Assalamualaikum Warrahmatullah
Alhamdulillah….bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaan Nya kepada kami sekeluarga.
Sesuatu yang indah yang Allah swt hadiahkan kepada kami sekeluarga di bulan Ramadhan yang lalu, iaitu 2 hari sebelum Syawal menjelma (13.6.2018) Syed Hud telah pun discharged dari OT.
Melihat kepada semua test & theraphy yang dijalaninya, insyaallah dia akan beransur2 memajukan dirinya dengan sokongan keluarga & usaha dirinya sendiri.
Antara perkembangan yang berlaku ialah:
1. Tulisannya semakin kemas. Spacing pun dah ada.
2. Tiada lagi huruf2 yang confius. Huruf ‘b’ & ‘d’ telah boleh dibezakan.
3. Sudah boleh duduk di kerusi dengan lebih lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Focus dah bertambah baik. But still have that rocking chair. According to the therapist…itu normal. Almost all the kids are doing that.
4. Bercakap dengan lebih confident. Boleh menjawab pertanyaan with eye contact. Tiada lagi jawapan ‘tak tahu’ sambil angkat bahu 🤣🤣
5. Seems happy & mature. Emosi yang lebih terkawal. Maybe atas faktor usia yang semakin meningkat. Dia sudah berani melibatkan diri dengan aktiviti berkumpulan contohnya bermain bola sepak, futsal, badminton, chest dan lain2.
6. Lebih lancar membaca Al Quran, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Hafazan juga sudah semakin baik.
Berikut adalah keputusan Ujian Penilaian KAFA yang didudukinya pd bulan Ramadhan yang lalu. Sebagai pelajar yang baru 6 bulan berada di Sek. Ren. Islam itu & 1st time belajar subject KAFA & dalam bahasa melayu serta 100% tulisan jawi, cikgu berpendapat, pencapaiannya utk lulus 5 daripada 7 matapelajaran dengan kedudukan dalam kelas 20/35 adalah sudah sangat memuaskan hati. Dia cuma dinasihati untuk memperbanyakkan membaca & menulis jawi. Insyaallah he will improve from time to time.
Setinggi2 penghargaaan kami ucapkan kepada team Occupational Therapy Hospital UIA terutamanya Teacher Aina & Doktor Hanisah yang sentiasa berusaha membantu Syed Hud. Selama setahun kami berulang alik 2x sebulan, akhirnya ia membuahkan hasil yang positif.
Terlalu banyak ilmu yang kami pelajari selama bersama OT ini. Kami juga akan terus mempraktikkan segala tips2 yang diajarkan, malahan akan cuba menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan taulan terutamanya sahabat yang juga merupakan guru pertama anak2 saya, Teacher La, The owner of Tadika Indera Pintar Kuantan, Pahang bersama Warga Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa Pahang (PIANIS) yang sentiasa memberikan semangat & sharing all the info about Child Development Education.
Semoga Allah swt memberikan ganjaran yang terbaik buat semua yang membantu. Doakan agar Syed Hud terus membesar sebagai anak yang soleh, berjaya di akhirat & di dunia.
Walaupun dia masih memerlukan banyak masa untuk develope pelbagai perkara yang he might left behind, tetapi sebagai ibu bapanya kami yakin dia mampu untuk memperbaiki dirinya dari segi akademik, kokurikulum & ilmu2 akhirat.
Disamping memberikannya minum air yang di tulis/dibaca dengan ayat2 Al Quran serta doa yang tidak putus, kami yakin insyaallah Syed Hud pasti mampu menjalani hari2 yang mendatang dengan lebih matang.
Di akhirnya….saya berharap agar ibu bapa yang lain akan membuka mata & lebih prihatin terhadap perkembangan anak2 & cara2 untuk menangani setiap permasalahan anak2. Jangan di sia2kan kehidupan anak2 di zaman kanak2nya yang mana akan turut merosakkan masa depannya. Luangkanlah lebih masa bersama anak2. Kenali anak anda. Anak2 adalah cerminan diri kita.
Salam penuh kasih sayang dari kami sekeluarga😍😍
Wallahualam.
With love: 😍Zan Aizan😍SyedBoRians