Zikir Ikhtiar Penyembuh Penyakit

Assalamualaikum warahmatullah

kepada yang sakit, saya kongsikan amalan ketika anak saya demam teruk/panas sehingga tak mampu bangun masa 1st day kami di Turkey.

Me & My son, Syed Hud

Kami tiba di Istanbul lebih kurang pada jam 10 malam pada 25.3.2022. Keesokan harinya dia start demam. Bayangkan kami berada di tempat orang, belum tahu selok belok tempat, cuaca sejuk sehingga mencecah 5-6β€’C & waktu tengah malam, farmasi/klinik semuanya dah ditutup. Walaupun dah berkali-kali makan panadol & membasahkan tubuhnya dengan tuala lembab, tetapi demamnya tak kebah. Sepanjang malam kami mengawasi suhu badannya.

Keesokkan harinya, sebelum subuh, saya bacakan pada air minuman (pastikan tiada bunyi2 lain ketika membacanya supaya molekul air berubah tak bercampur aduk dengan bunyi lain). Baca dengan yakin/fokus (jangan ada sambil-sambil buat benda lain contohnya buka HP dll):

  1. Ratib Al Attas ~ 1x
  2. Wirid Sakran ~ 1x
  3. Selawat Tibbil Qulub/Syifa ~ 100x
  4. Doa Angin Ahmar ~ 1x

Saya bagi anak minum & sapu kepalanya dengan air tersebut.


Alhamdulillah DENGAN IZIN ALLAH swt, selepas hampir sejam suhu badannya mulai turun.

Subhanallah, dia segar & tiada demam yang berulang sehinggalah kami balik ke Malaysia pada 8.3.2022. Malahan PCR test yang dilakukn pada 5.3.2022 juga menunjukkan resultnya -ve Covid-19.

Alhamdulillah Syed Hud kembali sihat

Semoga bermanfaat bagi yang sakit. Kita sebagai orang Islam yang beriman, jika telah berikhtiar dengan ubat/petua sekalipun, jangan dilupakan bacaan amalan-amalan harian yang telah kita pelajari selama ini dari guru-guru yang mursyid.

Berikut saya kongsikan link wirid & zikir berkenaan:

1. Link Ratib Al AttasπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://youtu.be/lXFwjQiqQ9c

2. Link Wirid SakranπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://youtu.be/1TXZHxbrVAk

3. Link Selawat Tibbil Qulub/SyifaπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://youtube.com/shorts/NYkWyKRBhv0?feature=share

4. Link Doa Angin Ahmar πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://youtu.be/oCIJki6iseI

Perkongsian ini merupakan salah satu ikhtiar saya kerana ini merupakan sebahagian amalan harian saya. Ada pelbagai doa & ayat-ayat Al Quran yang lain yang boleh dibaca ketika sakit. Silakan membaca apa sahaja ayat/zikir yang biasa kalian baca, mudah-mudahan Allah swt memberikan syifa kepadamu.

Jazakumullahu khairan kathira kepada guru-guru saya yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu serta membimbing kami semua di jalan Allah swt, sentiasa mengingatkan kami tentang zikir & selawat & mendidik rohani kami agar sentiasa mengingati Allah swt walau di mana berada sekalipun:

1. Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abd Rahman

2. Ustazah Thahirah binti Abdur Rahman

3. Almarhum Habib Ahmad bin Semait

4. Ustazah Fitrah Attareemiyyah

5. Ustaz Uwais Al Qarni

6. Ustaz Zubair Malik

7. Ustazah Muzayyanah binti Abdullah

8. Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

9. Dan beberapa orang asatizah yang lain.

Wallahualam.

πŸ’–Zan AizanπŸ’–
Isnin, 14.3.2022 (11 Sya’ban 1443H)