(Trip Badan Muslimah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP)

Isnin, 8 Ogos 2022
Seusai subuh, aku duduk di birai tingkap bilik hotel, menghadap Masjid Nabawi & bersedia untuk membaca Ratib Al Attas. Kitab hijau telah pun ku aturkan diatas meja kecil dihdapanku.
Telefon berdering…
“Assalamualaikum Zan (memulakan bicara & bla bla bla….)
Zan….Kita akan berangkat ke Surabaya bersama Ummi Zaitun (Isteri kepada Habib Muhsin Al Attas) bulan depan” Kata Ustazah Sharifah Hafsah.
“In shaa Allah…Zan akan fikirkan” Jawabku
Dalam fikiran, aku sedang berada di Madinah, belum pulang ke Malaysia tetapi sudah ada perancangan nak ke Surabaya hehehe😬😬😬. Ku suarakan kepada suami, tiada riak cuak dari wajahnya. In shaa Allah….green light✌🏻.
Sementelah aku pulang dari mengerjakan haji, kami mulai menyusun tentatif Rehlah Muhabbah ke negara jiran.
Apa tujuan rehlah ini?
Antara tujuan utama ialah:
- Kami ingin bertemu dengan guru kepada Ustazah Sharifah Hafsah iaitu Hadratus Sheikh Gus Arifin bin Ali bin Hasan untuk mengambil ijazah beberapa selawat serta mendapatkan beberapa kitab terbaru beliau.
- Menghadiri majlis perkahwinan cucunda kepada Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas dengan iringan balu Almarhum Habib, Ummi Zaitun.
- Menghadiri Majlis Khatam Al Quran & Maulid di Yayasan Muslimin, Malang serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz yatim di situ.
- Menghadiri Maulid & Haul Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas.
- Maulid Akhbar di Yayasan Al Munawwarah
- Menziarahi makam para wali
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 1
Sabtu, 24 September 2022
Alhamdulillah dengan izin Allah swt & redho dari suami tercinta akhirnya aku, Ustazah Sharifah Hafsah & Tengku Suraya (Kak Sue), tiba di Surabaya pada jam 7.40pm. Mungkin Mr Pilot racing di udara, maka flight Air Asia yang kami naiki tiba awal 20 minit di Airport Surabaya😂.
Kami dijemput oleh pemandu super Sheikh Gus Arifin & seterusnya di bawa ke Guest House di Yayasan Al Munawwarah, Pondok Gus Arifin, HPH6+4H3, Permata Graha Asri, Sidopurno 2, Sidokepung, Kec. Sidoarjo, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur 61252, Indonesia.
Lokasi: https://g.co/kgs/5Tkfwc
Sebuah rumah yang sangat selesa untuk kami merehatkan diri. Rumah agam yang dihiasi dengan frame mempamerkan gambar para ulama seluruh negara & barang2 kepunyaan Rasulullah saw.
Manakala, rombongan Ummi Zaitun, Cikgu Salleha, Makcik Salmah, Kak Munah, Kak Mas & Kak Nani yang bertolak dari Johor Bharu telah terlebih dahulu sampai ke Guest House tersebut. Kami semua berkenalan & makan malam bersama-sama.
Habib Husen Al Hasni selaku penyelia Yayasan Al Munawwarah telah menyantuni kami dengan baik pada malam itu.
Terdapat banyak kitab hasil karangan & susunan Sheikh Gus Arifin di Guest House tersebut. In shaa Allah, kami akan membawa pulang beberapa kitab yang mampu di bawa balik.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 2
Ahad, 25 September 2022
Di awal pagi, kami dikunjungi oleh Habib Umar Al Attas, anak kepada Habib Muhsin Al Attas. Kunjungan beliau adalah sebagai menyantuni kedatangan Ummi Zaitun, iaitu ibu tiri beliau & sekaligus menitipkan pelbagai ilmu & nasihat kepada kami semua.
Kemudian kami ke Indah Bordir dengan menaiki Grab. Ia tak jauh dari Yayasan Al Munawwarah & merupakan sebuah pusat jualan pakaian. Pelbagai pakaian muslimah, baju bersulam, telekung solat, kemeja batik lelaki dan sebagainya dijual di sini.
Kemungkinan atas keberkatan doa masuk pasar yang diajarkan oleh Ustaz Azian bin Man semasa di Mekah, menyebabkan sampai ke hari ini aku belum berselera untuk membeli-belah. Lalu, aku pulang dengan tangan kosong.

Kami singgah solat di Masjid Al Muhajirin Kahuripan Nirwarna sebelum balik ke Guest House dengan menaiki grab. Aku, K Sue & Sh Fatimah balik ke guest house, manakala Cikgu Saleha, Kak Mas & Kak Nani bersiar2 ke Kota Surabaya.
Ma shaa Allah….
Makan pagi, tengah hari & malam kami disediakan oleh ahli khidmat Sheikh Gus Arifin. Mereka bertiga, turut datang ke Guest House tersebut, semata-mata untuk menyantuni segala keperluan kami. Ahli khidmat bukanlah anak-anak muda seperti kebiasaannya di Malaysia, sebaliknya warga emas berusia 60an. Terharu rasanya dengan kekuatan tenaga mereka & kesanggupan mereka menyantuni kami.
Seusai solat maghrib berjemaah di surau, kami bersiap untuk majlis tahlil & maulid. Majlis tahlil diadakan di makam kedua ibu bapa Sheikh Gus Arifin yang berada bersebelahan dengan surau.
Surau ini sangat cantik. Rujuk gambar2 yang di upload di FB ku melalui link yang ku sertakan. Dindingnya dihiasi dengan piring2 yang setiap satunya ditulis dengan Asmaul Husna, Nama2 Nabi serta selawat. Ukiran pintu & tingkap kayu sangat unit & menarik.
Kemudian, bacaan Maulid Simtudduror dibacakan. This is the best part….I love majlis maulid. Setiap kali membaca maulid, air mata akan menitis huhu….
Maulid ini agak panjang berbanding Maulid Ad Dhia Ulami’ & Maulid Ad Dibai’. Semangat penduduk disini juga sangat membara. Berlainan sungguh dengan keadaan sambutan maulid di Malaysia.
Boleh tengok gambar & video Majlis Maulid disini:
https://fb.watch/fM8CijJspp/
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد
Semoga dengan bacaan Maulid memuji Nabi saw, akan menambahkan kecintaan kami kepada Baginda saw.
Tiada jamuan makan mewah selepas maulid. Cukup sekadar edaran secawan teh panas & 2 jenis kuih. So…tak hairanlah kalau penduduk di sini majoritinya tak obesiti hehehe. Kalau di Malaysia, makanan lebih ramai dari tetamu kehkeh.
Begitulah berakhirnya 2 hari pertama kami dalam Rehlah Mahabbah ini.
Jom tengok photo2 & video kami di link ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Vucizmy3zcb6dyTEEpnwDPBuQGKJveQtDB2guCWLquHRL4VQAziDo95RrwkEpAQdl&id=100000306566286
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 3
Isnin, 26.9.2022
Seawal jam 6am kami telah bersiap untuk ke Pondok Pesantren Putri Babul Khairat, Pasuruan. Macam biasa…sebelum bergerak, kami mengambil kesempatan untuk bergambar di kawasan sekitar Yayasan Al Munawwarah.
Perjalanan ke Pasuruan mengambil masa hampir 2 jam. Beberapa kali aku terlelap dalam kenderaan. Kami dijemput oleh van dari pesantren tersebut.
Tujuan ke sini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cucunda Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas serta Majlis Maulid & Haul beliau. So, kami akan bermalam selama 4 hari di sini.
Ma shaa Allah….
Kedatangan kami disambut seperti turunnya seorang permaisuri yang ingin melangkah ke tempat bersemayamnya. Anak-anak pesantren yang penuh adab & akhlak yang tinggi menyantuni kami sebaik sahaja tiba ke situ.
Sewaktu tiba, Qasidah Burdah sedang dibacakan bagi meraikan bakal pengantin yang mana merupakan salah seorang guru di pesantren tersebut. Begitu indahnya, tiada tetamu lelaki yang diizinkan masuk. Anak-anak pesantren diberi peluang bergembira dengan qasidah & tarian khas untuk guru mereka. Majlis diteruskan dengan adat Aceh merenjis/menepung tawar & setiap orang yang menepung tawar diikehendaki membacakan doa buat bakal pengantin.
Disebelah malamnya pula, kami bermaulid bersama anak-anak pesantren. Sungguh meriah maulid Ad Dhia Ulami’ yang dibawakan bersulam dengan qasidah-qasidah yang enak. Aku turut diminta untuk menyampaikan satu qasidah. Sebagai menyantuni anak-anak ini, aku sampaikan qasidah “Isfa’ Lana”. Kemudian mereka meminta pula salah seorang dari kami untuk membaca doa maulid. Akhirnya…aku jugalah yang membacanya hehehe.
Seronok bersama anak-anak ini…air mata mengalir laju dek kerana teringatkan anak-anakku yang juga berada di madrasah nunnnn jauh di Malaysia huhuhu….
Aku difahamkan bahawa silibus di pesantren ini adalah sama dengan pengajian di Darul Zahra & Darul Mustofa, Hadraulmaut, Yaman. Pada 2 tahun pertama, semua pelajar dikehendaki memahirkan diri dengan bahasa arab terlebih dahulu. Kemudian baharulah mereka akan mulakan pelajaran yang lain seperti Sanawi, Tafsir, Fiqh dan lain-lain. Pelajar juga bebas memlilih sama ada ingin menghafal Al Quran atau pun tidak. Pengajian mengambil masa 8 tahun. Ataupun 4 tahun di Babul Khairat manakala 4 tahun di Hadraulmaut, Yaman.
Namun, yang paling penting ialah…ahklak & adab mereka yang sangat tinggi. Sentiasa membuatkan diri rassa kerdil kerana aku belum cukup baik dalam mendidik anak-anakku😢😢😢.
Allahuakhbar ….
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 4
Selasa, 27.9.2022
Hari ini kami bergerak ke rumah pengantin. Perjalanan agak jauh, mengambil masa 1 jam 30 minit. Majlis akad nikah diadakan dengan meriah dengan adat Aceh tetapi tetap mematuhi saranan Islam.
Kedudukan tetamu lelaki & wanita diasingkan, malahan tempatnya tertutup bagi menjaga kehormatan kaum wanita. Hanya screen TV yang berada di tempat wanita memaparkan acara akad nikah dibahagian lelaki.
Subhanallah…
Majlis dihadiri oleh Habib Taufiq As Seggaf, seorang wali besar di Surabaya. Beliau membaca doa buat kedua mempelai. Kerdil rasa diri, terpilih untuk hadir dalam majlis yang dihadiri oleh para alim ulama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Maulid Simtudduror & bacaan yasin serta tahlil. Setelah akad nikah, hanya pengantin lelaki & abang pengantin perempuan (sebagai pengiring) yang dibenarkan masuk ke kawasan orang perempuan untuk bertemu pengantin perempuan & seterusnya bergambar. Selepas itu, pengantin lelaki meninggalkan kawasan perempuan. Tiada acara makan beradab atau posing2 maut pengantin di khalayak ramai. Makanan istimewa khas untuk pengantin juga tiada. Semua orang makan menu yang sama.
Selepas itu, kami bergerak ke sebuah villa untuk majlis resepsi pengantin. Kami disediakan sebuah bilik khas untuk berehat. Aku merebahkan diri & menerawang ke alam galaksi beberapa minit. Pinggang ku kurang memberikan kerjasama selepas dilambung dalam kenderaan kerana jalan raya disini tidak rata.
Majlis resepsi lebih meriah. Semua ahli keluarga & para tetamu, tak kira muda, tua, gemuk, kurus & kanak-kanak memakai pakaian secantik-cantiknya & berhias all out. Namun….tetap tiada tetamu lelaki yang dibenarkan masuk.
Aku rasa….pakaian akulah yang paling simple pada hari itu…macam makcik-makcik nak ke pasar😆😆😆. But, I’m who I’m!
Namun majlis tetap dimeriahkan dengan pelbagai qasidah. Halua telinga mereka sentiasa dengan pujian-pujian ke atas Baginda Nabi saw. Tiada hiburan lagha. Anak-anak muda semuanya pandai membaca bacaan maulid & doa. Rasa sedih bila teringat akan segelintir golongan veteran yang aku kenali yang suka menyanyi & menari dikhalayak ramai yang bercampur lelaki/perempuan waktu majlis/kenduri dengan alasan “sekali sekala” ataupun “Alaaa….suka-suka je” huhu….Semoga kita semua dalam perlindungan Allah swt.
Selesai di villa….kami bergerak ke Pasar Lawang. Macam-macam buah-buahan dijual disini. Buah avocado semuanya besar. Nyummy! Sempatlah kami membeli buah salak, avocado, anggur, epal dan lain-lain. Kerepek kulit ikan patin pun ada! Setelah itu, kami pulang semula & bermalam di pesantren. Makan malam disediakan oleh pihak pesantren. Berhibur dengan maulid & qasidah dari anak-anak pesantren yang sayup-sayup kedengaran sebelum melelapkan mata😴😴😴.
Lihat photo2 kami di link FB ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02s9DTmPAGbEkNggG6yv6z7aU4Y48QFJjmzJtvFNGGUEqnFyyXPYNgvHuMpp7f4Qal&id=100000306566286
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 5
Rabu, 28.9.2022
Hari ini kami bergerak ke Yayasan Muslimin yang terletak di Dusun Sendang, Ngajum, Malang. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dari Pesantren Babul Khairat.
Kami difahamkan bahawa Yayasan Muslimin yang dibawah pengurusan Pak Achmad Muslimin merupakan sebuah pusat kebajikan & penempatan anak-anak yatim. Beliau telah menghantar surat jemputan kepada Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) menjemput kami ke majlis khatam Al Quran.
Dalam perjalanan menuju ke Yayasan Muslimin, kami singgah di bandar Lawang untuk membeli baju sejuk & ada dikalangan kami yang ingin membeli rida’. Kami dimaklumkan, suhu di Malang agak dingin dek kerana ia terletak dikawasan pergunungan. The best part is, Cikgu Salleha telah membeli beberapa helai baju & menjualnya kepada Ustazah Sharifah Hafsah didalam kereta, kerana Ustazah tidak turun untuk membeli-belah. Kiranya…ala-ala car boots sale laaaa😂😂😂.
Kemudian, kami singgah ke Pasar Besar Lawang. Ummi Zaitun ingin membeli renda kain dipasar ini. Dikatakan, barang-barang di sini dijual dengan harga yang murah. Alhamdulillah, bukan hanya Ummi Zaitun yang membeli renda tetapi beberapa orang daripada kami berjaya shopping pelbagai pakaian!
Begitulah sifatnya wanita….nafsunya 9, dalam nak beli sehelai baju, mereka akan keluar dari pasar dengan membawa bersama tudung, brooch dan lain-lain. Pendek kata, satu set pakaian dari kepala sampai ke kaki hehehe. Disebabkan aku tak turun dari kenderaan, maka aku terkecuali dari bab ini✌🏻.
Perjalanan ke Malang agak memenatkan kerana keadaan jalan raya yang tidak rata & jalan yang sempit. Ia mengakibatkan pinggang ku tidak selesa. Ketika itu, barulah aku rasa menyesal kerana sepatutnya aku mengambil injection RF sebelum aku menunaikan haji tempohari. Tetapi tertangguh lagi setelah pulang dari Haramain kerana telah merancang ke Surabaya. Ini kerana, setelah injection aku perlu berehat at least 2 minggu, so macam tak cukup masa bcoz pelbagai aktiviti telah bermula sebaik sahaja pulang dari mengerjakan haji. Tak mengapalah….selepas ini aku akan teruskan rawatan untuk pinggang 2nd ku ini hehehe.
Kami tiba di Yayasan Muslimin lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Majlis khatam Al Quran sedang berlangsung. Kami disambut oleh Pak Muslimin & dihidangkan juadah makan tengah hari yang dimasak sendiri oleh Pak Muslimin.
Bacaan Maulid disempurnakan setelah selesai khatam Al Quran. Kami difahamkan bahawa yayasan ini menyediakan rumah untuk kegunaan aktivi ibadah seperti kelas belajar Al Quran & Maulid serta turut membiayai beberapa orang anak yatim. Kami telah menyampaikan duit sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada Pak Muslimin. Semoga Pak Muslimin mampu menyiapkan tempat ibadah ini dengan sempurna.
Turut hadir & menerima sumbangan ialah Ibu Fauziah, wakil Persatuan Ibuku yakni persatuan ibu tunggal & memelihara 15 orang anak yatim.
Seusai solat zohor, kami bergerak ke Gunung Kawi untuk menziarahi makam para wali, terdapat makam Kanjeng Kyai Zakaria II (wafat 22 Januari 1871) dan Raden Mas Imam Soedjono (wafat 8 Februari 1876). Selama hidup, kedua-dua tokoh ini banyak membantu menyebarkan Islam.
Boleh lihat di link ini utk kisah lanjut:
https://surabaya.kompas.com/read/2022/01/18/182105078/gunung-kawi-lokasi-pesugihan-dan-makam-tokoh-bangsawan-penentang-penjajah
Kawasan pergunungan ini sejuk & cantik. Macam biasa…bergambar itu wajib disetiap perjalanan. So…kami bergambar dengan pelbagai aksi.
Seterusnya, kami makan malam di kediaman Habib Umar Al Attas berhampiran dengan Ponpes Babul Khairat (banin).
Ma shaa Allah….terlalu banyak hidangan lauk-pauk yang disediakan oleh “mama”, zaujah beliau. Anak- anak beliau juga sangat peramah & gembira menerima kunjungan kami.
Habib Umar sempat memberikan sedikit tausiah kepada kami. Antara kata-kata beliau yang sempat aku rakamkan ialah:
“Dengarkan…Ini penting buat orang perempuan. Siapa pun janda di sini; Hadis Rasulullah saw,
miskinun miskinun miskinun, miskin bagi siapa yang tidak mempunyai isteri, sekalipun dia kaya.
Miskinatun miskinatun miskinatun ada tiga kali, seseorang perempuan itu miskin sekalipun perempuan itu kaya jika tidak mempunyai suami.”
قَالَ ﷺ مِسْكِيْنٌ مِسْكِيْنٌ مِسْكِيْنٌ رَجُلٌ لَيْسَ لَهُ امْرَاَةٌ وَاِنْ كَانَ غَنِيًّامَنَ الْمَالِ ، وَمِسْكِيْنَةٌ وَمِسْكِيْنَةٌ امْرَاَةٌ لَيْسَ زَوْجٌ وَاِنْ كَانَتْ غَنِيَّةً مِنَ الْمَالِ . رواه البيهقی
“Nabi muhammad Rasulullah ﷺ bersabda : Miskinun miskinun muskinun. Seorang laki -laki yang dia tidak mempunyai isteri, meskipun ia orang yang kaya harta , dan juga Miskinatun miskinatun miskinatun perempuan, dia tidak mempunyai suami meskipun dia orang kaya harta.” (Riwayat Imam Ahmad)
Boleh rujuk disini riwayat hadis:
http://mal-adib.blogspot.com/2011/05/anjuran-menikah.html
Macam biasa, aku agak “alergi” dengan kitab & buku. Pantang nampak, mesti nak explore hehehe. Mataku terpaku kepada rak buku di kediaman Habib Umar & sempat aku meninjau sebuah kitab fiqh wanita.
Sebelum berangkat pulang, kami singgah ke rumah Sharifah Khadijah Al Attas (anak Habib Umar Al Attas) & pasangannya Habib Ibrahim Al Ahdal yang berasal dari Hudaida, Yaman. Kami difahamkan, Habib Ibrahim akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada 5.10.2022.
Kami diperdengarkan dengan qasidah yang sangat merdu oleh Habib Ibrahim. Pasangan ini adalah pasangan romantis yang sentiasa menghiasi kediaman dengan alunan qasidah secara duet suami isteri. Subhanallah…Romantisnya!
“Ya Allah…Kau muliakan pasangan ini. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga”
Kami pulang ke Pesantren Babul Khairat (Banat) lebih kurang jam 11.00 malam. Merebahkan diri diatas tilam empuk ala-ala penginapan di Mina, membuatkan aku rindu akan suasana di Mina💖💖💖

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 6
Khamis, 29.9.2022
Hari ini merupakan hari Haul ke-17 Habib Muhsin bin Umar bin Muhammad Al Attas di Pesantren Babul Khairat (Banat). Majlis bermula seawal jam 8.00am. Ramai tetamu yang hadir membanjiri pesantren (muslimin & muslimat).
Majlis dimulakan dengan bacaan Maulid, Yaasiin & Tahlil serta disudahi dengan tausiah oleh para asatizah & anak cucu almarhum Habib Umar Al Attas.
Majlis berakhir sebelum zohor & selepas itu, aku berehat di pesantren.
Disebelah petangnya pula, Ustazah Sharifah Hafsah, Ummi Zaitun & Kak Munah keluar menziarahi makam Al Habib Muhammad bin Husin ba’bud dan Hubabah Alwiyyah binti Husin Ba’bud.
Boleh baca Biodata Al Habib di sini:
https://www.laduni.id/post/read/80883/biografi-habib-muhammad-bin-husein-baabud
Manakala Cikgu Salleha, Ibu Opek, Kak Maslinda, Kak Muzaini & Adinda Sharifah Fatimah bersiar-siar ke bandar di Lawang. Mereka mencari money changer & melontar beberapa ribu rupiah😆.
Bagi diriku sendiri, aku memilih untuk berehat, berbaring meluruskan pinggang. Mujurlah alat fisioterapi sentiasa ku bawa ketika travel, maka dapatlah aku merawat diri. Begitulah aku…apabila kurang berbaring, badan mulai bagi signal untuk rehat & rawat (R&R).
Kemudian disebelah petangnya pula, aku & Kak Sue ditemani oleh beberapa orang pelajar pesantren mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar kawasan pesantren. Kami ziarah makam Almarhumah Sharifah Zainab, isteri pertama kepada Habib Muhsin Al Attas. Ia terletak didalam kawasan pesantren.
Ponpes Babul Khairat terletak di Kampung Buah Tin yang dikelilingi oleh pokok buah tin & ladang jagung. Ironinya…kami tak jumpa orang menjual jagung bakar/rebus di kawasan tersebut. Rupa-rupanya semua jagung dihantar ke kawasan lain untuk diniagakan. Ladang jagung ini asalnya ialah sawah padi, tetapi telah ditukar menjadi pertanian jagung. Kreatif sungguh penduduk di sini. Tidak mensia-siakan tanah yang ada.
Sebelum balik ke pesantren, kami singgah di gerai untuk membeli nasi goreng. Gembira sakan anak-anak pesantren dapat makan nasi goreng. Sempat juga kami beramah mesra dengan penduduk kampung. Rasa macam YB masuk kampung hahahaha😆😆😆.
Pada sebelah malam, kami sibuk mengemas barang kerana esok pagi, kami akan berangkat pulang ke Sidoarjo sambil singgah dibeberapa tempat untuk menziarahi makam wali-wali. Sedih rasa hati untuk berpisah dengan anak-anak pesantren😢😢😢.
Lihat photo2 kami di link FB ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0299aS9nbLAgvH29YnugT3REuAM76Zhsycj54Dg6yWUCYg2jGa9gzaAJD1ZcEYXtLzl&id=100000306566286
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 7
Jumaat, 30.9.2022
Seawal jam 3.00am aku sudah bangun & bersiap-siap. Subuh di Surabaya ialah pada jam 3.58am. Seusai subuh, kami mengemas barang-barang & membersihkan bilik seadanya.
Kemudian kami bersarapan di rumah Ustazah Sharifah Nur, Mudirah Ponpes Babul Khairat Banat. Juadah pagi itu ialah nasi urap. Lebih kurang macam nasi kerabu di Malaysia. Tidak lupa…kami dihadiahkan dengan minuman jus kunyit & asam jawa. Enak rasanya & ia baik untuk menjaga bahagian peranakan wanita.
Setelah mengisi perut, kami sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai penghargaan kerana membenarkan kami bermalam di pesantren tersebut. Layanan yang high class dari anak-anak santri & juga segala makanan yang disediakan, membuatkan kami rasa terhutang budi.
Alhamdulillah sumbangan hasil kutipan dari rakyat Malaysia telah kami sampaikan. Mudah2han bermanfaat untuk pesantren tersebut & pahalanya mengalir berterusan kepada para penyumbang. Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan sumbangan.
Sebelum bergerak, kami sekali lagi menziarahi makam Almarhumah Sharifah Zainab, ibunda Ustazah Sharifah Nur yakni isteri pertama kepada Habib Muhsin bin Umar Al Attas. Kami diajar untuk membaca “Salamullah” iaitu bacaan yang perlu dibaca ketika menziarahi makam. Rujuk gambar untuk tulisan arabnya manakala terjemahannya adalah seperti berikut:
Artinya:
“Wahai Tuanku, semoga salam Allah tetap tercurah padamu
Wahai hamba-hamba Allah, kami datang kepadamu. Kami bermaksud (bersentuhan dengan rohanimu) dan kami berharap (berkahmu).
Untuk menolong kami, menyejukkan kami dengan siraman yang berasal darimu, sesuai dengan tekad dan pencapaianmu (selama ini).
Maka cintailah dan berikanlah kepada kami hal-hal yang Allah berikan dan hadiahkan padamu.
Jangan biarkan pengharapan ini sia-sia, jauhlah engkau semua (dari sifat tega menyia-nyiakan kami).
Kami sangat beruntung datang di haribaanmu dan kami amat berbahagia dengan menziarahimu,
maka bangkitlah dan syafaatilah kami bermohon pada Allah yang bersifat Ar-Rahman, Tuanmu.
Mudah-mudahan kami diberi (Allah) keberuntungan dan diberi limpahan kurnia yang selama ini dianugerahkan kepadamu.
Mudah-mudahan kita dipandang dan dilimpahi rahmat yang akan menyelimuti kami dan engkau.
Semoga engkau semakin dihidupkan dengan keselamatan (dari) Allah dan semoga pandangan Allah senantiasa menuntun engkau.
Mudah-mudahan rahmat Allah dan keselamatan semakin terlimpah kepada tuan kita,
manusia pilihan yang mensyafa’ati dan menyelamatkan kita”
Subhanallah…hayatilah bait-bait doa ini supaya kita faham akan kepentingan menziarahi makam para wali atau orang alim. Kita doakan yang baik-baik & in shaa Allah para malaikat akan mendoakan hal yang sama buat diri pembacanya…iaitu, kita.
Jangan sekali-kali bersangka buruk kepada orang yang menziarahi makam/kubur. Malahan jangan menuduh mereka memuja kubur. Fahamkan…jika ibu ayah kita meninggal, adakah kita tak mahu ziarah kubur mereka atau doakan mereka? Tentu sekali tidak, kan….tepuk dada, tanyalah iman.
La haulawala quwwata illah billah….
Kami memulakan perjalanan ke Kota Pasuruan untuk menziarahi makam Kiai Hamid di Masjid Agung Al-Anwar. Nama penuh beliau ialah KH. Abd Hamid Bin Abdulloh Bin Umar (1333-1403H/1914-1982). Kiai Hamid ialah penyusun Selawat Basyairul Khoirot yang kami baca di Kelas Selawat & Zikir Muslimah pimpinan Ustazah Sharifah Hafsah. Beruntunglah kerana kami telah diizinkan Allah swt untuk sampai ke makam beliau.
Aku sempat membeli buku berkenaan Kiai Hamid…tapi aku belum khatam membacanya😄😄😄. Cuma sempat menerjah beberapa muka surat & meneliti silsilah beliau yang merupakan keturunan dari Nabi saw di peringkat yang ke 35 dari jalur ayahnya manakala peringkat ke 36 dari jalur ibunya.
Disini jugalah kami “terkena” dengan si pemandu beca. Dikatakan oleh pemandu beca bahawa pintu masuk ke makam agak jauh, lalu kami dipelawa menaiki beca. Kami dibawa berpusing menggunakan laluan yang jauh padahal pintu masuk hanyalah beberapa langkah dari tempat kami turun dari kereta (tonton video yang saya lampirkan). Hehehe…takpe lah, ia menjadi kenangan manis buat kami.
Disini juga, aku membeli seutas tasbih yang tertulis Asmaul Husna. Tasbih ini agak unik, mudah2han ia bermanfaat buat kami sekeluarga. (Lihat gambar)

Seterusnya, kami bergerak ke Makam Syaikh Maulana Malik Ibrahim di Gresik. Perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam. Pak Yus selaku pemandu van, berhenti solat jumaat ketika dalam perjalanan. Perjalanan kami diiringi dengan titisan jernih yang dibawa oleh malaikat rahmat. Moga2 perjalanan kami dirahmati Allah swt.
Ketika kami tiba di Gresik, hujan semakin lebat. Aku bertanya kepada penduduk setempat, adakah tempat ini memang sering hujan? Katanya tempat ini sudah lama kemarau, hari ini hujan turun mencurah-curah. Ma shaa Allah…..Begitu besar rahmat dari Allah swt buat mereka hari ini.
Boleh baca details berkenaan Syaikh Maulana Malik Ibrahim di link ini:
https://disparbud.gresikkab.go.id/2020/04/22/makam-syekh-maulana-malik-ibrahim/
Ketika kami sampai, ramai juga mengunjung yang lain datang menziarahi makam, membaca yaasiin & tahlil di sini. Kami turut menyertai mereka.
Seterusnya kami bergerak ke Masjid Jamek Gresik untuk menunaikan solat zohor & asar. Didalam masjid ini terdapatnya makam:
- Habib Abu Bakar As Seggaf
- Habib Alwi hashim As Seggaf
Anda boleh google untuk mencari info berkenaan kedua-dua wali ini.
Kami meninggalkan Masjid Jamek Gresik & menuju ke Sunan Giri. Makam ini terletak di puncak bukit. Walaupun jauh & tinggi, namun ramai juga orang yang menziarahi makam ini. Sunan Giri merupakan salah seorang wali songo. Nama sebenar beliau adalah Muhammad Ainul Yakin. Sunan Giri punya banyak nama lain atau gelaran, di antaranya adalah Joko Samudro, Raden Paku, dan Muhammad Ainul Yaqin. Sebelum menyebarkan Islam, ia berguru kepada Sunan Ampel di Pesantren Ampeldenta, Surabaya.
Hari mulai gelap & menghampiri waktu maghrib. Ketika itulah kami bergerak meninggalkan Sunan Giri & menuju ke Sunan Ampel yang terkenal di Surabaya.
Kami singgah di Rumah Makan Bandeng, Pak Elan 2 untuk mengisi perut yang berkeroncong. Disini aku menjumpai makanan tradisi yang agak…..heheh tak tahu nak kata, iaitu “Kripik Usus”. Aku dimaklumkan bahawa ia adalah usus ayam yang dijadikan kerepek. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan sate kerang. Manakala menu utama disini adalah ikan bakar. Alhamdulillah semuanya berpuas hati dengan makanan yang disajikan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد
Kami tiba di Sunan Ampel kira-kira jam 8.00pm. Kelihatan orang ramai membanjiri kawasan makam untuk membaca yaasiin & tahlil.
Sunan Ampel pada masa kecilnya bernama Raden Rahmat, dan lahir pada tahun 1401 di Champa. Ada dua pendapat mengenai lokasi Champa ini. Encyclopedia Van Nederlandesh Indie mengatakan bahwa Champa adalah satu negeri kecil yang terletak di Kamboja. Pendapat lain, Raffles menyatakan bahwa Champa terletak di Aceh yang kini bernama Jeumpa. Menurut beberapa riwayat, orang tua Sunan Ampel adalah Ibrahim Samarakandi yang berasal dari Champa dan menjadi raja di sana.
Sunan Ampel memiliki darah Uzbekistan dan Champa dari sebelah ibu. Tetapi dari ayah leluhur mereka adalah keturunan dari Ahmad al-Muhajir, Hadhramaut. Bermakna mereka termasuk keluarga besar Saadah Ba’Alawi.
Selesai berdoa, kami bersiar-siar dikawasan sekitar sambil membeli-belah. Aku sempat membeli beberapa helai kurta/kemeja buat suami & anak-anak lelaki ku.
Akhirnya, kami bergerak balik ke Guest House di Yayasan Al Munawwarah Sidoarjo. Perjalanan hari ini agak memenatkan. Kami tiba di guest house kira-kira jam 11.00pm. Masing-masing keletihan & mengantuk. Ibu Lentang telah sedia menanti dengan kerepek/kuih muih yang kami pesan sebelum kami ke Pasuruan tempohari.
Subhanallah….
Hari ini merupakan satu hari yang padat dengan rehlah ibadah. Menziarahi banyak makam para wali & orang soleh. Moga-moga rehlah kami ini diberkati Allah swt.
Lihat photo2 kami di link FB ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02AN8LswnqjNrrBBzVVDvVKHoqXtQ9hFW1kcMe9KQb79L7TcSsJXaZBsinRvxTLwGSl&id=100000306566286
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 8
Sabtu, 1.10.2022
Alhamdulillah cuaca hari ni cerah.
Seawal jam 6.00am Cikgu Salleha, Kak Maslinda & Kak Muzaini berangkat ke airport untuk pulang ke Malaysia. Manakala Ibu Opek pula akan bermalam di rumah saudaranya sebelum balik ke Bandung esok.
Guest House terasa sunyi dengan kepulangan mereka😢😢😢. Hati sayu & sebak melepaskan mereka, terasa ukhuwah & hati kami telah bertaut setelah beberapa hari bermusafir bersama. Kami iringi perjalanan mereka dengan doa, mudah2han semuanya dipermudahkan & selamat tiba ke destinasi.
Setelah bersarapan, aku, Kak Sue & adinda Sharifah Fatimah bergerak menuju ke ibu kota Surabaya. Kami ingin menghayati keindahan kota & membeli sedikit buah tangan sebagai kenang-kenangan. Kami dipandu oleh Pak Yudi, anak saudara Sheikh Gus Arifin yang telah lama berkhidmat di sini.
Kami ke ITC Surabaya Mega Grosir. Mall ini lebih kurang dengan Pasar Baru di Bandung. Ia merupakan syurga membeli-belah bagi kaum hawa yang suka shopping pakaian. Malahan, kalau nak berniaga pun boleh beli secara borong. Mall ini agak besar, penat juga untuk menjelajah seharian. Kami cuma berjalan-jalan di 3 floor sahaja & kami lunch di sini.
Kemudian kami dibawa melintasi laut melalui jambatan baru yang menghubungkan Surabaya & Pulau Madura. Namun, keadaan telah malam, so kami tak dapat melihat lautnya.
Kami pulang ke Guest House selepas isyak & merehatkan diri.
Ustazah Sharifah Hafsah, Ummi Zaitun & Kak Munah tidak ke mana-mana. Mereka berehat di Guest House.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 9
Ahad, 2.10.2022
Hari ini adalah hari kemuncak yang di tunggu-tunggu, iaitu Maulid Akhbar di Yayasan Al Munawwarah yang juga merupakan rumah kediaman Sheikh Gus Arifin bin Ali bin Hassan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya…siapakah beliau ini?
Beliau merupakan pengasas Majelis Ta’lim Al-Munawarroh. Hadrotus Sheikh Arifin Bin Ali Bin Hasan merupakan ulama yang terkenal Di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara selawat karangan beliau ialah Selawat Sifa’ussudur, Selawat Kubro & Selawat Selawat Asmaiyyah. Di Kuantan, Ustazah Sh Hafsah telah bertahun-tahun memimpin kami membaca Selawat Kubro & Selawat Asmaiyyah.
Rujuk di link ini untuk mengetahui lebih details mengenai beliau:
https://www.alternatifnurmuhamad.com/2019/02/pengalaman-keajaiban-sholawat.html
Maulid Akhbar pada hari ini dimulakan dengan bacaan Selawat Kubro pada jam 6.00 pagi & seterusnya bacaan Manaqibul Akhbar & Maulid Syifa’ush Shudur. Majlis dihadiri oleh ramai tetamu dari pelbagai pelusuk Asia. Kami difahamkan ada yang datang dari Singapura & tempat-tempat lain sekitar Indonesia. Guest House juga dipenuhi dengan tetamu dari Singapura & Jakarta.
Ironinya…semua tetamu memakai pakaian bewarna putih sama ada lelaki mahupun wanita. Luar biasa sungguh sambutan maulid di sini. Majlis dihadiri oleh tetamu-tetamu yang berusia dalam lingkungan 20an-80an. Bacaan maulid juga sangat meruntun jiwa. Boleh menitis air mata saat menghayati puji-pujian ke atas Nabi saw. Allahuakhbar…..Aura nya, Ma Shaa Allah! Berbeza sungguh dengan sambutan maulid di Malaysia.
Bacaan Maulid yang dipimpin oleh Gus Abdul Rahman, anak kepada Sheikh Gus Arifin sangat mengagumkan. Disulami dengan qasidah yang indah bertaut-taut. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari & disudahi dengan solat zohor berjemaah. Ma shaa Allah….6 jam yang tidak terasa akan kepenatannya, malahan rasa tak puas pula.
Boleh juga merujuk kepada posting ku di sini: Maulid Akhbar di Majelis Ta’lim Al Munawwarah
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5757494674270694&id=100000306566286
Seusai Maulid, kami berehat seketika sebelum melangkah keluar dari guest house untuk ke kediaman Gus Abdul Rahman. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam & hujan mulai turun mengiringi perjalanan kami.
Kenali Gus Abdul Rahman melalui link ini:
https://www.facebook.com/pages/category/Public-figure/Gus-Abdurrahman-Bin-syaikh-Arifin-Bin-Ali-Bin-Hasan-119240298758333/
Boleh lihat juga kata2 hikmah & nasihat Sheikh Gus Arifin di link ini: http://almunawwarah.weebly.com/artikel/category/hadratus-syeikh-arifin-bin-ali-bin-hasan
Namun…Allah swt Ya ‘Alim, yang Maha Mengetahui tidak menrezekikan kami untuk bersua muka dengan Gus Abdul Rahman pada petang itu. In shaa Allah sudah tentu ada hikmahnya.
Oleh itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Nasional Al Akhbar Surabaya. Ia merupakan masjid kedua terbesar di Indonesia setelah Masjid Istiqlal di Jakarta. Masjid ini sangat cantik & jika dirujuk kepada info dari pakcik google/wikipedia, ia boleh memuatkan seramai 10 ribu jemaah.

Setelah itu, kami pulang ke guest house.
Pada malam itu, kami menghadiri majlis bacaan yasiin & tahlil di makam kedua ibunda & ayahanda Sheikh Gus Arifin, iaitu ayahandanya Haji Muhammad Ali bin Hasan & ibundanya, Hajah Mardhiyah binti Asna’im.
Boleh baca kisah lanjut di link pemindahan makam ibunda & ayahanda Sheikh Gus Arifin: http://majelisalmunawwarah.blogspot.com/2019/12/pemindahan-makam-ayahanda-ibunda-dari.html
Makam ibu mertua beliau, Habibah Sharifah Lulu binti Zain bin Abu Bakar Al Jufri juga ditempatkan disitu. Alangkah beruntungnya mereka kerana makamnya dipelihara sebaik-baiknya & sentiasa dibacakan doa oleh ahli keluarga serta ahli khidmat di situ.
Apa yang menarik di sini ialah, terdapat beberapa tapak kubur yang telah disediakan untuk Sheikh Gus Arifin sendiri & beberapa orang alim yang lain. Subhanallah….Tersentuh hatiku, terasa jauhnya kedudukan iman ku dengan para alim ulama di sini. Mereka telah terlebih dahulu menyiapkan tapak kubur untuk diri sendiri. Sudah tentulah persiapan yang lain pada diri sendiri juga telah disediakan. Sedangkan kita…..ada tanah sekangkang kera, masih sibuk nak besarkan rumah atau menjadi perebutan adik-beradik. Insaflah wahai diri….😔😔😔.
Kami seterusnya mengemas barang-barang & bersiap-siap balik ke Malaysia. Flight kami yang dijadualkan pada 3.10.2022 jam 4.15pm telah ditukar ke jam 5.35am. Oleh itu, kami perlu meninggalkan guest house sebelum subuh pada hari esok. Fuhhhhh aku mandi pada jam 12 malam kerana bimbang tak tersedar di awal pagi 😬😬😬.
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Day 10
Isnin, 3.10.2022
Alhamdulillah…akhirnya rehlah kami telah sampai ke penghujungnya. Aku namakan ia Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H kerana kerana REHLAH itu sudah bermaksud “Perjalanan untuk kerja-kerja dakwah” manakala MAHABBAH adalah “kasih sayang/rasa cinta/berkongsi sesama insan” iaitu antara kami yang bermusafir bersama & juga insan-insan yang kami temui di sepanjang safar.
Rehlah Mahabbah ini sangat bermakna bagi diriku. Banyak ilmu baru yang aku pelajari. Antaranya:
- bagaimana perlunya aku mengakui kelemahan & kekurangan ilmu di dada,
- muhasabah diri apabila melihat keadaan kehidupan pelbagai golongan manusia, terutamanya golongan yang jauh lebih dhaif kehidupannya dari segi duniawi tetapi ilmu akhiratnya tinggi
- bergaul dengan kenalan baru,
- bersabar dalam segala hal,
- tolak-ansur sesama rombongan serta bertindak bijak & tenang dalam setiap situasi.
- Lebih merapatkan hubungan bersama guru muliaku Ustazah Sharifah Hafsah serta rombongan.
Kata ulama: “Kita tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu melainkan setelah bermusafir dengannya”.
Safar itu terdapatnya kepenatan, kepayahan dan lain-lain. So….banyakkan bersabar.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A di mana baginda S.A.W bersabda :
“Permusafiran itu adalah sekelumit daripada azab. Ianya menghalang kamu daripada tidur dan makan. Apabila telah selesai menunaikan hajat daripada permusafiran tersebut, maka segeralah kembali kepada ahli keluarganya.”
[HR. Bukhari & Muslim]
Di sini Nabi S.A.W menyatakan bahawa permusafiran adalah salah satu azab. Lihat sahaja diri kita ketika bermusafir ke tempat yang jauh. Sudah semestinya berasa payah dan letih. Disitulah iman kita diuji.
Subhanallah….Tabarakallah
Aku bersyukur kerana kami semua telah melalui rehlah ini dengan baik & sempurna.
Kami meninggalkan guest house seawal jam 3.00am & penerbangan kami tepat pada jam 5.35am.
Setibanya di KLIA aku cuba mendapatkan perkhidmatan buggy untuk memudahkan Ustazah Sharifah Hafsah ke kaunter check out. Malangnya, aku gagal. Maka kami slowly menapak dengan beberapa kali berhenti rehat memandangkan ustazah mengalami masalah sakit lutut. Namun…Maha Baiknya Allah, dipertengahan jalan, kami dapat naik buggy. Hahaha 1st dalam hidup ku, naik buggy dalam airport 😆😆😆.
Suami & anak-anak ku telah menunggu di KLIA. Aku, Ustazah Sharifah Hafsah, adinda Sharifah Fatimah Zahra & Kak Sue berpisah sementara di KLIA. Sedih & sebak rasa di hati. Rehlah ini telah menyatukan hati kami. Entah kenapa, walaupun destinasi kami sama, iaitu ke Kuantan tapi hati tetap sebak. Entah bila lagi kami akan dapat bermusfir bersama-sama seperti ini 😢😢😢.
Apa-apa pun…aku mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada:
- Suami yang memberi keizinan untuk safar,
- Ummi Zaitun yang memulakan bicara serta mempelawa Ustazah Sh Hafsah,
- Ustazah Sh Hafsah yang membuka ruang kepada aku & Kak Sue untuk turut serta,
- Cikgu Salleha, K Mas, K Nani, Makcik Salmah, Ibu Opek & K Munah yang bersama-sama dalam rehlah ini,
- Pengurusan Sheikh Gus Arifin & ponpes Babul Khairat yang menyediakan tempat tinggal & transport kepada kami di sepanjang rehlah ini…(rindu anak2 santri huhu),
- Semua pihak yang tak dapat aku senaraikan satu persatu,
- Pembaca semua siri rehlah yang tak jemu & sentiasa menyokong tulisan ku.m di FB.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد
Segala puji bagi Allah swt yang mengatur segalanya dengan baik, sempurna & indah. Aku berharap rehlah ini dapat membantu memperbaiki sahsiah diriku sendiri. Mudah2han segala ilmu yang aku perolehi dapat aku manfaatkan untuk anak-anak & sahabat handai.
Sahabat….Sesungguhnya Al Faqirah Zan Aizan adalah insan lemah yang sentiasa perlu dibimbing, bukan insan berilmu yang menulis atas dasar ilmu yang tinggi. Perkongsian Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H ini adalah semata-mata sebuah catatan perjalanan yang aku kongsikan dengan niat:
- membuka minda pembaca. Rehlah kami mungkin berbeza dengan rehlah orang lain,
- Membuktikan kepada para penyumbang di Malaysia bahawa semua wang sumbangan telah kami sampaikan & kami benar2 memastikan bahawa tempat- tempat yang ingin diaumbangkan adalah wujud,
- Membawa kita semua bersama-sama muhsabah diri dari hasil rehlah.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari lahirku, so officially aku menutup catatan rehlah ku 😁✌🏻. Sekianlah catatan Rehlah Mahabbah Surabaya 1444H oleh Badan Muslimah MTP.
Jom tengok foto2 & video kami di link FB ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid036gd2LDJarc95DrPHE8u2EbWwSfBVXVXhoXrTB2sL1zpfX15wsr62oZ3YkkyeKnesl&id=100000306566286

Fi khairin wa lutfin wa’afiah
Love as always
💝Zan Aizan💝
Sabtu, 8.10.2022
#Penulis
#bukudigital
#pencatatnotakuliah
#aseanebookembassador
#senioradvisormastershiroglobalacademy
#usahawankecil