Bismillah hirrohma nirrohhim…..
Assalamualaikum warrahmatullah
Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallah Allah huakhbar…
Bersama kita panjatkan kesyukuran diatas segala kurniaan Allah swt kepada kita semua di sepanjang usia kita. Setiap satu pemberian Allah swt itu adalah tidak lain hanya untuk kita mendekatkan diri kepada Nya. Samada pemberian Nya dalam bentuk rezeki yang berlipat ganda mahupun kedukaan atau kesakitan.
Subhanallah….tabarakallah
Mari kita dekatkan diri kepada Al Quran. Walaupun kita mungkin sudah biasa membaca Al Quran, kadang kala Allah swt sengaja hantarkan signal agar kita lebih kerap lagi memegang & mendekatkan diri kepada Al Quran.
Begini kisah ku….
Diawal tahun 2017, saya mulai mengalami pendarahan yang berterusan & sering sakit perut yang pelik….sebab apa saya kata pelik, sebab rasa sakitnya adalah seperti sakit ingin melahirkan seorang bayi. Dipendekkan cerita…rawatan demi rawatan (Biopsy, Colposcopy dll) saya lalui selama lebih setahun apabila doktor mengesahkan berlakunya pertumbuhan satu lapisan diluar rahim dan kewujudan sista/cyst.
Akhirnya pada bulan Julai 2018, pembedahan kecil dilakukan untuk membuang lapisan tersebut yang telah dijangkiti kuman & radang. Alhamdulillah…pembedahan berjalan lancar & tiada pendarahan lagi selepas itu.
Namun begitu….some how, entah kenapa, cyst yang dahulunya diam2 disebelah rahim saya menjadi sedikit aktif selepas pembedahan tersebut. Punca cyst: wallahualam, mungkin daripada pemakanan saya sendiri.
Saya telah mulai:
1. kerap sakit perut melampau terutamanya apabila melakukan banyak aktiviti seharian atau makan tidak tentu masa
2. perut sentiasa kembung/berangin
3. Sentiasa cepat letih & lesu
4. Mudah demam
Pada 12 September 2018, saiz cyst ialah 6.16cmร4.4cm (seriously sy tak faham sangat pasal saiz ni๐ฌ๐ฌ). Anda boleh refer pada gambar yang saya lampirkan.
Cyst ni ada banyak jenis. Sila dapatkan info dari pelbagai blog kesihatan atau google. Saya mengalami Dermoid Cyst: terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan rambut & lemak. Details mengenainya…..sila google๐คฃ๐คฃ๐คฃ
Bacause, entry ini bukanlah bertujuan untuk bercerita mengenai cyst tetapi bagaimana cara pengecutannya. Mudah2han menyembuhkan sekaligus menghilangkannya.
Subhanallah walhamdulillah wala illa haillallah Allah huakhbar….
Dalam pada saya yang buntu kerana dimaklumkan oleh doktor, tiada ubat untuk pengecutan cyst…hanya perlu monitor melalui regularly berjumpa doktor & scan untuk memastikan saiz cyst dalam keadaan kritikal atau tidak sehingga perlu dibuang….Allah swt telah menggerakkan hati saya untuk hadir ke majlis bacaan Surah Al Baqarah bagi pembukaan sebuah perniagaan baru seorang sahabat, Kak Aisyah Nordin. Masyaallah…..tabarakallah….. Disitu, saya dipertemukan dengan Kak Yanti, seorang hamba Allah yang sudi berkongsi pengalaman beliau sebagai penghidap sista (mungkin jenis Endometrioma atau Simple Cyst kerana ia berlaku berulang2 kali). Katanya…beliau telah menjalani 6 kali pembedahan pembuangan cyst & akhirnya sebelum dibedah untuk kali ke 7, beliau telah dinasihatkan oleh seorang ustaz untuk membaca surah Al Baqarah dengan niat untuk kesembuhan. Namun bacaan surah tersebut hendaklah ditamatkan dalam tempoh 24 jam (1 surah yang mengandungi 49 mukasurat dibaca sehingga selesai dalam tempoh 24 jam).
Surah Al Baqarah Ayat 156-157 yang bermaksud:
“Dan, berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; โSesungguhnya, kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah yang mendapat rahmat-Nya dan petunjuk-Nyaโ.โ
Tabarakallah….
Pada tanggal 19 September 2018, saya mulakan bacaan yang pertama.
Dengan penuh keyakinan bahawa Al Quran adalah mukjizat & seluruh isi kandungannya adalah as syifa’ kepada apa jua keresahan, kesusahan & kesakitan, saya ulangi bacaan setiap hari. Jika gagal khatam 1 surah pada hari tersebut, saya akan mulakan lagi bacaan pada keesokan harinya dengan ayat pertama. Begitulah seterusnya sehingga akhirnya, pada hari ke 6 saya sudah mampu mendapat rythm & masa yang paling sesuai dengan rutin harian saya. Maklumlah….saya bukan hafizah apatah lagi hanya seorang muslimah biasa yang imannya juga kadang kala masih goyah. Untuk pengetahuan umum, rutin harian saya agak padat dengan urusan kerja, outstation, kerja2 rumah & menguruskan anak2 yang masih bersekolah.
Namun….hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Tepuk dada tanyalah iman๐๐
Honestly….saya baca mengikut kemampuan, bukan setiap hari saya berjaya menghabiskan satu surah itu dalam tempoh 24 jam.
Bagaimana saya lakukannya?
Begini:
– Surah Al Baqarah mengandungi 49 mukasurat, so bahagi2kan mengikut kesesuaian waktu anda.
– Saya baca 10 mukasurat disetiap waktu solat fardu termasuk Solat Dhuha.
– Membaca hendaklah dalam keadaan berwuduk & menutup aurat.
– Jika sibuk…pandai2 cari masa untuk menggantikan bacaan 10 muka surat yang tak sempat di baca.
– Sambil membaca, sediakan air & minumlah air tersebut setiap hari. Sebaik2nya bacalah di dalam bilik atau tempat2 sunyi agar tiada percampuran pelbagai bunyi. Ini kerana, menurut pembelajaran saya bersama Annusyrah Malaysia Sdn Bhd molekul air akan berubah apabila dibaca/ditulis dengan ayat2 Al Quran.
– Yakin & Istiqomah
– Teruskan amalan2 sunat yang lain terutamanya solat Taubat, Tahajjud, Hajat, Witir & teruskan bacaan Al Quran bagi surah2 yang lain seperti biasa. Perbanyakkan selawat & zikir…..
ุงููููููู ูู ุตูููู ุนูููู ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุฃููููู ุจูููุชููู ููุนูููู ุฃูุฒูููุงุฌููู ููุฐูุฑูููููุชูููุ ููู ูุง ุตููููููุชู ุนูููู ุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู ู ุฅูููููู ุญูู ููุฏู ู ูุฌููุฏู. ููุจูุงุฑููู ุนูููู ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุฃููููู ุจูููุชููู ููุนูููู ุฃูุฒูููุงุฌููู ููุฐูุฑูููููุชูููุ ููู ูุง ุจูุงุฑูููุชู ุนูููู ุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู ู ุฅูููููู ุญูู ููุฏู ู ูุฌููุฏู.
โYa Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.โ [HR Ahmad, sahih].
Untuk anda….ikutlah waktu & cara anda sendiri๐
Subhanallah…..tabarakallah
Segalanya dengan izin Allah azza wa jalla….
Disamping itu, saya juga ke pusat rawatan As Syifa’. Ustaz Zamri dari pusat rawatan As Syifa’ juga memberitahu saya, selain penyembuh Surah Al Baqarah juga merupakan pendinding dari gangguan jin & syaitan. Kaum hawa memang sering diganggu oleh jin terutamanya di bahagian rahim. Beliau juga berkata, jika saya mampu, lakukanlah (membaca dalam tempoh 24jam). Selain itu saya turut berpantang beberapa jenis makanan. Antara makanan yang saya pantang ialah:
1. Ayam
2. Daging
3. Soya
4. Telur ayam
Antara ikhtiar lainnya ialah saya juga minum Hawa, produk berasaskan air tulisan ayat2 Al Quran menggunakan dakwat Zafron keluaran Annusyrah Malaysia Sdn Bhd.
Pendek kata….semua ikhtiar saya, hanyalah dengan mukjizat ayat2 dari kalam Allah swt semata-mata.
Tidak dinafikan saya sering dipromosikan dengan pelbagai produk dipasaran, namun cekalkan hati, yakin sepenuhnya tiada yang lebih baik daripada ayat2 Allah swt. Alhamdulillah saya tidak mengambil sebarang produk/suplement yang ada dipasaran dalam tempoh 3 bulan lepas.
3 bulan yang penuh cabaran tetapi tenang….
Hari ini……pada saat saya menulis ini, tanggal 12.12.2018 bersamaan dengan 4 Rabiulakhir 1440H, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila dengan izin Nya cyst telah mengecut dengan saiz yang agak luar biasa. Doktor Suraya Arsyad, pakar sakit puan di Kuantan Specialist Hospital juga turut terkejut & bergembira dengan keajaiban ini. Berkali2 beliau mengatakan kegembiraannya & pengecutan ini sangat jauh bezanya dengan saiz 3 bulan lepas.
Saya yakin, diatas izin dari Nya jua & mukjizat dari Surah Al Baqarah, cyst telah mengecut kepada saiz 4.46cmx2.64cm. (Lihat gambar)
Amazing!
Alhamdulillah….saya tidak pasti bagaimana ingin menggambarkan kegembiraan saya selain daripada sujud syukur & berkongsi kegembiraan bersama suami tercinta serta rakan2 rapat. Sudah tentu suami merupakan orang pertama yang patut tahu berita gembira ini kerana dia adalah orang yang sentiasa disisi memberi sokongan diwaktu sakit & sihatnya saya๐๐
Namun begitu….doktor turut menasihati saya agar meneruskan apa sahaja usaha saya sekarang sehingga cyst tersebut terus mengecut & lenyap.
Antara pesanan yang paling utama dari Puan Doktor ialah:
1. Kurangkan (kalau boleh elakkan) makan ayam & daging merah.
2. Elakkan sebarang supplement di pasaran. Ada supplement yang mampu mengaktifkan cyst….we never know which one is suitable for us๐ so better not to try any of those.
3. Boleh minum air soya tetapi elakkan pengambilan soya yang telah di proses. Beli air soya di pasar malam adalah lebih baik daripada susu soya yang dijadikan serbuk & di jual dengan harga yang mahal.
4. Perbanyakkan makan ikan untuk sumber protin.
Insyaallah….saya akan meneruskan segala usaha saya & akan bertemu doktor lagi dalam tempoh 4 bulan yang akan datang. Semoga Allah swt rezekikan saya untuk sentiasa sihat walafiat & berpeluang untuk membaca lebih banyak kalam suci Allah.
Kepada semua sahabat dunia akhiratku, saya doakan agar kalian semua juga sentiasa dalam rahmat Ilahi & diberi kesihatan yang baik agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna.
Yakinlah….Allah swt sentiasa bersama kita. Sama-sama kita berusaha untuk memperkukuhkan iman. Jangan sekali kali meninggalkan Al Quran & sentiasalah bermohon hanya kepada Allah swt.
Semoga bermanfaat kepada semua kaum hawa.
Wallahualam.