Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
(Qs. Al-Ahqaaf : 15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengimbau kenangan…..sekitar 13 ke 14 tahun yang lalu (2004/2005)
Almarhum Syed Ahmad Bin Muhammad Semait atau lebih dikenali sebagai Habib Ahmad Semait, seorang penulis & penterjemah pelbagai kitab Islam yang berasal dari Singapura (boleh google biodata beliau di wikipedia).
Link:👇👇👇
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syed_Ahmad_Semait
Dulu, sekitar tahun 2004/2005 Almarhum sering berkunjung ke Kuantan Pahang bersama zaujah beliau, Ustazah Thahirah Abdur Rahman, yang juga merupakan seorang penulis & penterjemah beberapa buku mengenai ilmu fiqeh.
Diantara kenangan kami (suami saya merupakan salah seorang ahli jemaah yang sering membawa para habib luar yang datang berdakwah ke Malaysia) bersama Almarhum Hbb Ahmad Semait ialah….pada tahun 2005, kami pernah membawa Almarhum ke rumah tok (nenek) kepada suami saya di Kg. Galing Kecil. Pada ketika itu, kami mengadakan bacaan yaasiin & doa selamat bagi mendoakan salah seorang bapa saudara (Waled: Syed Mahadar Bin Syed Ahmad) yang sedang berjuang menghidapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang di ICU. Oleh kerana keadaannya sudah kritikal & beliau masih gagal mendapatkan bantuan mesin pernafasan atau hemodialisis (saya dah lupa mesin apa) maka seluruh ahli keluarga sama2 berdoa agar Allah swt permudahkan segalanya buat beliau.
Selesai bacaan yaasiin, kami meminta Almarhum membacakan doa dgn tujuan agar mendapat lebih keberkatan daripada bait2 doa beliau.
Subhanallah….beliau menolak dengan lembut malahan meminta tok, selaku ibu kandung kepada bapa saudara yang sakit itu agar membacakan doa. Katanya “Doa seorang ibu untuk anaknya adalah lebih afdal & beliau akan mengaminkan apa sahaja doa yang akan tok pinta daripada Allah swt.”
Pada ketika itu, seluruh ahli keluarga yang hadir menadah tangan & mengaminkan tanpa mengetahui apa yang didoakan oleh tok. Suasana hening & sunyi kerana tiada sesiapa pun yang mendengar suara halus insan bergelar ummi itu.
Seberapa ketika setelah selesai bacaan doa….kami mendapat panggilan telefon drpd salah seorang saudara yang berada di hospital, memaklumkan bahwa pihak hospital akhirnya berjaya mendapatkan mesin yang diperlukan & bapa saudara yang kritikal itu & dia telah mulai sedar.
Subhanallah…walhamdulillah walaa illahaillallah…allah huakbar. Maha suci Allah yang maha pengasih & penyayang.
Begitulah besarnya keberkatan doa seorang ibu. Saya sendiri rasa sebak sebaik sahaja mengetahui mengenai berita itu. Pada ketika itu, saya sedang mengandungkan anak ke dua saya….masyaallah, peristiwa itu benar2 memberi kesan kepada diri saya sendiri, sebagai insan yang Allah swt pilih untuk menjadi ummi kepada anak2 saya.
Beruntunglah sesiapa yang masih punya ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab. Begitulah jua kita sebagai seorang ibu…doakan yang baik2 setiap saat buat anak2 kita.
Jika seorang ulama yang alim juga meminta ibu kandung sendiri mendoakan untuk anaknya….maka mengapakah kita masih ragu2 dengan setiap ucapan ibu kita?
Walaupun kami semua tahu, Almarhum Hbb Ahmad Semait juga turut mendoakan, namun…begitulah sifat tawadduk & rendah dirinya seorang ulama, rasa hormatnya kp seorang ibu tua amatlah tinggi😔😔.
Banyak lagi kenangan bersama almarhum yang sempat kami telusuri bersama Hbb Ahmad dalam perkenalan yang singkat. Almarhum Hbb Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006 dalam satu kemalangan jalan raya.
Insyaallah akan saya kongsikan lagi di lain masa.
Innalillah hiwainna ilaihirrojiun….buat mereka bertiga yang semuanya telah kembali ke rahmatullah:
1. Almarhum Hbb Ahmad Semait
2. Almarhumah Tok Neng
3. Almarhum Walid, Syed Mahadar Bin Syed Ahmad
Semoga semuanya ditempatkan bersama para solihin.
Berikut adalah merupakan buku2 hasil Tulisan/Terjemahan Almarhum:
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”
(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Wallahualam.
Nukilan: Zan Aizan ~Ogos 2018~
#SayangiIbu
#IbuPermataHati
#DoaIbuDoaMustajab