Syed Hud & Occupational Theraphy (Part 7)

Assalamualaikum Warrahmatullah….

Salam sayang dari Ummu Syed Hud buat semua ibu bapa penyayang sekalian. Semoga anda semua berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt.

Ramai yang pm sy menanti khabar terkini Syed Hud. Afwan…..akibat kekangan masa diri saya sendiri & tidak banyak perkembangan terkini yang boleh di kongsi, maka saya biarkan sahaja masa berlalu buat beberapa ketika. Besides, saya perlu berikan masa kepada Syed Hud untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baru.

Alhamdulillah….dalam tempoh sebulan setengah di sekolah baru, kami melihat banyak perubahan positif dalam rutin harian Syed Hud. Setakat ini kami berpuas hati dengan tindakan kami memindahkan dia ke sekolah yang lebih hampir dengan rumah dan mengubah 80% daripada rutin hariannya. Antara perubahan positif yang saya maksudkan ialah:

1. Jarak sekolah & rumah yang dekat menjimatkan masa berulang alik ke sekolah. Oleh itu Syed Hud ada banyak masa untuk beriadah di waktu petang. Dengan riadah yang lebih, tenaga yang telah dikerah pada sebelah petang membolehkan dia lebih memberi perhatian semasa membuat homework pada waktu malam. Syed Hud juga dah alert dengan homework2nya.

2. Cikgu yang lebih tegas & oleh kerana dia masih belum biasa dengan cikgu2 tersebut…so Syed Hud lebih bimbang jika dia tidak menyiapkan homeworknya.

3. Dia telah dilantik menjadi Ketua Kelas. Maka ada sikap tanggungjawab yang muncul pada dirinya. Saya perhatikan dia lebih alert dengan waktu kedatangannya, kebersihan kelas, switch off lampu & kipas sebelum balik & cuba bertindak untuk memberi arahan kepada rakan2 sekelas. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia menghilangkan perasaan rendah diri & malu yang selalu bersarang dibenaknya. Confident level nya menjadi lebih tinggi. Sebelum ini, di sekolah lamanya…dia tidak pernah diberikan sebarang jawatan. Mungkin kerana itu dia merasakan dia tidak perlu menunjukkan sebarang tingkah laku sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu.

4. Jarak dari sekolah ke hospital UIA (OT) memudahkan saya mengambilnya keluar untuk terapi selama 1 jam & kembali semula ke sekolah.

Seterusnya…..✈✈✈✈

What happen to his spelling & vocabulary? Owh…there are so many practise yang saya perlu tumpukan kepadanya. Syukur ke hadrat Allah swt kerana so far…saya diberikan kesihatan yang baik & ruang waktu untuk sentiasa membantu every weakness yang dia ada. Saya telah memulakan latihan vocabulary & praktis menulis lebih banyak perkataan yang mempunyai huruf “b”. Remember….dari awal dulu saya dah mention….dia confius between “b” & “d”. How did it happen? Mari kita saksikan video ini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Whats next? Syed Hud masih bermasalah untuk menulis dengan kemas…overall dia sudah boleh menulis & membaca dengan lancar cuma masih belum kemas. Oleh yang demikian, atas bantuan seorang rakan yang juga seorang tenaga pengajar yang sangat kreatif & prihatin terhadap anak2 muridnya, Cikgu Nadia telah membantu memudahkan urusan saya. I print out this “spacing hands”…thats what I called it🀣🀣🀣 supaya Syed Hud dapat menulis dengan lebih kemas & ada space between each words.

Beginilah cara penggunaanya….comelkan “tangan” tu 🀣🀣🀣

Suka saya ingatkan, Allah swt itu maha pengasih & maha penyayang. Setiap doa dari hamba2nya tidak pernah dipulangkan dengan tangan yang kosong. Setiap hari saya berdoa agar segala2nya dipermudahkan & hanya bantuan dari Allah swt yang saya dambakan setiap saat & waktu. Alhamdulillah….dengan penghijrahan Syed Hud ke Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, dia dipertemukan dengan guru kelas yang lebih berpengalaman. Cikgu Intan yang sangat prihatin & berpengalaman menangani pelbagai masalah kanak2 di sekolah telah menyarankan saya untuk membawa Syed Hud untuk melakukan pemeriksaan mata. Untuk sekian kalinya….perkara ini tidak pernah terlintas dihati kami kerana beliau tidak pernah menunjukkan ciri2 seorang yang rabun (kerana saya & anak sulung adalah rabun. Syed Hud juga aktif). Namun itu disarankan kerana Syed Hud masih bermasalah untuk menyalin apa2 dari whiteboard malahan dari buku teks.

Amazingly….kebetulannya semasa di OT beliau juga melakukan aktiviti menyalin tulisan daripada surat khabar & 70% adalah gagal menyalin dengan betul. What a coincidence!

Therefore…..kami telah menemui sebahagian daripada punca masalah pembelajaran Syed Hud selama ini.πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” Allah huakhbar!

Take it as a positive vibes…Allah swt sedang menunjukkan jalan kepada kami & akhirnya hasil daripada pemeriksaan by Optometrist di UIA…Syed Hud didapati mengalami masalah rabun dekat & rabun jauh. Both rabun which is abnormal untuk kanak2 yang berusia 9 tahun 2 bulan sepertinya. Itulah diantara punca2nya dia selalu agak slow menyalin apa2 yang ditulis di whiteboard semasa di sekolah atau menyiapkan tugasan dalam buku. Syed Hud mungkin gagal mengesan tahap rabun dekatnya untuk menganggar jarak apabila dia ingin menulis atau menyiapkan kerja2 sekolah. Akhirnya semua itu membuatkan dia hilang minat untuk membaca. Poor him 😒😒😒We wish we know it earlier huhu

However kami…as his parents, dalam kesedihan+terkejut menerima berita tersebut masih bersyukur kerana telah menemui sebahagian daripada punca masalahnya. Tanpa menyalahkan mana2 pihak….malahan lebih kepada menyalahkan diri kami sendiri kerana kurang alert tentang hal rabun ini….tetapi ingin saya kongsikan diantara kelemahan kecanggihan teknologi hari ini adalah….dengan wujudnya aplikasi Whatsapp….selama ini, apabila Syed Hud atau murid2 lain gagal menyalin apa2 yang tulis oleh guru di whiteboard, guru yang berusaha membantu pelajar akan mengambil gambar whiteboard & menghantar gambar tersebut ke group whatsapp ibu bapa. Dengan cara itu, pelajar boleh menyalinnya di rumah. Oleh itu…masalah kerja sekolah mungkin dapat diselesaikan namun masalah pada setiap individu (pelajar) itu tidak dapat dikenal pasti. Itu adalah dari sudut pemerhatian kami sebagai ibu bapa yang melalui pengalaman ini. Tambahan pula, selama ini Syed Hud memang telah dilevelkan sebagai seorang yang agak lambat menulis.

Masalah penglihatan ini masih dalam proses uji kaji. Masih banyak proses yang perlu Syed Hud lalui sebelum dia perlu menggunakan cermin mata. Namun…serta merta saya berikan Al Quran yang lebih besar pada malam itu & alhamdulillah dia mampu membaca dengan lebih lancar.

Begitulah keadaannya saban hari….semakin hari semakin banyak perkara yang dikenalpasti.

Walau apapun keadaannya…kami tidak akan berhenti berusaha membantu & support every aktiviti Syed Hud. Kami ingin dia tahu bahawa every body has their own specialty & tiadanya pilih kasih atau perbezaan kasih sayang diantara anak2 kami.

Kami bersyukur kerana dikurniakan anak yang sentiasa memberikan kami peluang untuk menambah ilmu parenting. Dia juga anak yang baik, tidak banyak meminta2 atau mengeluh2. Malahan untuk beberapa bulan ini dia juga agak kerap menunaikan solat2 fardu di surau. Walaupun dalam keadaan mata yang rabun, dia akan tetap mengayuh basikal ke surau samada pada waktu siang atau malam. Semuanya sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf kepada diri saya sendiri.😒😒😒

Insyaallah…semoga dengan adanya treatment untuk masalah penglihatan Syed Hud, akan ada lebih banyak perubahan positif dalam hidupnya.

Bersama kita doakan Syed Hud….amin.

Gambar: Syed Hud participate pada hari keceriaan kelas