ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang maha berkuasa keatas sesuatu yang dikehendakiNya.
Alhamdulillah, kami sekali lagi mengangkat tangan menadah kesyukuran kepada Mu ya Allah diatas rahmat & kasih sayang yang Engkau curahkan.
Kami masih didalam proses pemulihan cara kerja untuk anak kami Syed Hud Bin Syed Burhannuddin. Insyaallah dalam siri ke 5 ini kami kongsikan lagi improvement yang ditunjuk oleh Syed Hud hari demi hari.
Buat beberapa ketika dahulu….kami sentiasa membimbing dia untuk menghafal beberapa surah lazim sebagai permulaan dia untuk bergelar hafiz atau sekurang2nya boleh membacanya dalam solat. Begitu juga apabila tiba musim peperiksaan, setiap malam kami akan memastikan dia telah menghafal surah2 yang bakal di tanya pada waktu peperiksaan esoknya. Namun, kebanyakan surah2 yang telah dihafalnya tidak bertahan lama di ingatannya. Jika tiada sesi refresh…semuanya akan gone with the wind๐จ๐จ๐จ
It happens for many years….since he was 4 years old until 7 years old.
Allah itu maha penyayang….Dia sentiasa menguji kesabaran hamba2nya agar kita akan terus berusaha, berdoa & bertawakkal kepadaNya. Begitulah yang kami sifatkan apabila setelah usaha kami agak sia2 untuk beberapa tahun…akhirnya pada bulan oktober 2017 ini…kami boleh berasa gembira kerana Syed Hud telah berjaya menghafal 20 ayat daripada surah yaasiin dalam masa 2 hari. Tell me….ibu bapa mana yang tidak gembira dengan berita ini๐ค๐ค๐ค….Kenapa kami memilih surah yaasiin? Kerana kami sering mengadakan atau menghadiri majlis tahlil & ini akan memudahkan Syed Hud untuk menyertai jemaah yang lain sewaktu bacaan yaasiin. Jika tidak, sebelum ini dia mempunyai perasaan rendah diri yang tinggi & mengambil jalan untuk menjauhkan diri daripada orang lain.
Bagaimana ini boleh berlaku? Saksikan video ini ๐๐
Inilah cara dia menghafal. Kanak2 yang aktif & ada banyak energy perlu teknik yang sebegini. Menurut therapist di OT, untuk memudahkan di focus sewaktu menyiapkan homework juga dia digalakkan untuk menggunakan gym ball ini. Please….jangan mengharapkan kanak2 yang otak kanannya aktif untuk duduk statik & menghafal. Dulu dia menghafal al quran dengan cara mendengar bacaan orang lain kerana dia tidak lancar untuk membaca sendiri (refer post saya part 1). Itulah salah satu kesilapan kami selama ini ๐๐๐
It is fun sebenarnya….kerana kami tahu dia tidak stress untuk melakukannya. Walaupun dengan ketiadaan kami disisinya, dia tetap mempunyai initiatif sendiri untuk menghafal. Alhamdulillah hasilnya….adalah seperti di dalam video yang seterusnya:
Selain daripada itu, therapist di OT juga memaklumkan kepada kami bahawa Syed Hud telah mula mempunyai tahap confident diri yang baik. Dia telah di letakkan bersama2 seorang kanak2 autism dalam satu sesi terapi & di sepanjang proses terapi dia mampu menguasai keadaan (leader).
Paling menarik ialah…..dia mampu mempengaruhi kanak2 tersebut untuk berbual & bermain dengannya serta mempunyai eye contact sewaktu berinteraksi dengannya. Tabarakallah….Allah swt maha penyayang & maha pengasih, menemukan dua insan yang saling tidak mengenali antara satu sama lain & masing 2 mempunyai specialty tersendiri tetapi boleh bergaul mesra dalam masa 1 jam yabg diberi. Secara tidak langsung, kanak2 autism tersebut kelihatan gembira untuk bermain bersama kawan barunya.
Mungkin atas faktor Syed Hud telah lancar membaca & menulis (tidak perlu mengeja lagi), maka di sekolah juga dia sudah berani ke depan. Kami amat berbangga apabila di maklumkan bahawa dia menyertai pertandingan melaungkan azan baru2 ini. Selama 3 tahun setengah dia bersekolah, dia tidak pernah menyertai sebarang pertandingan samada sukan atau kelab2 sekolah. Ini adalah disebabkan dia sering berasa rendah diri & kurang keyakinan diri. Walaupun dia tidak menang namun pada kami, itu bukan ukurannya. Yang penting kami tahu yang dia telah mulai menunjukkan banyak improvement sejak memulakan terapi 5 bulan yang lalu (2 minggu sekali).
Subhanallah maha suci Allah…..
Sesungguhnya benarlah Allah swt menguji hamba2nya setimpal dengan kemampuan mereka. Bersyukur kami sebagai ibu bapa kepada Syed Hud kerana terpilih untuk mempelajari ilmu hidup yang jarang2 ingin di ambil kisah oleh orang lain. Malahan, sehingga ke hari ini jika kami menyebut mengenai Terapi Cara kerja (Occupational Therapy) masih ramai ibu bapa yabg tidak tahu mengenainya.
Nasihat kami….carilah ilmu. Rujuk kepada yang pakar atau ibu bapa yang berpengalaman sekiranya kita nampak sesuatu yang abnormal dengan perkembangan anak2 kita. Ambil positif ke atas setiap teguran & pandangan orang sekeliling terhadap perlakuan anak kita. Semuanya berlaku dengan izin Allah swt.
Sampai setakat ini dahulu coretan saya buat kali ini. Moga2 Allah swt mengizinkan kami untuk terus berusaha bersama mendidik & membesarkan anak2 kami di jalan Allah swt. Insyaallah kita akan bersua lagi di siri yang ke 6.
Wallahualam.