Bahagian-Bahagian Utama di Raudhah (Taman Syurga)

Raudhah (Taman Syurga yang berada di dunia)

Assalamualaikum warahmatullah

Apabila bercerita tentang Raudhah,
Ma sya Allah…..
Tiada siapa pun yang dapat melupakan kenangan ketika berada di situ. Semua yang pergi ke Kota Madinah, In shaa Allah dengan izin Allah swt pasti akan masuk ke Raudhah, melainkan bagi wanita yang uzur syarie.

Kali ini saya ingin ceritakan tentang tempat mustajab berdoa terutamanya bagi wanita kerana kawasan Raudhah bagi wanita dan lelaki adalah berbeza.

Ramai orang yang pergi ke Raudhah tetapi mereka tidak tahu mengenai tiang-tiang di dalam Raudhah. Malahan tidak mengambil tahu tempat mustajab doa di dalam Raudah. Ramai yang tahu bahawa Raudhah adalah Taman Syurga & sepatutnya apabila kita sentiasa menyebut kalimah “Aku ingin ke syurga” atau “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga tanpa hisab” maka kita sepatutnya mengambil tahu bagaimanakah keadaan syurga itu.

  • Dimanakah tempat Baginda Nabi saw berkhutbah?
  • Dimanakah tempat Saidatina Aisyah ra sering solat & berdoa?
  • Dimanakah tempatnya pohon kurma yang menangis, lalu tangisannya berhenti berkat usapan Nabi saw?
  • Dan pelbagai kisah lain lagi.

Allahuakhbar…..
Sedihnya, kerana apabila kita telah diberi peluang untuk masuk ke taman syurga tetapi kita tidak mengambil cakna mengenai keadaan di dalam taman syurga tersebut.

Saya terkilan apabila ramai orang yang masuk ke Raudhah tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya berada di kawasan tambahan Raudhah. Mereka bukan berada di dalam kawasan Raudhah yang asal kerana sekarang semua karpet di Raudhah adalah berwarna hijau. Tidak ada lagi karpet yang dibeza-bezakan warnanya seperti beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu ambillah cakna, seumpama apabila kita ingin bertamu atau bertandang ke rumah seorang yang ternama/VIP, sudah tentulah kita akan mengambil tahu tentang lokasi dan keadaan kediaman tersebut.

Apatah lagi apabila kita ingin masuk ke taman syurga, seharusnya kita mengambil tahu keadaan taman syurga kerana kita belum pasti akan ke syurga apabila di akhirat nanti. Rebutlah peluang untuk betul-betul berada di taman syurga ketika masih ada hayat. Jangan diremehkan kewujudan Raudah😢.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda:

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ (رواه البخاري، رقم 1196 ومسلم، رقم 1391)

“Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga.”
(HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Untuk makluman, pintu masuk di Masjid Nabawi juga sentiasa ditukar-tukar oleh kerajaan Arab Saudi. Sebelum satu Muharam 1444H, pintu masuk adalah melalui pintu 25.
Kemudian ia ditukar kepada pintu 37 bagi yang menggunakan aplikasi EATMARNA, manakala yang tidak menggunakan aplikasi EATMARNA boleh masuk melalui pintu 32. (Ketika blog ini di publish, Arab Saudi telah menukar kepada aplikasi NUSUK)

Kita perlu tahu kedudukan Raudhah yang sebenarnya iaitu di antara makam Rasulullah saw, hingga ke mimbar Baginda saw.

Peta Lakar Raudhah (sumber: Google)

Kenalkah kalian akan mimbar Rasulullah saw? Tolonglah buat sedikit kajian sebelum ke Raudah.

Bahagian2 Yang Perlu Diketahui (sumber: Google)

Boleh juga baca disini untuk info yang lebih details:
https://www.kompas.tv/amp/article/298275/videos/kenali-area-raudhah-antara-pintu-rumah-dan-mimbar-rasulullah

Tiang Aishah (Tempat Mustajab Doa) {sumber: google}
Tiang Abu Lubabah (sumber: google)
Tiang Sarir (sumber: google)
Tiang Ali/Pengawal (sumber: google)
Tiang Wufud/Deligasi (sumber: google)
Tiang Muhallaqah (sumber: google)
Maqam Rasulullah saw & sahabat (sumber: google)

Sehingga ke hari ini, dari tarikh saya berada di Madinah (5-10 Ogos 2022) saya mendapat info dari rakan-rakan yang menunaikan umrah, sesiapa yang masuk melalui 37 mereka akan berada di kawasan Raudhah yang asal. Dan masih lagi berhampiran dengan makam baginda Nabi saw.
Manakala sesiapa yang masuk melalui pintu tiga 32 akan berada di kawasan tambahan Raudhah. Tetapi di situ, di bahagian hujung sebelah kiri, berhadapan dengan mimbar Rasulullah saw adalah masih kawasan Raudhah. Untuk info, saya telah masuk melalui kedua-dua pintu iaitu 32 & 37 ketika musim haji yang lalu. (Statement ini mungkin bertukar apabila kerajaan saudi menukar pintu masuk)

Mari kita lihat keadaan apabila masuk ke Raudhah melalui pintu 37 melalui video yang saya pertontonkan.
Dalam video tersebut, saya tunjukkan Tiang Saidatina Aisyah ra, yang mana ia merupakan tempat mustajab doa. Video itu saya ambil pada 10 Muharam 1444H, jam 6.00am ketika saya dibenarkan masuk pada hari tersebut, sebelum ia dibuka secara official pada jam 8.00am.

Ketika saya melangkah masuk ke Raudhah.

Bagaimana pula persiapan kita untuk masuk ke Raudhah?
Okey…..apabila kita ingin berjumpa dengan seseorang yang kita kagumi & segani, sudah tentulah kita akan mempersiapkan diri dengan pakaian yang cantik, kemas & segak. Tutur kata juga telah disusun agar dapat berkomunikasi dengan baik.

Begitu juga apabila kita ingin bertemu ataupun menziarahi Rasulullah saw. Baginda adalah Penghulu umat Islam, malahan kekasih Allah swt. Tudakkah kita terasa akan kerdilnya diri untuk menziarahi Baginda Nabi saw? Oleh itu, persiapkan diri dengan lebih awal. Perbanyakkanlah selawat, zikir dan melakukan solan-solat sunat contohnya solat sunat Tahajjud, Hajat, Dhuha, Istikharah, Witir dan sebagainya.

Kerana itulah kita perlu membuat persiapan awal, maksudnya mempersiapkan diri dengan pelbagai amalan berzikir dan berselawat setiap hari bukan semata-mata untuk ke Raudhah tetapi untuk mendapat syafaat daripada baginda saw serta untuk kerohanian kita yang lebih baik. Perbanyakkanlah selawat setiap hari di sepanjang hayat kita sehingga kita dapat bersama-sama dengan Rasulullah saw di akhirat kelak.

Tiang Aisyah dari bahagian wanita (lihat tulisan hijau pada tiang)

Apabila berada di Raudhah pula ambillah peluang untuk berdoa dan berselawat sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan semua doa diaminkan oleh para malaikat & diangkat sehingga dimakbulkan oleh Allah swt. Rebutlah segala peluang yang ada sementara Allah masih mengizinkan kita untuk menziarahi Rasulullah dan berada di taman syurga.

Marilah sama2 kita pahatkan di hati agar kita tergolong dalam kalangan orang yang mencintai Nabi saw sehingga mampu menitiskan air mata akibat merindui Baginda Nabi saw. Kita sama2 niatkan & berdoa agar dijemput untuk berkali-kali hadir ke Taman Syurga & alangkah indahnya jika hayat kita juga berakhir di sisi Nabi saw.

Fahamkan, agar jika kita masuk dari mana2 pintu sekalipun kita tahu semuanya berkenaan Raudhah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jemput juga membaca perkongsian saya ketika ke Raudhah tempohari di link ini:
https://saljuputihsite.wordpress.com/2022/08/17/tetamu-di-taman-syurga/

Perbanyakkan Selawat & Zikir sepanjang hari

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Zan Aizan💝
Ahad, 18 Disember 2022/24 Jamadilawwal 1444H