بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Pada 27 Januari 2023 yang lalu, ibu mertua saya sesak nafas & dijangkiti kuman pada paru2. Beliau hampir ditidurkan untuk menjalani proses perubatan.

Saya segera meminta bantuan guru saya & mengumpul rakan2 untuk membaca Ratib Al Attas secara berjemaah untuk mendapatkan bilangan sebanyak 41 kali bacaan dengan kadar segera. Dengan pimpinan Ustazah Sharifah Hafsah, kami bersama 25 orang sahabat telah berkumpul & membaca Ratib Al Attas sebanyak 2 kali bacaan (25 orang darab 2 kali bacaan bersamaan dengan 50 kali) dalam masa 1 jam lebih.
Alhamdulillah, sejam selepas itu kami dikhabarkan ibu mertua saya tidak perlu ditidurkan & hanya memerlukan rawatan rapi di ICU. Subhanallah, sekarang beliau telah sihat & kembali ke rumah. Ketika blog ini ditulis, beliau dah diacharged from hospital & boleh memandu ke sana sini 😬😬😬.

Pada hari Sabtu 18.2.2023, apabila kami dikhabarkan bahawa ayahanda kepada sahabat kami, Syarifah Ummu Salamah yang ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru2, kami juga telah melakukan perkara yang sama. Dengan kehadiran sahabat seramai 35 orang, kami membaca Ratib Al Attas sebanyak 2 kali.
Selepas beberapa jam, pada hari yang sama, kami diberitakan bahawa ayahanda beliau telah sedar, walaupun masih berada di ICU tetapi bernafas menggunakan mesin oksigen biasa. Keesokan harinya, beliau lebih segar & boleh bangun untuk makan.

Ma shaa Allah…..
Semuanya dengan izin Allah swt. Dia yang memberi kesakitan & Dia lah jua yang menyembuhkan. Kita sebagai hamba Nya, hanya mampu berikhtiar, berdoa & bertawakkal.
Sejak itu, ramai kenalan yang bertanya kaedah pembacaannya. Malahan ada yang salah sangka…adakah kami duduk berhimpun & membaca ratib sebanyak 41 kali?
TIDAK! Bukan begitu kaedahnya…
Jika kami membaca sebanyak 41 kali, mungkin dari pagi hingga malam pun masih belum selesai membaca hehe✌🏻🙏🏻😄.
Berikut adalah kaedah/kaifiat pembacaannya:
- Membaca seorang diri sebanyak 41 kali (jika mampu lakukan sendirian).
- Mengumpulkan 41 orang & membaca sekali sahaja (secara berjemaah).
- Mengumpulkan 25 orang & membaca 2 kali secara berjemaah/beramai2. Bermakna 2 kali bacaan darab 25 orang bersamaan dengan 50 kali kiraan (melebihi & cukup seperti yang kita hajati iaitu sebanyak 41 kali bacaan).
- Mengumpulkan 11 orang & membaca sebanyak 4 kali. So kita akan dapat bacaan sebanyak 44 kali (11 orang darab 4 kali).
- Hitunglah berapa orang yang hadir & bacalah sebanyak bilangan yang boleh mencukupkan 41 kali atau lebih SECARA BERJEMAAH.
Namun…harus diingat, bahawa membaca Ratib Al Attas ini adalah perlu yakin bahawasanya hanya Allah swt Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu & Dia lah Yang Maha Penyembuh.
Ratib ini juga perlulah menjadi amalan harian.
Mudah2han Allah swt makbulkan segala permintaan, hajat & menyembuhkan penyakit.
Semoga yang membaca catatan ini juga diberi faham untuk beramal. Carilah guru yang mursyid agar ilmu bersanad & kita ada rujukan yang tepat. Jangan berguru dengan “Encik Google” semata2 wlpn ia boleh digunakan sebagai rujukan pada certain perkara.
Kaedah ini hanyalah salah satu cara untuk memohon hajat yang besar selain daripada kaedah lain atau amalan pembacaan zikir2 yang lain atau solat hajat. Bagi yang mengamalkan zikir/ratib yang lain juga beh teruskan tanpa mengurangkannya walaupun mengamalkan Ratib Al Attas.
Sila rujuk video fadhilat Ratib Al Attas yang saya attached untuk fadhilat2 membaca ratib ini:
Wallahu’alam
Fi khairin wa lutfin wa’afiah.
Love as always
💝ZanAizan💝
Ahad, 28 Rejab 1444H
#aseanebookambassadormsga
#seniorebookadvisormsga
#ebookwriter
#aizancollections
#ghostwiter