Mula2 sakit tekak…rasa biasa lagi. Makan strepsil…rasa lega sikit. Minum air kosong berliter2 sebab tekak rasa kering. Sehari selepas itu hidung berair…tak boleh control , sentiasa mengalir cecair dari hidung. Badan seram sejuk & panas dalam. Dalam dada start panas. Rasa mcm sauna dalaman. Kemudian tak boleh tido dah…kejap panas kejap sejuk ketar…sakit kepala. Hilang selera makan😔😔
Allah huakhbar….Masa tu ingat Allah swt….Allah nak duga sy…ingat family especially suami, anak2 & mak. Cakap pd diri sendiri…sy kena kuat.💪🏼💪🏼but….tewas juga😩😩
Apabila ke hospital, confirm influenza B & keradangan hati (sebab tu hilang selera makan). Dalam keadaan sakit…hati sedih sbb suami & anak pun sakit pd ms tu…sy x mampu nak jaga mereka😢
Masyaallah…byk sy berishtifar & berselawat utk menenangkan hati. Alhamdulillah….kesedaran cepat muncul. Cepat2 muhasabah diri apbl perkara2 berikut terjadi:
💙Sakit – Anggap sebagai kifarah. Insyaallah apbl kita redho, dosa2 kecil diampunkan
💙Isolation – Saya diasingkan…apbl doc/nurse/pelawat dtg kena pakai mask. Bayangkan keadaan apbl kita meninggal dunia nnti…langsung x kan boleh bersama org yg kita kenal lagi….ddk sorang2 dlm kubur😫😫 takkan boleh balik ke dunia utk bersama orang tersayang lagi, think positif, alhamdulillah sy hy diasingkan & mereka semua hanya pakai mask…kami msh blh berbual2 sprti biasa. No heart feeling✌🏼
💙Dipisahkan dr anak2 kecil krn bimbang jangkitan – Sedih & kasihan kp anak2…sayu hati yg dah sedia radang😢😢cepat2 muhasabah diri. Allah duga dgn perpisahan bbrp hr shj, bukan selama2nya. Bayangkan betapa sedihnya org yg tiba2 kehilangan anak2 depan mata secara tiba samada akibat sakit/mati lemas/tercekik susu dll.😔
💙Panas dalam dada – masyaallah….sgt2 x selesa rsnya. Namun segera terbayang azab dialam barzakh atau sebelum ke syurga nnti😩😩bagaimanalah panasnya neraka…jika kulit yg dahulunya pernah terbuka aurat, disiat2 & dicucuh api…lebih dahsyat lg panasnya🔥bersyukur krn Allah bg sy rs sedikit kepanasan skrg.
💙Hilang selera makan – Allah sedang mendengar permintaan sy. Kdg kala terlalu control mkn krn bimbangkan kesihatan atau kacau diet. Allah tarik seketika sgl nikmat makanan. Mampu telan sesudu nasi shj😔😔makan apa pun rs x sedap pd ms tu.
Namun….dlm sgl yg sy lalui itu…byk nikmat lain Allah bagi. Masyaallah….kasihnya Allah kp sy😭
❣Allah htr insan2 baik yg bkn saudara mara pun utk meringankan beban sy. Ada rakan yg sudi ambilkan anak dr hostel & bw dia ziarah sy. Ada yg dr jauh kirimkan bunga2/belon/coklat utk menceriakan sy…ada yg dtg bw kopi kegemaran sy…buah2han jgn disebutlah….bilik hsptl boleh jd kedai buah2han🍏🍎🍑🍈🍒🍋🍇🥑🥝
❣Allah htr jiran2 yg baik…yg x putus2 menyediakan mknn buat anak2 kecil sy d rumah. Smpi mknn di rmh pun x termakan juga😃
❣Allah titipkan rakan2 & saudara mara yg mendoakan sy dr pelbagai sudut. Ada yg bw air selawat/yaasiin, supplement dll…masyaallah…terharu rsnya
❣Allah bg kesembuhan & kesegaran segera buat anak perempuan sy yg dijangkiti denggi….dia yg jg sy di hospital, temankan sy dibilik & paksa sy makan💝💝 (mula2 sy risau sy x blh jg dia😬😬)
Alhamdulillah…semua tu mmbuatkan sy bersemangat utk sihat kembali🎉🎊Allah swt maha pengasih & penyayang telah memberi kesembuhan kp sy😍😍
Kesimpulannya di sini….kita mesti redho dgn sgl ketentuan Allah swt. Apa yg Allah susunkan utk perjalanan hidup kita semuanya dgn tujuan yg baik. Apbl musibah menimpa kita…cepat2lah muhasabah diri & kembali kp Allah. Gandakan doa kita & yakin yg Allah swt itu maha mendengar. Segala ujian Allah kp kita itu adalah setimpal dgn kemampuan kita & ada org yg ujiannya lebih dahsyat dr kita. Kdg kala:
1) ada org yg sihat, x pernah sakit, tiba2 meninggal. Diharapnya org sebegitu adalah golongan yg sentiasa bertaubat kpNya.
2) ada org yg sakit bertahun2….byk dia bertaubat & mengingati mati. Akhirnya sihat kembali
3) ada org yg sakit bbrp hari shj, sempat bertaubat tetapi berasa tidak puas krn byk lg yg hendak dilakukan sblm dijemput ilahi. Namun Allah tidak lg memberi peluang kpnya
4) ada org yg meninggal tanpa warning. Contohnya accident atau dibunuh. Keluarga turut menjadi trauma😩
Oleh itu, bersyukurlah dgn sgl kurniaan Allah kp kita. Jgn cepat melatah & putus harapan. Insyaallah ada hikmahnya diatas sesuatu kejadian/musibah. Sentiasa memandang org yg ditimpa musibah yg lebih teruk drpd kita, barulah kita akan rs yg kita still beruntung. Sama2 kita muhasabah diri & saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Wallahualam😊
💝Zan Aizan💝