Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca travelog Melbourne.
Ini adalah kenangan percutian kami semasa Cuti Tahun Baru Cina 2015.
Kononnya kami berhajat untuk bercuti time CNY ke Melbourne. Boleh tinggalkan anak-anak seketika & tak terlibat dengan rutin persekolahan anak-anak. Rupa-rupanyanya keadaan di Melbourne macam negara China, penuh dgn rakyat China yang bercuti juga ke sana😂😂.
Kebetulan pula pada masa tersebut, Melbourne akan menyambut “White Night” pada 21 Februari 2015. Bandar Melbourne dihiasi dengan pelbagai lampu-lampu yang cantik pada malam tersebut. Itulah antara penyebab utamanya hotel-hotel di pusat bandar Melbourne, fully booked.
Pengalaman bercuti tanpa well planned mengajar kami erti sabar & tawakkal. Setiap hari berfikir “MALAM NI NAK TIDUR KAT MANA?”. However….itulah penguat kasih sayang kami setelah 14 tahun berumah tangga.
Lets start the journey:
▶️ Kami beli tiket beberapa bulan sebelum fly sebab ada MATTA FAIR. Tiket murah la kononnya🤭😃
▶️ Ada sahabat suami yang janjikan tempat tinggal, so kami tak booked sebarang hotel/homestay.
▶️ Last minute, lebih kurang sehari sebelum fly kawan informed yang dia terpaksa travel ke tempat lain & tiada penginapan untuk kami.
▶️ Kami tawakkal & decided untuk proceed the journey.
▶️ Apa yang penting yang anda perlu ada ialah passport, flight ticket, visa to Melbourne, cash money, credit/debit card yang telah diactivate, handphone with GPS & your other belongings including bekalan makanan. 1st thing to do ialah, beli simcard aussie once tiba di airport Melbourne.
Day 1:
▶️ Kami tiba di Melbourne Airport waktu malam. Lebih kurang jam 9pm.
▶️ Kami minta tolong staff di information counter di airport untuk carikan tempat penginapan. Semua hotel fully booked pada malam tersebut. Hanya Discovery Backpackers sahaja yang available. Kami naik bas dari airport ke bandar & berjalan kaki lebih kurang 45 minit menuju ke backpackers.
▶️ Link to Discovery Backpackers:http://aussiebackpacker.com.au/discovery-melbourne/
▶️ Kami menginap di backpackers for the 1st night arrived at Melbourne. Untuk info, backpackers adalah jenis penginapan yang kita boleh pilih nak bilik jenis yang single, double atau dorms yang dikongsi beramai-ramai. Harga bergantung jenis bilik yang kita pilih. However…bilik mandi & dapur tetaplah kena share with everyone.
Bilik mandi agak jauh dari bilik yang kami sewa. So…bila nak mandi, kena bawa semua pakaian & bersiap di bilik mandi selepas mandi.
Day 2:
▶️ We check out from the backpackers, walking around the town & looking around for the hotel sambil window shopping. Tak dapat hotel😩.

▶️ The best part in Melbourne ialah, you can buy a myki card (macam T&G) atau “big pay” tapi boleh guna for all types of public transport & beli barang di Seven11.
Info lanjut & cara untuk dapatkan myki card boleh rujuk di sini: https://www.thepoortraveler.net/2019/06/melbourne-how-to-use-myki-card-free-tram-train-bus/
▶️ Semua public transport dalam city adalah free mengikut zon kecuali taxi. Kami banyak bergerak menggunakan trams & bas.
Hop on & off as often as you like in the selected zone.
▶️ Ada beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati sekitar bandar Melbourne, antaranya Melbourne Central, Collins Street, Brunswick Strèet & Pasar Rose Street. Bagi orang yang nak shopping secara mewah, anda boleh ke pelbagai shopping mall in the city atau check out this link: https://www.visitvictoria.com/regions/melbourne/Things-to-do/shopping/shopping-centres
▶️ Kami check in back packers yang sama semula & bermalam di situ👍😁.
Day 3:
▶️ Esoknya kami check out dari back packers again & berjalan keliling bandar dengan big luggage searching for hotel. Kami walk in every hotels due to dah check through on9 ataupun http://www.agoda.com ataupun Booking.com semuanya fully booked. Tak salah mencuba nasib, kannn…..😆😆


▶️ At last, in the afternoon we found a hotel apartment. Check in for 1 night. Walaupun harganya agak mahal sedikit, but we have no choice.
▶️ Happened to be, roti yang saya panaskan terbakar dalam microwave apartment. Asap memenuhi ruangan hotel. Automatically alarm hotel berbunyi. Bomba datang dengan segera & semua guest hotel keluar kecuali kami🤭😃. Ada yang masih ada shampu di kepala, ada yang keluar dengan hanya memakai towel dan macam2….pendek kata, once alarm berbunyi mereka semua segera keluar dari hotel.
Alhamdulillah, pihak hotel telah menghubungi kami & tahu punca kejadian. Kami diarahkan; just stay in our room! Nasib baik tak kena saman😬😬 So, we just stay at the hotel balcony & menyaksikan kehadiran bomba dari tingkat atas sahaja🤪.
Dalam situasi panik tersebut, 2 perkara yang menarik ialah:
1️⃣pihak bomba datang dengan pantas. Less then 5 minutes when the alarm berbunyi, 2 buah kereta bomba telah tiba di hotel.
2️⃣ penghuni hotel yang majoritinya kelihatan seperti warga aussie sangat berdisiplin. Once they heard the alarm, automatically keluar berbondong-bondong ke assembly area.
Day 4:
▶️ Kami check out dari hotel apartment yang nyaris terbakar. Naik train ke luar bandar dan menyewa kereta di kawasan luar bandar. Kami drive more than 100km ke luar dari bandar Melbourne.
▶️ Ada banyak syarikat kereta sewa di Melbourne seperti East Coast, AVIS, Europcar, Hertz & lain2. AVIS dan Europcar agak mahal tetapi mempunyai banyak pilihan kereta berbanding syarikat lain. Anda boleh membandingkan harga syarikat-syarikat ini di www.drivenow.com.au.
▶️ Check in hotel di Geelong. Lebih kurang 80-100km dari bdr Melbourne. Round sekitar Geelong. Menikmati keindahan pantai & ladang-ladang serta stable kuda. We love horses..memang singgah bermain-main dengan kuda yang berhampiran dengan jalan raya.

Day 5:
▶️ Check out hotel di Geelong, drive ke The Twelve Apostles melalui The Great Ocean Road & kawasan peranginan sekitar. Baca sejarah 12 apostles di sini 👇👇👇 https://greatoceanroadmelbournetours.com.au/attractions/12-apostles/
▶️ Sepanjang jalan kita akan melalui ladang lembu, kuda, kambing biri-biri, koala & kangaroo liar dan pelbagai keindahan alam semulajadi. Seronok!

▶️ Balik semula ke Geelong, check in semula hotel yang sama tapi bilik lain. Semuanya hanya melalui agoda.com sahaja.
▶️ Geelong adalah kawasan di luar bandar Melbourne. Di sepanjang Great Ocean Road, kami tidak bertemu dengan sebarang rumah Allah & hanya bersolat di koridor kedai serta tiada kedai makanan halal. Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi kami. Ada sebuah masjid di Geelong, tapi ia bukan berada di laluan The Great Ocean Road. Kita boleh bersolat di mana-mana sahaja tempat yang diyakini bersih. Untuk berwuduk juga mudah, kita cuma memerlukan air mineral 500ml atau 1 liter atau berwuduk di public toilet. Islam itu mudah & indah, namun jangan dipermudahkan. Jaga solat walau di mana kita berada, pasti Allah swt akan menjaga kita.


Day 6:
▶️ Next day, Drive lagi beberapa ratus km ke luar bandar Melbourne menyusuri pantai sambil singgah di sana sini sebelum balik ke bandar Mellbourne. Pantai terlalu cantik & bersih😍.
▶️ Kami ke Harley Davidson Geelong. Cuci mata & my husband grab few collections of his own. Maklumlah, dia memang Harley Fans…😆😆 Here’s the link: https://geelongharley-davidson.com.au/


▶️ Kami sempat singgah di sebuah pasar pagi yang menjual “preloved” item dengan harga yang sangat murah walaupun kebanyakan barang masih kelihatan elok & cantik. Buku-buku & mainan terpakai hanya dijual dengan harga 1 dollar sahaja. Alhamdulillah, harga mampu milik & kami grab beberapa barang untuk anak-anak. Anak-anak pun happy sangat bila dapat souvenir dari Melbourne yang beharga 1AUD hehehe.

▶️ Kami pulangkan kereta sewa dengan hanya meninggalkannya di car park di airport. Tahap security di Melbourne sangat tinggi, so tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keselamatan kereta tersebut.

Day 7:
▶️ Alhamdulillah balik ke Malaysia dengan kepenatan dalam kebahagiaan.
Subhanallah…dengan izin Allah swt, walaupun ia merupakan travelog yang simple, tapi kami nasihatkan kepada pembaca untuk tidak sewenang-wenangnya meniru aksi kami. Agak mendebarkan apabila setiap hari kita terpaksa pack, unpack & repack luggage & kemudiannya strugle to find a place for our sweet night dream. Silap-silap boleh jadi gelandangan atau bermalam di surau/masjid sahaja hehe.
Apa-apa pun, kami sangat bersyukur & gembira dengan pengalaman ini. Ia mengajar erti tawakkal, keyakinan antara satu sama lain & keyakinan terhadap kasih sayang Allah swt kepada kita. Kami juga berprinsip “Traveling tak perlu mewah tetapi tidak terlalu siksa”. Sesuaikan segalanya dengan kemampuan diri kita sendiri dari sudut kewangan, kesihatan & masa.
Satu pesanan untuk pembaca: elakkan bercuti ke Melbourne pada Tahun Baru China!😆
Whatever happened: Always bersyukur dengan segala kurniaan Allah swt & appreciate your spouse! Setiap pengalaman pahit manis bersama, jadikan ia sweet memory in your life.
Tabarakallah…..Tq Allah!