai hamba-hamba Allah, kami datang kepadamu. Kami bermaksud (bersentuhan dengan rohanimu) dan kami berharap (berkahmu).
Untuk menolong kami, menyejukkan kami dengan siraman yang berasal darimu, sesuai dengan tekad dan pencapaianmu (selama ini). Maka cintailah dan berikanlah kepada kami hal-hal yang Allah berikan dan hadiahkan padamu. Jangan biarkan pengharapan ini sia-sia, jauhlah engkau semua (dari sifat tega menyia-nyiakan kami).
Kami sangat beruntung datang di haribaanmu dan kami amat berbahagia dengan menziarahimu, maka bangkitlah dan syafaatilah kami bermohon pada Allah yang bersifat Ar-Rahman, Tuanmu. Mudah-mudahan kami diberi (Allah) keberuntungan dan diberi limpahan kurnia yang selama ini dianugerahkan kepadamu.
Mudah-mudahan kita dipandang dan dilimpahi rahmat yang akan menyelimuti kami dan engkau. Semoga engkau semakin dihidupkan dengan keselamatan (dari) Allah dan semoga pandangan Allah senantiasa menuntun engkau.
Mudah-mudahan rahmat Allah dan keselamatan semakin terlimpah kepada tuan kita, manusia pilihan yang mensyafa’ati dan menyelamatkan kita”
Subhanallah…hayatilah bait-bait doa ini supaya kita faham akan kepentingan menziarahi makam para wali atau orang alim. Kita doakan yang baik-baik & in shaa Allah para malaikat akan mendoakan hal yang sama buat diri pembacanya…iaitu, kita.
Jangan sekali-kali bersangka buruk kepada orang yang menziarahi makam/kubur. Malahan jangan menuduh mereka memuja kubur. Fahamkan…jika ibu ayah kita meninggal, adakah kita tak mahu ziarah kubur mereka atau doakan mereka? Tentu sekali tidak, kan….tepuk dada, tanyalah iman.
La haulawala quwwata illah billah….
Kami memulakan perjalanan ke Kota Pasuruan untuk menziarahi makam Kiai Hamid di Masjid Agung Al-Anwar. Nama penuh beliau ialah KH. Abd Hamid Bin Abdulloh Bin Umar (1333-1403H/1914-1982). Kiai Hamid ialah penyusun Selawat Basyairul Khoirot yang kami baca di Kelas Selawat & Zikir Muslimah pimpinan Ustazah Sharifah Hafsah. Beruntunglah kerana kami telah diizinkan Allah swt untuk sampai ke makam beliau.
Aku sempat membeli buku berkenaan Kiai Hamid…tapi aku belum khatam membacanya😄😄😄. Cuma sempat menerjah beberapa muka surat & meneliti silsilah beliau yang merupakan keturunan dari Nabi saw di peringkat yang ke 35 dari jalur ayahnya manakala peringkat ke 36 dari jalur ibunya.
Disini jugalah kami “terkena” dengan si pemandu beca. Dikatakan oleh pemandu beca bahawa pintu masuk ke makam agak jauh, lalu kami dipelawa menaiki beca. Kami dibawa berpusing menggunakan laluan yang jauh padahal pintu masuk hanyalah beberapa langkah dari tempat kami turun dari kereta (tonton video yang saya lampirkan). Hehehe…takpe lah, ia menjadi kenangan manis buat kami.
Naik beca ke pintu masuk Makam Kiai Hamid
Disini juga, aku membeli seutas tasbih yang tertulis Asmaul Husna. Tasbih ini agak unik, mudah2han ia bermanfaat buat kami sekeluarga. (Lihat gambar)
Tasbih dengan tulisan Asmaul Husna
Seterusnya, kami bergerak ke Makam Syaikh Maulana Malik Ibrahim di Gresik. Perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam. Pak Yus selaku pemandu van, berhenti solat jumaat ketika dalam perjalanan. Perjalanan kami diiringi dengan titisan jernih yang dibawa oleh malaikat rahmat. Moga2 perjalanan kami dirahmati Allah swt.
Ketika kami tiba di Gresik, hujan semakin lebat. Aku bertanya kepada penduduk setempat, adakah tempat ini memang sering hujan? Katanya tempat ini sudah lama kemarau, hari ini hujan turun mencurah-curah. Ma shaa Allah…..Begitu besar rahmat dari Allah swt buat mereka hari ini.
Ketika kami sampai, ramai juga mengunjung yang lain datang menziarahi makam, membaca yaasiin & tahlil di sini. Kami turut menyertai mereka.
Seterusnya kami bergerak ke Masjid Jamek Gresik untuk menunaikan solat zohor & asar. Didalam masjid ini terdapatnya makam:
Habib Abu Bakar As Seggaf
Habib Alwi hashim As Seggaf Anda boleh google untuk mencari info berkenaan kedua-dua wali ini.
Kami meninggalkan Masjid Jamek Gresik & menuju ke Sunan Giri. Makam ini terletak di puncak bukit. Walaupun jauh & tinggi, namun ramai juga orang yang menziarahi makam ini. Sunan Giri merupakan salah seorang wali songo. Nama sebenar beliau adalah Muhammad Ainul Yakin. Sunan Giri punya banyak nama lain atau gelaran, di antaranya adalah Joko Samudro, Raden Paku, dan Muhammad Ainul Yaqin. Sebelum menyebarkan Islam, ia berguru kepada Sunan Ampel di Pesantren Ampeldenta, Surabaya.
Hari mulai gelap & menghampiri waktu maghrib. Ketika itulah kami bergerak meninggalkan Sunan Giri & menuju ke Sunan Ampel yang terkenal di Surabaya.
Kami singgah di Rumah Makan Bandeng, Pak Elan 2 untuk mengisi perut yang berkeroncong. Disini aku menjumpai makanan tradisi yang agak…..heheh tak tahu nak kata, iaitu “Kripik Usus”. Aku dimaklumkan bahawa ia adalah usus ayam yang dijadikan kerepek. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan sate kerang. Manakala menu utama disini adalah ikan bakar. Alhamdulillah semuanya berpuas hati dengan makanan yang disajikan.
Kami tiba di Sunan Ampel kira-kira jam 8.00pm. Kelihatan orang ramai membanjiri kawasan makam untuk membaca yaasiin & tahlil.
Sunan Ampel pada masa kecilnya bernama Raden Rahmat, dan lahir pada tahun 1401 di Champa. Ada dua pendapat mengenai lokasi Champa ini. Encyclopedia Van Nederlandesh Indie mengatakan bahwa Champa adalah satu negeri kecil yang terletak di Kamboja. Pendapat lain, Raffles menyatakan bahwa Champa terletak di Aceh yang kini bernama Jeumpa. Menurut beberapa riwayat, orang tua Sunan Ampel adalah Ibrahim Samarakandi yang berasal dari Champa dan menjadi raja di sana.
Sunan Ampel memiliki darah Uzbekistan dan Champa dari sebelah ibu. Tetapi dari ayah leluhur mereka adalah keturunan dari Ahmad al-Muhajir, Hadhramaut. Bermakna mereka termasuk keluarga besar Saadah Ba’Alawi.
Selesai berdoa, kami bersiar-siar dikawasan sekitar sambil membeli-belah. Aku sempat membeli beberapa helai kurta/kemeja buat suami & anak-anak lelaki ku.
Akhirnya, kami bergerak balik ke Guest House di Yayasan Al Munawwarah Sidoarjo. Perjalanan hari ini agak memenatkan. Kami tiba di guest house kira-kira jam 11.00pm. Masing-masing keletihan & mengantuk. Ibu Lentang telah sedia menanti dengan kerepek/kuih muih yang kami pesan sebelum kami ke Pasuruan tempohari.
Subhanallah….
Hari ini merupakan satu hari yang padat dengan rehlah ibadah. Menziarahi banyak makam para wali & orang soleh. Moga-moga rehlah kami ini diberkati Allah swt.
Seawal jam 6.00am Cikgu Salleha, Kak Maslinda & Kak Muzaini berangkat ke airport untuk pulang ke Malaysia. Manakala Ibu Opek pula akan bermalam di rumah saudaranya sebelum balik ke Bandung esok.
Guest House terasa sunyi dengan kepulangan mereka😢😢😢. Hati sayu & sebak melepaskan mereka, terasa ukhuwah & hati kami telah bertaut setelah beberapa hari bermusafir bersama. Kami iringi perjalanan mereka dengan doa, mudah2han semuanya dipermudahkan & selamat tiba ke destinasi.
Setelah bersarapan, aku, Kak Sue & adinda Sharifah Fatimah bergerak menuju ke ibu kota Surabaya. Kami ingin menghayati keindahan kota & membeli sedikit buah tangan sebagai kenang-kenangan. Kami dipandu oleh Pak Yudi, anak saudara Sheikh Gus Arifin yang telah lama berkhidmat di sini.
Kami ke ITC Surabaya Mega Grosir. Mall ini lebih kurang dengan Pasar Baru di Bandung. Ia merupakan syurga membeli-belah bagi kaum hawa yang suka shopping pakaian. Malahan, kalau nak berniaga pun boleh beli secara borong. Mall ini agak besar, penat juga untuk menjelajah seharian. Kami cuma berjalan-jalan di 3 floor sahaja & kami lunch di sini.
Kemudian kami dibawa melintasi laut melalui jambatan baru yang menghubungkan Surabaya & Pulau Madura. Namun, keadaan telah malam, so kami tak dapat melihat lautnya.
Kami pulang ke Guest House selepas isyak & merehatkan diri.
Ustazah Sharifah Hafsah, Ummi Zaitun & Kak Munah tidak ke mana-mana. Mereka berehat di Guest House.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 9 Ahad, 2.10.2022
Hari ini adalah hari kemuncak yang di tunggu-tunggu, iaitu Maulid Akhbar di Yayasan Al Munawwarah yang juga merupakan rumah kediaman Sheikh Gus Arifin bin Ali bin Hassan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya…siapakah beliau ini?
Beliau merupakan pengasas Majelis Ta’lim Al-Munawarroh. Hadrotus Sheikh Arifin Bin Ali Bin Hasan merupakan ulama yang terkenal Di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara selawat karangan beliau ialah Selawat Sifa’ussudur, Selawat Kubro & Selawat Selawat Asmaiyyah. Di Kuantan, Ustazah Sh Hafsah telah bertahun-tahun memimpin kami membaca Selawat Kubro & Selawat Asmaiyyah.
Maulid Akhbar pada hari ini dimulakan dengan bacaan Selawat Kubro pada jam 6.00 pagi & seterusnya bacaan Manaqibul Akhbar & Maulid Syifa’ush Shudur. Majlis dihadiri oleh ramai tetamu dari pelbagai pelusuk Asia. Kami difahamkan ada yang datang dari Singapura & tempat-tempat lain sekitar Indonesia. Guest House juga dipenuhi dengan tetamu dari Singapura & Jakarta.
Ironinya…semua tetamu memakai pakaian bewarna putih sama ada lelaki mahupun wanita. Luar biasa sungguh sambutan maulid di sini. Majlis dihadiri oleh tetamu-tetamu yang berusia dalam lingkungan 20an-80an. Bacaan maulid juga sangat meruntun jiwa. Boleh menitis air mata saat menghayati puji-pujian ke atas Nabi saw. Allahuakhbar…..Aura nya, Ma Shaa Allah! Berbeza sungguh dengan sambutan maulid di Malaysia.
Bacaan Maulid yang dipimpin oleh Gus Abdul Rahman, anak kepada Sheikh Gus Arifin sangat mengagumkan. Disulami dengan qasidah yang indah bertaut-taut. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari & disudahi dengan solat zohor berjemaah. Ma shaa Allah….6 jam yang tidak terasa akan kepenatannya, malahan rasa tak puas pula.
Seusai Maulid, kami berehat seketika sebelum melangkah keluar dari guest house untuk ke kediaman Gus Abdul Rahman. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam & hujan mulai turun mengiringi perjalanan kami.
Namun…Allah swt Ya ‘Alim, yang Maha Mengetahui tidak menrezekikan kami untuk bersua muka dengan Gus Abdul Rahman pada petang itu. In shaa Allah sudah tentu ada hikmahnya.
Oleh itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Nasional Al Akhbar Surabaya. Ia merupakan masjid kedua terbesar di Indonesia setelah Masjid Istiqlal di Jakarta. Masjid ini sangat cantik & jika dirujuk kepada info dari pakcik google/wikipedia, ia boleh memuatkan seramai 10 ribu jemaah.
Setelah itu, kami pulang ke guest house.
Pada malam itu, kami menghadiri majlis bacaan yasiin & tahlil di makam kedua ibunda & ayahanda Sheikh Gus Arifin, iaitu ayahandanya Haji Muhammad Ali bin Hasan & ibundanya, Hajah Mardhiyah binti Asna’im.
Makam ibu mertua beliau, Habibah Sharifah Lulu binti Zain bin Abu Bakar Al Jufri juga ditempatkan disitu. Alangkah beruntungnya mereka kerana makamnya dipelihara sebaik-baiknya & sentiasa dibacakan doa oleh ahli keluarga serta ahli khidmat di situ.
Apa yang menarik di sini ialah, terdapat beberapa tapak kubur yang telah disediakan untuk Sheikh Gus Arifin sendiri & beberapa orang alim yang lain. Subhanallah….Tersentuh hatiku, terasa jauhnya kedudukan iman ku dengan para alim ulama di sini. Mereka telah terlebih dahulu menyiapkan tapak kubur untuk diri sendiri. Sudah tentulah persiapan yang lain pada diri sendiri juga telah disediakan. Sedangkan kita…..ada tanah sekangkang kera, masih sibuk nak besarkan rumah atau menjadi perebutan adik-beradik. Insaflah wahai diri….😔😔😔.
Kami seterusnya mengemas barang-barang & bersiap-siap balik ke Malaysia. Flight kami yang dijadualkan pada 3.10.2022 jam 4.15pm telah ditukar ke jam 5.35am. Oleh itu, kami perlu meninggalkan guest house sebelum subuh pada hari esok. Fuhhhhh aku mandi pada jam 12 malam kerana bimbang tak tersedar di awal pagi 😬😬😬.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 10 Isnin, 3.10.2022
Alhamdulillah…akhirnya rehlah kami telah sampai ke penghujungnya. Aku namakan ia Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H kerana kerana REHLAH itu sudah bermaksud “Perjalanan untuk kerja-kerja dakwah” manakala MAHABBAH adalah “kasih sayang/rasa cinta/berkongsi sesama insan” iaitu antara kami yang bermusafir bersama & juga insan-insan yang kami temui di sepanjang safar.
Rehlah Mahabbah ini sangat bermakna bagi diriku. Banyak ilmu baru yang aku pelajari. Antaranya:
bagaimana perlunya aku mengakui kelemahan & kekurangan ilmu di dada,
muhasabah diri apabila melihat keadaan kehidupan pelbagai golongan manusia, terutamanya golongan yang jauh lebih dhaif kehidupannya dari segi duniawi tetapi ilmu akhiratnya tinggi
bergaul dengan kenalan baru,
bersabar dalam segala hal,
tolak-ansur sesama rombongan serta bertindak bijak & tenang dalam setiap situasi.
Lebih merapatkan hubungan bersama guru muliaku Ustazah Sharifah Hafsah serta rombongan.
Kata ulama: “Kita tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu melainkan setelah bermusafir dengannya”.
Safar itu terdapatnya kepenatan, kepayahan dan lain-lain. So….banyakkan bersabar.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A di mana baginda S.A.W bersabda :
“Permusafiran itu adalah sekelumit daripada azab. Ianya menghalang kamu daripada tidur dan makan. Apabila telah selesai menunaikan hajat daripada permusafiran tersebut, maka segeralah kembali kepada ahli keluarganya.” [HR. Bukhari & Muslim]
Di sini Nabi S.A.W menyatakan bahawa permusafiran adalah salah satu azab. Lihat sahaja diri kita ketika bermusafir ke tempat yang jauh. Sudah semestinya berasa payah dan letih. Disitulah iman kita diuji.
Subhanallah….Tabarakallah
Aku bersyukur kerana kami semua telah melalui rehlah ini dengan baik & sempurna.
Kami meninggalkan guest house seawal jam 3.00am & penerbangan kami tepat pada jam 5.35am.
Setibanya di KLIA aku cuba mendapatkan perkhidmatan buggy untuk memudahkan Ustazah Sharifah Hafsah ke kaunter check out. Malangnya, aku gagal. Maka kami slowly menapak dengan beberapa kali berhenti rehat memandangkan ustazah mengalami masalah sakit lutut. Namun…Maha Baiknya Allah, dipertengahan jalan, kami dapat naik buggy. Hahaha 1st dalam hidup ku, naik buggy dalam airport 😆😆😆.
Suami & anak-anak ku telah menunggu di KLIA. Aku, Ustazah Sharifah Hafsah, adinda Sharifah Fatimah Zahra & Kak Sue berpisah sementara di KLIA. Sedih & sebak rasa di hati. Rehlah ini telah menyatukan hati kami. Entah kenapa, walaupun destinasi kami sama, iaitu ke Kuantan tapi hati tetap sebak. Entah bila lagi kami akan dapat bermusfir bersama-sama seperti ini 😢😢😢.
Ummi Zaitun yang memulakan bicara serta mempelawa Ustazah Sh Hafsah,
Ustazah Sh Hafsah yang membuka ruang kepada aku & Kak Sue untuk turut serta,
Cikgu Salleha, K Mas, K Nani, Makcik Salmah, Ibu Opek & K Munah yang bersama-sama dalam rehlah ini,
Pengurusan Sheikh Gus Arifin & ponpes Babul Khairat yang menyediakan tempat tinggal & transport kepada kami di sepanjang rehlah ini…(rindu anak2 santri huhu),
Semua pihak yang tak dapat aku senaraikan satu persatu,
Pembaca semua siri rehlah yang tak jemu & sentiasa menyokong tulisan ku.m di FB.
Segala puji bagi Allah swt yang mengatur segalanya dengan baik, sempurna & indah. Aku berharap rehlah ini dapat membantu memperbaiki sahsiah diriku sendiri. Mudah2han segala ilmu yang aku perolehi dapat aku manfaatkan untuk anak-anak & sahabat handai.
Sahabat….Sesungguhnya Al Faqirah Zan Aizan adalah insan lemah yang sentiasa perlu dibimbing, bukan insan berilmu yang menulis atas dasar ilmu yang tinggi. Perkongsian Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H ini adalah semata-mata sebuah catatan perjalanan yang aku kongsikan dengan niat:
membuka minda pembaca. Rehlah kami mungkin berbeza dengan rehlah orang lain,
Membuktikan kepada para penyumbang di Malaysia bahawa semua wang sumbangan telah kami sampaikan & kami benar2 memastikan bahawa tempat- tempat yang ingin diaumbangkan adalah wujud,
Membawa kita semua bersama-sama muhsabah diri dari hasil rehlah.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari lahirku, so officially aku menutup catatan rehlah ku 😁✌🏻. Sekianlah catatan Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H oleh Badan Muslimah MTP.
Nota ini adalah hasil dari Kuliah Dhuha Bersama Ustazah Sharifah Zahrah Al Kherid, Pembimbing Haji 1443H/2022.
Tarikh:
Kuliah Pertama: Jumaat, 22 Julai 2022
Kuliah Ke dua: Jumaat, 29 Julai 2022 Masa: 10.00am – 1.00 tgh hr (Program solat tasbih, khatam Al Quran & tazkirah) Tempat: Hotel Nada Al Daefah, Makkah al mukarramah Tajuk: Istiqomah Selepas Haji
Tazkirah dimulakan dengan doa & pembuka kata.
Zan Aizan bersama Ustazah Sharifah Zahrah Al Kherid di Muzdalifah
Apa maksud istiqamah?
Kalimah istiqamah dan juga arahan untuk kita berlaku istiqamah dapat kita lihat dalam ayat 112 Surah Hud:
Maksudnya: “Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertobat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
Ayat ini nerupakan perintah kepada perkataan istiqamah itu. Terdapat juga di dalam Surah Mukmin yang menceritakan perkataan istiqomah itu.
Begitu juga dalam satu hadis Riwayat Imam Muslim, Sufian bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah saw “Wahai Rasulullah, khabarkan kepada aku sesuatu dalam Islam iaitu satu perkataan yang aku tak perlu bertanya selain hanya kepada engkau sahaja/ Pada dirimu saja”
Rasulullah saw berkata “Katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian aku beristiqamah/tetap atas agama itu.”
Istiqomah adalah perkara yang amat sukar dalam hidup kita. Agak mudah untuk kita menyebutkan tentang keimanan kita melalui perkataan namun istiqomah tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Istiqamah diatas iman itu yang adalah amat payah perlaksanaannya.
Berkata Saidina Umar bin al-Khattab; “Ya, Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah, tanpa berubah-ubah.”
Antara cara yang boleh dilakukan untuk istiqomah ialah, memberi galakan dan motivasi untuk hambanya yang beristiqamah atas jalan agama dan kebenaran. Ada dalam ayat di mana satu tawaran yang Allah swt memberi tawaran syurga hanya kepada mereka yang istiqamah keimanannya.
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.”
Allah swt menjanjikan syurga itu untuk orang yang istiqamah atas keimanannya. Bukan berjanji kepada orang yang setakat beriman sahaja. Hanya orang yang istiqamah atas keimanannya kepada Allah swt yang mendapat tawaran tersebut. Jika sekadar beriman tetapi tidak istiqamah, maka ia tidak mendapat tawaran tersebut. Oleh yang semikian, kita digesa oleh Allah swt untuk istiqamah selepas menunaikan fardu haji.
Ini bermakna, gesaan istiqamah, adalah selepas menunaikan haji. Ia mempunyai satu signifikan yang tersendiri. Orang yang menunaikan haji berada dalam keadaan yang sudah putih bersih. Umpama bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya. Kita dituntut untuk mencorakkan lembaran baru dalam kehidupan kita. Selepas mengerjakan haji, kita warnakan kehidupan kita atas landasan ketaatan dan melaksanakan kebaikan-kebaikan serta amal soleh yang berterusan hingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Kita perlu mengekalkan aura/momentum yang kita perolehi dari suasana di Arafah, Mina & Muzdalifah. Kemudian apabila kita balik ke Melah, kita melakukan tawaf & sa’i seterusnya bertahalul. Kita perlu terapkan dia dalam hati kita dan dalam amalan kita seharian selepas ini. Janganlah hanya ketika berada di Mekah sahaja tetapi juga setelah balik ke tanah air.
Begitu juga halnya dengan menghormati waktu solat, kekalkanlah solat di awal waktu & secara berjemaah.
Tazkirah Selepas Solat Tasbih Berjemaah di Surau Hotel Nada Deafah, Mekah
Kita perlu bersyukur. Apabila kita faham ayat ini:
Diriwayatkan daripada Abdullah r.a dalam sebuah hadis yang panjang. Antaranya, Allah swt berfirman kepada hambanya yang bermaksud “Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan daripada sesiapa sahaja yang kamu pinta ampun baginya.”
Ayat tersebut ditujukan kepada kita semua. Orang yang berada di Arafah keluar daripada segala dosa-dosa yang telah dia lakukan sejak daripada baligh sehingga sampai hari wukuf di Arafah. Kita hanya yang perlu meminta bukan setakat untuk diri kita sahaja, tetapi kita minta ampun pihak orang lain contohnya ibu bapa, suami, anak-anak, cucu cicit, saudara-mara, sahabat handai, semua jiran tetangga, muslimin & muslimat yang lain.
Siapakah orang yang mendapat offer/tawaran ini? Tawaran keluar daripada segala dosa-dosa yang kita buat sebelum ini. Dosa dengan diri sendiri, dosa dengan ibu bapa, suami dan sebagainya.
In shaa Allah, ada ulama mengatakan Allah swt akan melembutkan hati orang yang kita berdosa dengannya & akan mengampunkan kita. Dengan cara, sebelum tidur kita ampunkan semua dosa-dosa orang yang berdosa dengan kita. Dengan cara itulah Allah swt akan gerakkan hati-hati orang yang kita berdosa dengannya untuk memaafkan kita. Oleh sebab itu, jika kita meminta ampun dari Allah swt, sama ada yang sengaja atau tak sengaja, yang besar atau yang kecil, yang nampak ataupun tak nampak, yang zahir mahupun yang batin, yang dulu atau pun yang sekarang dan dosa-dosa apa sekalipun, kita mohonlah agar Allah swt lembutkan hatinya untuk mengampunkan dosa kita. In shaa Allah Allah swt akan lembutkan hati mereka.
Jika sebelum tidur kita mengatakan “Ya Allah Ya Tuhanku, aku ampunkan semua dosa orang yang berdosa dengan aku, Ya Allah”Subhanallah…..Rupa-rupanya dalam keampunan itu ada kita yang diampunkan jua.
Bermaksud, kitalah orang yang akan mendapat tawaran/offer dari Allah ini. Itulah yang dimaksudkan dengan “Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa-dosa yang telah diampunkan”.
Setiap biji batu yang kita lontar di jamrah itu akan menghapuskan dosa-dosa kita. Oleh sebab itu apabila kita membaling sebiji batu, kita sebutkan “Wahai Ya Allah Ya Tuhanku, kau buangkanlah hasad dengki dan khianat yang ada dalam hati aku ini. Ya Allah, kau buanglah sikap buruk, sikap malas & keji yang ada di dalam diri aku ini, Ya Allah”.
Kita dianjurkan membaca doa ini ketika melontar jamrah:
“Bismillaahi wallahu akbar, rajman lisysyayaathiini wa ridhan lirrahmaani allhummaj’al hajjan mabruuran wa sa’yan masykuuran.”
Artinya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, kutukan bagi segala setan dan rida bagi Allah Yang Maha Pengasih, Ya Allah Tuhanku, jadikanlah ibadah haji ku ini haji yang mabrur dan sa‘i yang diterima.”
Ketika kita melontar, kita niatkan, kita ingin bersihkan diri kita daripada segala dosa-dosa dan perkara buruk yang ada dalm diri kita. Melontar jamrah itu akan menghapuskan dosa-dosa kita juga.
Kemudian, bagi ibadah korban yang dilakukan, pahalanya akan disimpan untukmu di sisi Tuhanmu. Ramai orang berebut-rebut untuk melakukan ibadah korban di Mekah kerana pahalanya bersamaan dengan 100 ribu. Namun kita juga boleh melakukannya di Malaysia atau di mana-mana jua. Tetapi pahalanya akan disimpan oleh Allah terlebih dahulu.
Begitu juga dengan kepala yang dicukur atau rambut yang digunting (Haram hukumnya bagi orang perempuan mencukur kepalanya sehingga botak), bagi setiap helaian rambut, akan mendapat pahala dan dihapuskan akan dosa-dosanya. Sebab itu apabila kita bergunting kita akan membaca doa. Doa yang dibaca itu adalah untuk menggugurkan semua dosa-dosa kita sebanyak rambut kita serta segala bulu-bulu yang ada di badan.
Seterusnya ialah ibadat sa’i. Sa’i dilakukan kerana kita ingin mengambil ibrah daripada sifat sabar & ketaatannya Nabi Ismail as ketika diwahyukan Allah swt kepada Nabi Ibrahim as untuk menyembelihnya. Begitu juga dengan Siti Hajar yang mempunyai semangat yang kental serta taat akan perintah Allah swt. Beliau tidak sedikit pun merungut atau mengungkit-ungkit ketika ditinggalkan keseorangan dengan seorang anak kecil. Beliau redho & tahu bahawa ia adalah perintah Allah & yakin ada kebaikannya bagi dirinya.
Begitu tinggi sekali sifat redhonya dan sabar menghadapi ujian. Renungkanlah diri kita yang sombong. Jika ada sedikit kekurangan dalam makanan, kita menolak makanan tersebut. Kita sepatutnya berazam agar sifat-sifat seperti Siti Hajar itu dapat menyerap masuk dalam hati kita & ketaatan seorang remaja seperti Nabi Allah Ismail as itu diserap masuk dalam jiwa anak-anak kita.
Subhanallah….
Maka selepas ni kita perlu menteladani mereka. Jika Allah perintahkan sesuatu, walaupun berat untuk dilakukan, kita perlu buat. Kita perlu mengekalkan momentum kemabruran haji kita ini. Haji yang mabrur itu adalah haji yang melekat & menyerap dalam hati kita. Ibadah haji yang kita lakukan itu sepatutnya dapat mengubah hidup kita menjadi lebih islamik.
Jika sebelum ini kita tidak bertudung, maka selepas ini kita akan bertudung dengan sempurna. Kita tidak lagi bersoal-jawab akan perintah Allah swt & akan melakukan segalanya kerana Allah swt. Allah yang akan membalasnya. Maka jadilah apa yang kita buat itu senantiasa mendapat ganjaran daripada Allah swt. Untuk masuk kedalam bilik air juga merupakan ibadah & ada adab & doanya. Begitulah nilainya ibadah dalam Islam. Hatta hubungan suami isteri juga merupakan ibadah. Begitu juga dengan adab untuk makan minum, sebelum tidur & ketika bangun tidur. Semuanya ada doa-doa tertentu.
Allah swt berkata “Tidak aku ciptakan kamu jin dan manusia ini melainkan hanya untuk beribadah pada aku”.
Kita dilahirkan sebagai orang Islam, kita sepatutnya beriman & bertakwa sehinggalah kita meninggal dunia. Dan itulah dinamakan ibadah. Jika semua yang kita buat adalah kerana Allah, maka Allah akan memenuhi tuntutan kita, suami dan keluarga. Niatlah semuanya kerana Allah swt.
Kita juga dianjurkan untuk berlumba-lumba berbuat kebajikan. Buatlah kebaikan kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan pahala Allah swt. Siapa yang membuat banyak kebaikan, dia mendapat banyak pahala. Sebab itu dalam rumah tangga, siapa yang dapat mengurus rumah tangga, dia mendapat banyak pahala. Orang yang tidak menguruskan rumah tangga kerana belerja, dia dapat kurang tapi tidakklah berdosa. Seorang wanita perlu menjaga kesihatan dirinya untuk berbakti kepada suami & menguruskan rumah tangganya.
Oleh yang demikian, sa’i itu mempunyai ibrah yang kita perlu ambil daripada amalan sahih itu. Bukan sekadar berjalan & rasa penat tetapi kita perlu melihat sudut daripada peristiwa-peristiwa yang ada dalam perjalanan hidup Siti Hajar r.a, Nabi Ibrahim a.s dan juga Nabi Ismail a.s yang sangat-sangat mengagumkan kita. Maka kita ingin mengambil sifat-sifat yang baik agar ia dijadikan sebagai satu rangsangan/motivasi pada kita untuk kita menjadi seperti mereka.
In shaa Allah jika kita faham, ia dapat diterapkan kepada anak-anak kita apabila kita balik nanti. Jiwa kita akan cekal, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dalam hidup hari ini dan akan datang. Kerana apa? Kerana cabaran yang dihadapi oleh Siti Hajar r.a adalah jauh lebih hebat & teruk berbanding dengan cabaran yang kita hadapi hari ini.
Sesudah kita mengerjakan haji. Malaikat akan datang dan meletakkan tangannya di atas bahu kita, dan berkata “Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini, sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah pun diampunkan oleh Allah swt.”
Diharap kita semua telah bersih & Allah swt berkehendak membersihkan kita. Tolong jangan conteng semula buku rekod kita yang telah dibersihkan. Jangan conteng diri kita yang sudah bersih daripada segala dosa-dosa yang sudah berkeladak. Kekalkan kebersihan, kesucian diri kita daripada segala dosa-dosa itu hingga kita meninggal dunia.
Orang yang mengerjakan haji, biarlah ia merupakan haji yang melekat/kekal. Maknanya apabila dia berkeinginan untuk membuat sesuatu yang tidak baik, dia akan berkata kepada dirinya “Ya Allah, aku telah mengerjakan haji, aku dah bersih. Kenapa aku masih ingin melakukan lagi benda yang tak betul ini?” Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita sendiri setiap kali kita terlintas untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan iman dan taqwa.
Apabila Allah swt memilih kita, mengapa kita masih ingin melakukan dosa-dosa yang akan datang? Maka kerana itulah kita perlu istiqomah menjaga kebersihan, kesucian, keimanan dan ketaqwaan yang kita perolehi di tanah suci.
Terdapat satu hadis berkenaan begitu pemurahnya Allah kepada kita. “Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini. Sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah diampunkan.”
Maka selepas ini, jagalah mulut (lidah), mata, telinga, kaki, tangan & hati/pedal kita perlu sentiasa husnudzon & berfikiran positif. Walaupun kita nampak tak berapa baik, fikirlah akan perkara yang baik-baik. In shaa Allah ia akan menjadi kenyataan. Bila kita bersangka baik kepada Allah & bersangka baik pada orang, in shaa Allah Allah akan jadikan ia satu kenyataan.
Panduan Istiqamah
Allah swt memberi isyarat yang tersurat menerusi Surah Hud. Selepas arahan untuk beristiqamah dengan beberapa nota-nota penting bermula daripada ayat 113 hingga 115 dalam surah yang telah dibacakan dipermulaan tadi, antara intipati yang boleh kita ambil untuk kita istiqamah ialah:
1. Jangan sekali-kali kita mendekatkan diri. atau terlibat dengan orang-orang yang zalim dan berbuat kezaliman. Kita perlu mencari kawan yang baik. Kita perlu duduk dengan orang yang baik. Kalau kita duduk dengan orang yang tak baik, sikit sebanyak kita akan teroengaruh dengannya. Oleh itu, untuk kita berhijrah, berhijrahlah daripada keadaan sebelum ni kepada keadaan yang haji mabrur ini. Kita perlu berhijrah sungguh-sungguh. 2. Jangan menyekutukan Allah swt. Jangan syirik kepada Allah swt. Buanglah segala kepercayaan khurafat, maksiat dan sebagainya. 3. Menjaga solat fardu dan solat Qiam. Kekalkan momentum yang kita lakukan sepanjang kita berada di Mekah, bahkan tambah baik lagi. Solatlah diawal waktu. Kerana nilainya berbeza-beza bagi solat awal waktu dengan solat di tengah dan di akhir waktu di sisi Allah swt. Begitu juga dengan solat-solat sunat. Sembahyang sunat secara berdiri atau duduk. Siapa yang bersusah payah yang lebih dalam melakukan ibadah itu maka dia akan lebih pahala dia. 4. Memaksimumkan kebaikan untuk menghapuskan keburukan/dosa. Maka, lakukanlah banyak kebaikan. Bersedekahlah. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Jika kita melihat seseorang melakukan perkara yang tidak betul, tegurlah secara berhemah. Jika tidak mampu menegur, maka dakwahlah melalui teladan yang baik. Perbanyakkan zikrullah. 5. Sabar dan berserah diri kepada Allah swt. Elakkan marah-marah akan hal yang telah berlaku. Ucapkanlah Alhamdulillah, innalillah hiwainna ilaihirrojiun apabila ditimpa musibah. Belajar untuk sabar & redho. Bersabar boleh mengelakkan penyakit jantung & kerosakan buah pinggang serta penyakit-penyakit yang lain.
Perbanyakkanlah berserah diri & bertawakal kepada Allah swt. Jika kita telah berusaha, tetapi belum berjaya untuk mendapatkan redho, maka berusahalah lagi. Allah Maha Mengetahui kepada siapa yang ingin diberikan Nya. Kemungkinan jika tidak dapat sesuatu di dunia, maka kita akan dapat di akhirat kelak. Sentiasalah berazam untuk menjadi ahli syurga.
Nota fikir sebagai panduan untuk merencana perubahan dan meneruskan proses istiqamah sesudah pulang ke tanah air :-
1. Berpegang dengan akidah yang benar.
Menjauhi syirik dan khurafat. Akidah, syariah & akhlak merupakan tiga perkara yang dimaksudkan dengan Islam. Yang dibawa oleh Islam. Apabila kita bercerita tentang Islam, tiga perkara inilah yang perlu ada dalam diri kita. Yang pertama adalah akidah yang betul. Inilah perkara asas yang utama yang perlu diperhatikan; akidah yang benar & iman yang jitu kepada Allah swt. Akidah yang benar ni ialah akidah mengikut apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat. Masalah pada hari ini ialah, ramai orang yang mengaku beriman tetapi masih mencampur adukkan iman dengan perkara-perkara yang syirik, bidaah ataupun karut-marut. Ada juga yang berfahaman Syiah , Qadyani , Taslim dan macam2 lagi ajaran sesat lainnya… Bersihkan diri kita dengan tauhid ahli sunah waljamaah yang kita ikut selama ini.
”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”
Oleh itu, berhati-hatilah dengan sebarang ajaran sesat.
Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim membawa riwayat dari Imam Bukhari bahawasanya tatkala ayat ini dibacakan, para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w:
“Manakah dari kalangan kami yang tidak terlepas dari menzalimi diri kami sendiri?”
Lalu Nabi s.a.w menjawab tentang maksud kezaliman dalam ayat tersebut dengan turunnya Firman Allah yang lain iaitu :
إن الشرك لظلم عظيم
“Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang sangat besar.”
Oleh sebab itulah, sekiranya orang yang syirik tidak bertaubat, maka dia akan kekal buat selama-lamanya dalam api neraka dan dia tidak akan berjumpa syurga. Maka sebab itu kalau kita merasa kita berlaku syirik, bersegeralah beristighfar & bersyahadah.
Bacaan zikir tasbih yang dibacakan dalam solat tasbih sebentar tadi adalah untuk memperbaharui keimanan kita kepada Allah swt.
Tinggalkanlah segala amalan kurafat dan kembalilah kepada kesucian akidah yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan yang bakal dilawati oleh setiap daripada kita semua iaitu alam barzakh dan alam akhirat kita nanti. Tanpa akidah yang betul kita akan menjadi masyarakat jahiliah moden, yang mana ia akan membawa kekacauan dalam hidup kita.2. Iltizam dengan solat jemaah dan solat sunat.
Kekalkan momentum solat-solat fardu & sunat. Nabi saw bersabda “Kalau siapa mendengar azan lalu tidak menghadiri solat jemaah, maka seolah-olah tiada solat baginya kecuali jika dia uzur, yakni ketakutan ataupun dia dalam keadaan sakit” Hadis ini adalah tuntutan untuk orang lelaki supaya solat berjemaah.
Bagi kaum wanita, cukuplah dengan bersolat di rumah untuk mengelakkan fitnah atau membangunkan/menggalakkan suami untuk ke masjid. Mereka akan mendapat pahala yang sama seperti yang diperolehi oleh suaminya. Namun, jika mampu untuk pergi bersama-sama suami ke masjid, maka itu adalah lebih baik. Maka teruskanlah momentum seperti kita berlari-lari ke Masjidil haram setiap hari apabila balik ke tanah air nanti, melainkan atas kekangan bekerja. Orang yang bekerja, boleh bersolat secara berjemaah di surau pejabat.
Ustazah membawa sebuah kisah dari satu hadis berkenaan dengan seorang ulama hadis yang sangat termasyhur & tersohor namanya ketika tahun 48H. Kisah berkaitan seorang ulama hadis bernama Sulaiman bin Mihran (148H) atau lebih dikenali dengan gelaran al-A’amash. Seorang yang ternama dizamannya. Pada saat beliau di pembaringan menanti saat kematiannya, anak-anaknya & kaum keluarganya, berada di sekelilingnya sambil menangis meratapi keadaan beliau yang sedang nazak itu. Apabila dia melihat keadaan anak, isteri dia menangis, dia pun segera memanggil anak-anak & isterinya supaya mendengar akan pesanannya. Dengan sangat perlahan, beliau berpesan “Wahai anak-anak aku yang dikasihi, janganlah engkau menangis mahupun khuatir dan risau akan ayah. Jangan risaukan aku lagi. Jangan sedih, jangan susah hati, jangan terlalu berduka cita, hentikanlah tangismu. Janganlah menangis lagi. Cukuplah, kerana ayahmu ini selama 60 tahun lamanya, aku tidak pernah sekalipun tinggal ataupun terlepas daripada mengangkat takbir yang pertama bersama imam untuk solat berjemaah di masjid.” Subhanallah…. Itulah kelebihan orang yang sentiasa bersolat berjemaah di masjid.
Maka didiklah anak-anak lelaki kita untuk solat ke masjid. Kita hendaklah mengekalkanlah solat sunat rawatib sekurang-kurangnya 12 rakaat/hari, solat sunat dhuha, witir & qiamulail apabila kita pulang ke tanah air nanti.3. Melazimi pakaian taqwa dan patuh syariat.
Pakaian yang dipakai ketika berada di tanah suci (menunaikan haji) merupakan pakaian takwa. Yakni pakaian yang labuh, longgar, tidak jarang, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak sendat, tidak ketat & tidak kelihatan seperti orang jahat. Jika ingin memakai seluar, pakailah seluar yang longgar & baju yang melepasi bahagian paha.
Pakaian taqwa adalah pakaian yang diperintahkan oleh Allah swt. Oleh itu, kaum wanita perlu mematuhi perintah Allah swt.
Jika ada diantara jemaah haji yang sebelum ini tidak menutup aurat & menutup aurat dengan sempurna apabila datang menunaikan haji, maka kekalkanlah.
Allah swt berfirman dalam surah Az-Zalzalah Ayat Ke-7:
فَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَرَهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya”.
Kita perlu merenung akan dosa-dosa silam kita yang kita lakukan sejak akhil baligh sehingga sekarang. Ketahuilah bahawa Allah swt mencatat semua kebaikan & dosa-dosa kita. Maka hendaklah kita bertaubat nasuha akan segala dosa-dosa kita. Sekiranya ada pakaian-pakaian yang tidak mematuhi syariat, maka hendaklah dipakai di dalam rumah sahaja atau dikeluarkan daripada simpanan.
Bagi pakaian orang Arab, mereka memakai abaya di bahagian luar pakaian mereka.
Maksud Surah An Nur Ayat 60:
“Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin menikah (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
Yang dimaksudkan dengn ayat ini ialah, pakaian “ABAYA” yang dipakai dibahagian luar pakaian orang berbangsa arab & bukannya bermaksud mereka dibenarkan membuka aurat mereka.
Oleh itu, hendaklah kita memahami akan perintah Allah swt yang mensyariatkan kaum wanita agar sentiasa berpakian yang menutup aurat.
Oleh kerana kekangan masa, pengajian akan disambung pada 29 Julai 2022.
Kuliah Ke Dua: Jumaat, 29 Julai 2022
Sambungan tazkirah selepas majlis khatam Al Quran. Tazkirah dibacakan oleh Zan Aizan.
Majlis Khatam Al Quran
Tiada lagi alasan untuk kita meninggalkan pakaian taqwa dari tubuh kita. Kepada para hajjah terutamanya, mulakanlah dengan melihat deretan dan lipatan baju yang ada dalam koleksi. Periksa samada ia patuh syariah atau tidak. Jangan lagi berhias dengan tabarruj jahiliyyah. Inilah bukti mabrurnya haji yang dilakukan.
Panduan utama menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nur ayat 31: “Katakanlah kepada para mukminat agar mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan (kemaluan dan maruah) mereka. Tidak boleh mereka mendedahkan kecantikan dan perhiasan yang mereka miliki kecuali yang dibolehkan. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi bahagian bawah dada mereka…”
Di penghujung ayat yang sama Allah berfirman: “Janganlah diantara mereka menghentakkan kaki mereka dengan tujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka…”
Sabda Nabi s.a.w: “Ada dua golongan ahli Neraka yang belum pemah kulihat. Manusia-manusia yang punya cemeti seperti hujung ekor lembu dan memukul-mukul manusia dengannya. Perempuan yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, suka menarik perhatian dan berwatakan menggoda. Kepala mereka umpama bonggolan unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga apatah lagi mencium baunya. Sungguhpun bau syurga itu dapat dihidu dari ribuan batu jauhnya.” (Muslim)
Begitu juga dengan sikap dan pergaulan. Pastikan semuanya terkawal. Jika anda bekerja di pejabat misalnya jauhi sikap keluar berdua-duaan atau keluar dengan lelaki yang bukan mahram walaupun dengan alasan kerja atau sekadar keluar makan. Jaga batas pergaulan dan bersikap seperti mukmin profesional dengan jatidiri dan sifat sejati muslimah. Jauhi gurau senda dan hilai tawa atau bertepuk tampar. Gunakan dengan bijak laman-laman web sosial dengan tujuan yang murni bukan dengan memasukkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, aksi-aksi yang tidak sesuai dan segala yang negatif.
Banyak yang perlu dijaga dan diawasi. Insya Allah jika semua ini dipatuhi dan dijaga, anda akan merasakan diri anda diawasi dan dirahmati Allah sentiasa.
Teruskan amalan-amalan Sunat / Zikir dan Doa Inilah amalan-amalan yang telah diamalkan sepanjang permukiman ibadah kita dalam musim Haji. Jadikan amalan-amalan ini sebagai perisai diri kita dari segala gangguan dan sebagai penambah bekal di alam barzakh dan pemberat mizan di akhirat. Latihan sepanjang kita tinggal di Makkah, amalan ketika Arafah dan bumi Mina harapnya dapat menjadikan kita sudah terbiasa dan semoga menjadi tabiat yang baik untuk kita. Zikir pagi dan petang, zikir selepas solat dan zikir harian adalah senarai zikir yang dilafazkan dan diamalkan sendiri oleh Nabi s.a.w. Apakah punya lidah yang mengucap zikir yang lebih baik dari lidah mulia Nabi s.a.w? Sewajarnya kita berbangga dengan mengamalkan zikir-zikir warisan Nabi s.a.w ini kerana inilah zikir yang serupa dibacakan oleh manusia teragung, penghulu sekelian Nabi dan Rasul.
Antara zikir yang disukai oleh Nabi s.a.w dan para Anbiya’ sebelum baginda ialah:
لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد ( يحيي و يميت ) وهو على كل شيء قدير
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemilikan dan pujian. Dialah yang menghidup dan mematikan dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-Tirmizi dan Ahmad)
Fadhilatnya tiada taranya. Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membacanya sepuluh kali selepas fajar dalam keadaan tetap kedua-dua kakinya akan dititipkan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh keburukan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat. Seluruh harinya akan dipelihara dari segala perkara yang tidak diingini dan dipagar dari gangguan Syaitan dan tidak ada dosa yang mengirinya pada hari itu kecuali jika dia berlaku syirik kepada Allah.” (AlTirmizi dan Ahmad]
Bersahabat dengan Al-Quran
Alhamdulillah dengan kekuatan, keazaman dan usaha giat para jemaah Haji ramai yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh berada di Makkah alMukarramah. Insya Allah tanamkan azam dalam diri setiap dari kita agar melazimi dan terus ‘bersahabat dengan Al-Quran setelah pulang ke Malaysia nanti.
Sabda Nabi s.a.w: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat nanti sebagai syafaat kepada pendampingnya (ketika di dunia).” [Muslim]
Antara mukjizat Al-Quran ialah ia diutuskan untuk mengimbangi dan menjadi ‘supplement’ (khasiat harian) kepada ruh manusia. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Syura ayat 52:
“Begitulah kami mewahyukan kepadamu ruh (Al-Quran) dari ketetapan kami. “Manusia terdiri dari unsur akal, fizikal dan ruh. Maka setiap satu punya keperluan tersendiri. Keperluan bagi ruh manusia adalah Al-Quran.
• Cintakan Ilmu dan melazimi majlis ilmu Pada hari ini ilmu mudah didapati di mana-mana dan terlalu mudah diakses dengan hanya menggunakan jari sahaja. Namun, ilmu yang paling penting adalah ilmu yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan, dunia dan akhirat. Ia merupakan satu tugas dan kewajipan yang sentiasa berjalan bermula dari hari kelahiran hingga detik kematian. Sentiasalah kita berdoa agar dikurniakan dengan ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang membawa laknat.
Allah berfirman dalam surah Taha ayat 114: “Katakanlah, wahai Tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu pengetahuan.” Nabi s.a.w juga menitip pesan: “Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.” [Ibnu Majah – Hadis ini dkategorikan sebagai Hasan).
Ingat bahawasanya dengan kejahilan manusia akan berada dalam gelita dan kegelapan. Hanya dengan ilmu manusia akan terselamat dan memiliki cahaya untuk menyuluh jalan hidupnya. Jangan hanya kita mudah berpuas hati dengan ilmu yang telah kita pelajari. Pastikan ilmu meningkat dan sesuai dengan pergerakan usia.
Malulah kita jika usia sudah dewasa atau meningkat tua, tapi ilmu masih bertaraf tadika! Carilah ilmu walau dimana sahaja; masjid, surau, tv, radio dan internet. Umpama kata-kata Imam Syafie rhm: ‘Sikapku dengan mencari ilmu adalah umpama seekor ibu ayam kehilangan anaknya.’
Solat Tasbih Berjemaah di Mekah
• Halal haram dalam kewangan dan muamalat
Ingatilah bahawasanya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah segala bentuk-bentuk riba jika benar kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya sesungguhnya kamu telah mengisytiharkan peperangan dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu bertaubat, maka ambillah modalnya (pokok harta tersebut) dan kamu tidak menzalimi dan dizalimi.”
Begitu juga Nabi s.a.w pernah menitipkan amaran bahawasanya memakan harta riba itu dosanya yang paling ringan adalah seperti menikahi ibu sendiri (Lihat dalam hadis no 4504 dalam Al-Jami’e Al-Suyuti] dan lebih berat dari 36 kali melakukan perzinaan! [Lihat Al-Munziri, Al-Targhib wa Al-Tarhib, 3/68].
Bukan itu sahaja malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya. Sabda Nabi s.a.w: itu dosanya yang pal.Jami’e Al-Suyuti] dan hib 3/68). Bukan itu sahaja, malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya.
Sabda Nabi saw: إذا ظهر الزنا و الربا في قرية ، فقد احلوا بانفسهم عذاب الله “Jika perzinaan dan riba berlaku secara berleluasa dalam sebuah kawasan, maka penduduknya telah menghalalkan turunnya azab Allah kepada mereka. “[Lihat Sahih al-Jami’e no 679, Syeikh Nasir al-Din)
Masalah umat Islam hari ini dengan sistem kewangan yang ada, merasa selesa dengan segala bentuk nikmat dan kekayaan yang diperolehi saat ini walaupun mungkin bersalut riba. Perasaan takut, risau, kurang keyakinan sudah tentu akan terbit kesan dari lamanya terlibat dengan sistem riba. Inilah hasil dari penjajahan barat terhadap dunia Islam yang masih kekal walaupun sudah bebas dan mampu mentadbir dunia mereka sendiri. Mengapa sistem yang direncana Yahudi dan Nasrani itu masih mendominasi ruang pasaran kewangan umat Islam.
Umat Islam pernah gemilang dengan pengaplikasian sistem Allah dalam era emas pemerintahan Islam di dunia. Mengapa kita kembali semula ke lembah dan lumpur jijik rekaan Yahudi dan Nasrani sedangkan kita pernah hidup dalam keindahan dan keadilan sistem yang bersumberkan wahyu Allah. Namun, peluang untuk kita kembali semula kepada sistem Allah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan keuntungan akhirat masih terbuka luas. Oleh itu, selepas pulang dari Haji nanti perhatikanlah harta benda kita dan sumber rezeki kita. Periksa semua jenis harta, simpanan, pelaburan, saham, perniagaan, hartanah dan seumpamanya. Pastikan semuanya bebas dari riba. Jika masih belum, setelah pulang nanti pastikan semuanya ditukar dan diuruskan sesuai dengan kehendak syariat.
Sistem kewangan dan perbankan Islam sentiasa menanti untuk memberi khidmat yang terbaik dan pastinya patuh syariah demi kesejahteraan dalam kehidupan. Tukar semua akaun yang masih konvensional sifatnya kepada sitem perbankan Islam. Bertaubatlah! Jangan biarkan harta benda kita dijadikan senjata untuk kita berperang dengan Allah Ta’ala dan Rasulnya kerana masih terikat dengan riba dan sistemnya. Bergembira dan beruntunglah semula dengan keuntungan dan kejayaan yang merupakan tawaran hebat dari Allah!
Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 130: Allah berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافاً مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . وَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan sebarang hasil riba berlipat kali ganda. Bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya kamu akan memperoleh kejayaan.”
Jemaah Wanita Wira Saujana Travels & Tours Yang Menyertai Tadarus Al Quran
PENUTUP
Semoga risalah kecil ini dapat memberi sedikit panduan berguna kepada para jemaah Haji yang akan pulang ke tanah air nanti. Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan kita dan menjadikan kita semua dari kalangan haamba-hambanya yang beroleh nikmat, rahmat dan kemenangan dari kalangan orang-orang yang soleh.
Selamat pulang ke pangkuan keluarga dan selamat beramal. Kuatkan azam dan semangat serta motivasi untuk melakar perubahan. Semoga perubahan kita kesan Haji yang mabrur akan membekas juga kepada saudara seagama kita yang lain.
Wallahua’alam.
Nota tambahan: Tazkirah ini adalah olahan dari catatan tazkirah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman (Abu Anas Madani) yang ditulis pada 27 November 2011. Terima kasih kepada Tuan Guru diatas perkongsian ini yang sangat bermanfaat kepada para jemaah haji.
Semoga bermanfaat kepada semua jemaah haji Wira Saujana Travels & Tours S/B 1443H.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Catatan Nota Kuliah: 💝Zan Aizan💝 Jumaat, 22 Julai 2022 (part 1) Jumaat, 29 Julai 2022 (part 2) Makkah Al Mukarramah
Alhamdulillah selamat tiba ke rumahku syurgaku pada 11.8.2022 jam 2.30pm setelah 42 hari berada di bumi Haramain. Maka selesailah perjalanan haji kami suami isteri untuk tahun 1443H.
Walaupun sudah berada di tanah air, hati masih terkenang-kenang akan keindahan & kedamaian bumi haramain. Masakan tidak….terlalu banyak keajaiban yang Allah swt kurniakan sepanjang mengerjakan ibadah haji & umrah.
Antara memori indah yang terpahat di sanubari ialah ketika menziarahi makam Rasulullah saw & masuk ke taman syurga (raudhah) di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah.
Subhanallah….ia seolah-olah satu mimpi indah yang sesiapa pun takkan ingin bangkit dari lenanya.
Terjemahan : “Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi, dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).”
Aku mengenang bagaimana aku & adik sepupu ku, “Wee” yang bersusah payah untuk masuk ke raudhah.
Jumaat, 7 Muharam 1444H/5 Ogos 2022
Kami tiba di Madinah dari Kota Mekah al Mukarramah.
Sabtu 8 Muharam 1444H/6 Ogos 2022
Aku gagal menempah slot dalam aplikasi EATMARNA walaupun telah mencuba berkali-kali sejak tiba di Kota Madinah. Pelbagai cara & meminta pertolongan dari ramai orang telah ku cuba tetapi tetap gagal.
Hati kecil berdetik, in shaa Allah jika Allah swt izinkan tentu ada keajaiban yang akan berlaku & aku pasti dapat menziarahi Rasulullah saw. Semangat berkobar-kobar sejak berada di Kota Mekah lagi. Setiap pusingan tawaf sunat ku, aku khususkan doa agar dapat masuk ke Raudhah dengan tenang & mudah.
Persediaan untuk menziarahi Baginda Rasulullah saw telah ku usahakan. Bayangkan….jika kita ingin menghadap sultan atau menghadiri temuduga kerja, kita akan membuat persiapan dari segi mental, fizikal & pakaian. Maka, jika ingin menziarahi Rasulullah saw kita perlukan persiapan dengan memperbanyakkan selawat. Antara selawat yang mudah dibaca ialah Selawat Jibril. Bacalah 1000-5000 kali sehari atau semampunya.
Selawat Tafrijiyyah & Selawat Fatih juga adalah baik untuk diamalkan kerana salah satu fadhilatnya ialah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & dipermudahkan urusan, in shaa Allah. Selama berada di Mekah lebih kurang 30-35 hari, jika kita membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 140x/hari, maka kita mampu mengumpul bacaan sebanyak 4444x yang mana, fadhilatnya ialah Allah swt makbulkan hajat kita. Semuanya dengan izin Allah swt, tabarakallah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻.
Namun, pada malam kedua di kota Madinah aku masih gagal untuk booked slot di Eatmarna. Lalu aku bertekad untuk mencuba nasib. Kerinduan kepada Rasulullah saw yang tak dapat dibendung membuatkan aku ingin mencuba nasib ke raudhah. Bermacam-macam cara & nasihat ku dengar dari pelbagai jemaah sama ada dari Malaysia atau Indonesia.
Oleh kerana adik sepupu ku telah berjaya menempah slot, aku beranikan diri menuju raudhah bersamanya seusai solat isyak.
“Kita nak masuk ikut pintu mana ni, K Zan?” Tanya Wee.
“Tadi polis kata kalau tak daftar Eatmarna, masuk ikut pintu 32” Jawabku
Kami berjalan keluar dari pintu 25 seusai solat isyak. Kami melihat ramai orang menuju ke pintu 37. Apabila menghampiri pintu 32, kami lihat tidak ramai orang yang memasuki pintu tersebut. Lalu kami mengubah haluan. Kami masuk melalui pintu 32.
“Ibu! Ibu! Duduk! ” Jerit puan polis.
Kami akur. Duduk menunggu giliran masuk ke raudhah. Sempat solat 2 rakaat di tempat menunggu. Ku lihat ada beberapa orang polis lelaki berlegar-legar di situ.
Apabila tali rentang dibuka, masing- masing berlari menuju raudhah. Ada yang merempuh. Malahan ada yang jatuh berguling-guling & dipijak oleh wanita-wanita gagah yang berlari. Kecut juga perut kami berdua. Patutlah polis lelaki ditempatkan di situ….
“K Zan…macam mana ni? Wee takut abang An (suami ku) marah kalau tahu K zan berlari” Rayu adik sepupu ku sambil berseloroh. Betapa concern nya beliau terhadapku. Sebenarnya aku boleh berlari-lari anak walaupun beberapa skru terpahat di tulang belakang ku😆.
“Takpe…kita tak perlu berlari. Kita berjalan je. Teruskan berselawat.” Jawabku, cuba menenangkan Wee.
Kami melihat bagaimana manusia seolah-olah hilang pertimbangan diri. Bertempiaran merempuh sesama sendiri. Tidak kisah akan aurat masing-masing yang sudah mulai tertanggal tudung & selendangnya…Allahuakhbar 😢
“Wee…kita jangan lari. Biarkan diaorang berlari. In shaa Allah kita akan dapat masuk raudhah” Jawabku.
Ku lihat Wee meneruskan zikrullah & doa2nya. Moga-moga Allah swt makbulkan segala doa adindaku itu.
Sesungguhnya, dugaan apabila berada di raudhah agak mencabar. Bersesak-sesak & agak sukar mendapatkan ruang untuk bersolat. Di tolak ke kiri, di tolak ke kanan & sebagainya.
Terjemahan: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar; dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan berita-berita tentang keadaan kamu.”
Setelah memberi salam kepada Rasulullah saw & para sahabat aku berpusing-pusing memerhatikan tiang-tiang mustajab doa & mimbar Rasulullah saw. Kami solat & berdoa dalam keadaan sesak & berasak-asak. Malahan ada wanita yang tidak mahu berganjak walaupun disuruh berkali-kali oleh jemaah lain.
Malangnya aku tidak dapat melihat mimbar Rasulullah saw (ia disebalik canvas) & tiang-tiang utama yang telah diterangkan oleh pembimbing kami, Habib Naqjamuddin Al Khered. Maka, untuk kepastian, aku melakukan video call kepada suami ku. Ku perlihatkan keadaan raudhah yang kami masuk. Ternyata, kami tidak berada dibahagian asal raudhah iaitu dari makam Rasulullah saw ke mimbar Baginda saw.
Bahagian Raudah Ketika Masuk Melalui Pintu 32
Ternyata itu bukanlah bahagian raudhah yang utama. Hanya sedikit sahaja bahagian yang merupakan bahagian raudhah, iaitu dibahagaian hujung, depan disebelah kiri (hadapan mimbar). Manakala bahagian lain adalah bahagian tambahan ketika zaman pemerintahan Umar bin Khattab, kemudian ke khalifah Usman, pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiah, hingga masa kekhalifahan Usmani dan era Arab Saudi. Ketika kunjungan kami ke raudhah, bahagian wanita adalah dari belakang makam Baginda Rasul saw.
Dalam masa yang sama, Wee meninjau-ninjau disebalik canvas penghadang di sekeliling raudhah.
“Kak Zan! Tengok ni! Tengok ni! Ada orang solat disebelah sana! Kat sanalah raudhah!” Jerit Wee sambil menunjukkan disebalik canvas tersebut.
Aku yang baru selesai VC dengan suamiku segera ke arahnya. Terima kasih encik suami yang turut mengesahkan bahawa kami tidak berada dalam kawasan raudhah asal.
“Wee, jom keluar. Ini bukan raudhah yang sebenar.”
Kami menuju ke arah seorang polis wanita yang menjaga canvas tersebut.
“Is that raudhah?” Soal ku
“ Yes” Jawabnya ringkas.
“But you must use permit (EATMARNA). Go to door 37. Faster! The door will be closed at 11.00pm” Kata puan polis
Sekilas aku mengerling jam di tangan. 10.37 pm! Aku & Wee berlari anak/mak/pak bagai untuk ke pintu 37😬😬🫢🫢. Lari dan lari dan lari! Tiba-tiba….
“Eh! Mana Wee??” Aku terhenti apabila adik sepupu hilang dari pandangan. Aku berpatah balik.
“Ya Allah…Wee!” Ku lihat Wee berhenti untuk minum air. Sempat pula dia berhenti minum. Dahaga katanya😄😄😄 Aduhai..adindaku!
Diringkaskan cerita, kami tiba di pintu 37. Aku berjaya memaparkan screen EATMARNA di HP untuk masuk. Aku hanya mampu berdoa…jika Allah swt izin, maka aku akan dapat masuk. Jika Allah swt tak izin, maka aku akan lepaskan Wee masuk sendirian.
Tiang Aisyah jika masuk melalui pintu 37
“Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir” “Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”
“Masuk!” Kata puan polis. Ma shaa Allah…lega sekali apabila pagar/penghadang dibuka. Namun sekali lagi kami di uji.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk, pagar/penghadang di tutup.
“Wee!” Jeritku apabila melihat adik sepupu ku tak dibenarkan masuk. Beliau masih di luar penghadang. Sebelumnya, kami telah berpecah barisan & hanya barisan ku yang dibenarkan masuk, manakala Wee masih di luar.
Allahuakhbar!
“Let her in! She’s my sister!” Jeritku kepada polis yang menjaga.
“No! You go 1st” Jerit puan polis.
“No! I can’t leave my her! She’s my sister! My sister!” Ulang ku. Air mata dah start jatuh huhu.
Akhirnya polis menahanku di situ & mengarahkan aku menunggu sehingga kumpulan Wee dilepaskan masuk. Berdebar rasanya hati ku.
Subhanallah… Aku membayangkan, begitulah keadaannya di akhirat nanti. Jika kita tak kelihatan di pintu syurga, sahabat manakah yang akan mencari kita di neraka & berkata “Dia sahabatku, dulu kami pernah hadir dalam majlis ilmu, dulu kami pernah berzikir bersama-sama, maka izinlah dia ke syurga bersama ku” huwaaaaa 😭😭😭😭
Maka carilah sahabat yang akan membantu kita ke syurga kerana diri kita sangat kurang amalnya, dan begitu banyak dosanya. Mudah2han kita akan ke syurga bersama-sama orang yang kita sayang.
Alhamdulillah akhirnya kami dapat masuk ke raudhah.
Ma shaa Allah…hampir 1/2 jam di raudhah. Aku menggunakan setiap saat yang ada agar Taman Syurga itu menjadi saksi kehadiran kami di akhirat kelak. Maka, seusai berdoa sempatlah aku melafazkan Selawat Jibril, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Fatih, Selawat Aliyyil Qadri, Selawat Adrikni & Selawat Adzimiyyah. (Sesiapa yang ingin mendapatkan selawat-selawat ini, boleh join Link Telegram himpunan zikir/selawat harian Aizan Collections Channel: https://t.me/+Vr1ab1ztEFFlZDRl)
Pada jam 12.00 malam, kami keluar dari raudhah dengan linangan air mata kesyukuran. Masing2 tersenyum, ketawa dengan deraian air mata kesyukuran. Tq Allah💝.
Bahagian Raudhah melalui pintu 37
Fasobrun Jamil Innallah hama’ana…. Bersabar itu indah & pasti diganjarkan sesuatu yang indah oleh Allah swt.
Pada hari ahad 7 Ogos 2022, apabila dimaklumkan oleh pihak agensi, Wira Saujana Travel & Tours bahawa kami mendapat slot (tasreh) untuk masuk ke raudah pada hari Isnin 10 Muharam 1444H/8 Ogos 2022 selepas subuh, aku melonjak riang.
Seusai solat subuh, kami berkumpul dihadapan pintu 25. Sama-sama memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang ingin memperbaharui wuduk. Ramai yang berpuasa sunat sempena hari Asyura. Begitu juga dengan diri ku.
Kira-kira jam 5.30am kami berjalan menuju ke pintu 37. Alhamdulillah tiada masalah untuk masuk kerana telah ada senarai nama yang disediakan.
Beratur untuk masuk melalui pintu 37 (video ihsan dari jemaah WSTT)
“Ya Allah, Wee! Raudah kosong! Wee!!!!” Air mata mengalir laju saat aku menjerit memanggil adik sepupu yang hanya berdiri beberapa cm dibelakangku. Kami menangis lagi😭😭😭.
Teruja! Sebak! Sedih! Gembira! Semua perasaan bercampur-baur tatkala aku berdiri di hadapan raudhah yang didalamnya hanya ada beberapa orang polis wanita.
“Masuk…masuk…Ibu masuk” Dipersilakan oleh puan polis dengan lembut & penuh sopan.
Allah….Allah…Allah….
Aku terpinga-pinga. Adakah ini mimpi? Adakah aku orang pertama melangkah masuk ke raudhah pagi ini? Pagi yang indah, pada hari Asyura yang dimuliakan oleh Baginda Nabi saw. Raudhah kosong. Hanya beberapa orang polis yang berada di situ. Dibelakang ku ada 44 orang jemaah yang akan turut masuk. Ma shaa Allah! Allahuakhbar! Air mata terus mengalir deras. Tidak lagi aku menyekanya…biarlah! Biarkan ia mengalir😭. Menangislah! Menangislah wahai insan yang terpilih sebegini rupa untuk menziarahi Rasulullah saw. Aku melangkah masuk dengan derian air mata.
“Assalaamu alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu alaika wa ala aalika wa ashaabika”
“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”
Dan seterusnya memberi salam kepada Saidina Abu Bakar Asshidiq dan Saidina Umar Al Khattab.
Kemudian, kami bersolat 2 rakaat mengikut saf yang disusun oleh puan polis. Selesai solat, aku bangkit menuju ke tiang Saidatina Aisyah ra & bersolat & berdoa di situ, yang mana ia adalah tempat mustajab doa. Berdoa bersungguh-sungguh sehingga diarah keluar oleh puan polis. Waktu yang diperuntukkan untuk setiap orang hanyalah 7 minit.
Makam Rasulullah saw
Alhamdulillah semua jemaah memberikan kerjasama yang baik untuk solat & berdoa bergilir-gilir di tiang Saidatina Aisyah ra. Ma shaa Allah…Hanya group kami di situ. Tiada orang lain selain puan polis. Betapa indahnya! Semoga semua doa diaminkan oleh para malaikat & diperkenankan oleh Allah swt. Tahniah semua wanita solehah Wira Saujana yang dipermudahkan Allah swt untuk bersama-sama ke Taman Syurga.
Tiang Aishah (sumber google)
Subhanallah….Tak tergambar kegembiraan itu.
Jika air mata itu mampu ku tadah, nescaya ia melebihi air di kolam renang Pusat Akuatik Nasional, Kuala Lumpur. Begitulah umpamanya kesayuan hati tanda syukur dengan anugerah dari yang Esa ketika dijemput menziarahi Rasulullah saw.
Jika begini perasaan ketika di dunia, dijemput seumpama VVIP untuk menziarahi Nabi saw yang terlalu cintakan umatnya, bagaimanakah pula perasaannya apabila mendapat syafaat dari baginda & seterusnya bersama-sama baginda di syurga nanti?
Allahuakhbar 😭😭😭
Sungguh! Perasaan itu luar biasa! Jantung berdebar kencang! Sesak rasa di dada! Seolah-olah seorang kekasih yang menatap wajah kekasih yang dirinduinya setelah sekian lama terpisah.
Subhanallah walhamdulillah walaa illa haillallah Allahuakhbar
Segala yang terbaik sememangnya dari Allah swt. Tiada yang lebih baik daripada ini.
Malu rasanya diri ini kerana amalku masih nipis, selawatku masih kurang & hatiku belum benar-benar suluk. Ya Allah…bimbinglah aku agar menjadi hamba Mu yang mampu menambah iman & amal🤲🏻.
Jemaah Wira Saujana Travels & Tours S/B (KT47B) yang masuk Raudhah pada 10 Muharam 1444H & kleuar di pintu 39
Doa:
“Alhamdulillahi rabbil’aalamiin, wash-sholaatu wassalaamu ‘ala isyrofil anbiyaa i walmursaliin, wa’alaa alihi washohbihii ajma’iin
Ya Allah Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, Maha Merancang, Maha Menjadikan.
Kami memohon, terimalah segala doa & amal ibadah kami. Pertemukan kami di syurga bersama Rasulullah saw, keluarga & sahabat handai kami.
Jadikanlah kami orang yang istiqomah dengan amal ibadah, zikrullah & sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi saw.
Bantulah kami untuk sentiasa mengajak seluruh ahli keluarga/sahabat handai kami ke jalan dakwah seperti Baginda Nabi saw. Cekalkan hati kami di jalan yang Engkau redhoi.
Bantu kami agar sentiasa beriman & bertaqwa kepada Mu serta mencintai Nabi Muhammad saw.
Bantu kami, Ya Allah! Jangan kau pesongkan hati kami & semoga kami mendapat haji yang mabrur.
(“Ya Allah, curahkanlah kesabaran atas kami, dan teguhkanlah pendirian kami terhadap cubaan dan kebenaran. Ya Allah, berkahilah semua ilmu yang kami dapat selama kegiatan ini, sehingga kami dapat mengamalkan setelah kami kembali dan kerumah masing-masing. Sehingga kami mampu menjadi suri tauladan dalam keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.”)
Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan pengalaman masuk ke Raudhah pada hari Asyura, 10 Muharam 1444H. Semoga ini bukan ziarah terakhir untuk ku & semua jemaah haji tahun ini.
Bahagian Raudhah jika masuk melalui pintu 37 (8.8.2022)
Semoga semua tarbiah dari Allah swt ini mampu menjadikan aku seorang yang lebih bersyukur & berusaha menambah amal ibadah ku.
Bersama-samalah kita perbanyakkan selawat dalam kehidupan harian kita. Jika Rasulullah saw merindui umatnya sebelum kita lahir, maka kenapa tidak kita merindui Baginda Nabi saw? Renungkan…& muhasabah diri.
Semoga kita sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah swt🤲🏻
Selamat Menonton💝
Wallahu’alam
Amalkan membaca Selawat Jibril setiap hari
Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always: 💝Zan Aizan💝 Rabu, 19 Muharam 1444H/17 Ogos 2022
Assalamualaikum warahmatullah. Salam penuh kasih sayang dari bumi Madinah al Munawwarah. Sembah & salam ke atas Nabi saw.
Ketika menulis ini, al fakhirah Zan Aizan berada di bumi Madinah Al Munawwarah.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Tahukah kalian bahawa terdapat ruangan OKU di Masjidil Haram yang terletak di tingkat 1, dihadapan klinik kecemasan & berhampiran dengan pintu/gate 88.
Ruang Solat OKU, Tingkat 1. Masjidil Haram
Jika anda masuk menggunakan gate 91, naik escalator ke tingkat 1 & berjalan ke kiri. Saya percaya ruangan ini ada banyak juga di tempat lain. Bagi yang bermasalah kesihatan ataupun berjalan menggunakan tongkat, cubalah cari walaupun tiada kad OKU.
Alhamdulillah dikebanyakan masa, saya solat & i’tikaf diruangan ini. Disini sangat aman…saya rasa tenang duduk disini.
Klinik kecemasan dalam Masjidil HaramKlinik kecemasan dalam Masjidil Haram
Ramai orang tak percaya saya ada kad OKU hehehe. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan kad tersebut, malahan ia sebagai reminder/alarm kepada diri saya sendiri bahawa “pergerakan saya terbatas!”. Saya tak boleh terrrr over buat itu ini, berjalan, berlari macam org lain walaupun sekali sekala saya berjalan laju ala2 nak excercise 😁😁😁. Polis yang menjaga tempat OKU pun confius macam mana saya boleh ada kad OKU bila saya tunjuk sebelum masuk😬.
Kad OKU yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Bagi orang yang tak mempunyai kad OKU tapi menggunakan tongkat atau wheelchair, boleh solat di sini juga. Pembantunya pun boleh duduk bersama. Malahan ada juga ibu bersama bayi/anak kecil yang duduk disini.
Video gambaran ruang OKU di Masjidil Haram
Ruangan ini lebih tenang & kurang orang. Maklumlah….ia agak jauh dari kaabah. Ramai wanita prefer nak solat dibahagian hadapan sebab nak nampak kaabah walaupun OKU atau bertongkat. Dalam beribadah, orang perempuan kena tahu dimana kedudukan terbaiknya seorang wanita. Sesungguhnya, banyak perkara yang telah digariskan dalam Islam, bahawa kedudukan kaum hawa tak boleh disamakan dengan orang lelaki.
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Air zamzam diletakkan tinggi supaya mudah bagi orang yang menggunakan wheelchair mengambil air
Sebagai info tambahan, di Masjid Nabawi juga ada disediakan tempat OKU. Jika anda masuk melalui pintu 25 (bahagian perempuan) atau mana-mana pintu, tempat OKU kebiasaannya berada disebelah kiri berhampiran dengan bahagian saf paling hadapan. Ada polis wanita yang bertugas di palang masuk. Ia lebih selesa untuk jemaah yang menggunakan wheelchair beserta dengan penemannya. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala urusan kita dalam beribadah.
Begitulah juga keadaannya jika ingin masuk ke Raudhah. Ada laluan khas untuk yang berkerusi roda. Ia mudah & beruntunglah bagi orang yang berkhidmat menolak kerusi roda tersebut. Boleh solat & berdoa di dalam raudah dengan tenang.
Ramai yang solat menggunakan kerusiAlhamdulillah, tenang diruangan yang lapang
Okey…Setakat ini sahaja info untuk Orang Kurang Berupaya ketika di Haramain. Selamat beribadah secara berhemah & penuh ni’mah.
Fi khairin wa lutfin wa’afiah.
Laluan Wheelchair ke Raudhah
Love as always 💝Zan Aizan💝 Ahad, 7.8.2022 Madinah Al Munawwarah