Ibundaku Skizofrenia (Part 3)

(Jumaat, 26 Februari 2023)

Sejak lebih dari sebulan lepas, mak merajuk tak mahu ke kelas pengajian Al Quran. Setiap minggu saya pujuk mak, tapi mak cakap mak tak mahu pergi.

Puncanya, ada satu hari yang kelas terapaksa diawalkan sehari dari jadual biasa iaitu hari khamis. Kebiasaannya kelas ialah pada hari jumaat.
So….pada hari tu, mungkin ramai ibunda lain yang tak baca group wasap, maka mak seorang sahaja yang hadir. Selepas tu mak merajuk. Katanya takde orang yang nak datang mengaji dah.

Padahal, minggu2 seterusnya kelas berjalan seperti biasa & ada ahli kelas yang hadir.

Begitulah keadaannya seorang pesakit skizo. Dia tidak boleh lari dari rutin harian yang telah dijadualkan. Jika terlari & berlaku sedikit kesilapan dengan perubahan jadual hidup, dia jadi serik & akan menghentikan rutin itu.

Bukan semua orang faham keadaan ini. Saya diberi peluang menguruskan mak sejak 1997 hingga sekarang (26 tahun). Saya faham keadaan ini, tapi orang lain mungkin agar sukar untuk memahaminya.

Jumaat lepas/kelmarin adalah hari yang agak sibuk tapi saya berniat untuk hadirkan mak ke kelas mengaji. Banyak perkara cthnya dokumentasi & urusan kerja yang perlu saya selesaikan memandangkan pada hari sabtu (semalam) ada AGM MTP. Pada hari tersebut juga, anak sulung nak balik ke Sarawak. So saya decide, lepaskan dia dengan iringan doa dari rumah sahaja. Cukuplah sekadar ayahnya yang menghantar ke KLIA.

Lepas solat zohor di office saya berehat dengan membaca Al Kahfi. Dalam fikiran, masih berdoa agar Allah bagi ilham untuk saya pujuk mak. Seusai membaca Al Kahfi, saya rasa tenang. Sungguhlah, solat & membaca Al Quran itulah adalah satu cara berehat yang paling baik.

Solat itu adalah ikatan seorang hamba dengan Ilahi.
Dalam riwayat, Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA “Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.”

Lalu saya berfikir & bermonolog dengan diri,
“Aku bekerja sendiri.
Aku boleh mengatur waktu sendiri.
Sepenat mana pun aku, tidaklah sepenat Rasulullah saw dalam dakwahnya.
Baginda mula berdakwah pada usia 40 tahun sedangkan aku baru berusia 45 tahun sudah rasa penat nak pujuk mak.
Mak memujukku dengan pelbagai kerenah sejak aku lahir hingga dewasa.
Hanya seorang, bukan puluhan ribu orang yang perlu aku pujuk.
Ya Allah….bodohnya aku! Jahilnya aku!”

Teman Mak Belajar Al Quran

Menitis air mata tanpa disedari. Tambahan pula pada hari tersebut, tasbih harian saya hilang. Bertambah lagi rasa bersalah pada diri atas kekurangan zikir. Mungkin tasbih juga merajuk dengan saya…huhuhu.

Lalu saya keluar dari office & balik ke rumah.

Saya turun dari kereta masuk ke rumah sekejap & saya keluar semula. Ma shaa Allah, Allah ilhamkan saya untuk guna teknik “REVERSE PSIKOLOGY” yakni…jika mak tak nak ke kelas, biar saya yang pergi untuk menggantikan mak.

Tiba2 mak menjerit “Awak nak pergi mana? Mak nak ikut!”

“Nak ke kelas mengaji” Jawabku

“Hah!? Tunggu, mak bersiap!” Jerit mak lagi.

Begitulah…

Akhirnya saya faham mesej dari Allah.
Dia sedang mentarbiah saya.

Alhamdulillah semua anak2 saya tiada masalah menangis ketika masuk sekolah sejak kecil. Tak perlu dipujuk2 atau ditunggu. Allah telah mudahkan segala urusan saya membesarkan anak ketika saya & suami struggle memulakan perniagaan. Sekarang…saya diberi peluang untuk memujuk, meneman, menghantar mak ke kelas laksana seorang anak kecil. Atas faktor usia, Mak perlukan perhatian yang lebih dari biasa.

Kenapa saya tak bersyukur & mengambil peluang itu?

(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)

Surah Ar Rahman yakni erti
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.

In shaa Allah…selepas ini saya akn sentiasa menemani mak ke kelas selagi tiada kekangan.

Dewan Kuliah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP) Kuantan Pahang

Kepada yang masih ada ibu, hargailah ibu.
Apa pun keadaan ibu kita, tiada gantinya setelah beliau kembali kepada Pencipta.

Muhasabah diri. Kita bukan manusia sempurna.

Segala yang terbaik itu datangnya dari Allah, kitalah hamba yang punya banyak khilaf & kelemahan diri😔.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Nota kaki: Dah lama tak berkisahkan hal mak😘

Link to What is Schizophrenia (Ibundaku Skizofrenia) https://iamsaljuputih.blog/2019/11/24/ibundaku-skizofrenia/

Love as always 💝Zan Aizan💝, Jumaat 26.2.2023

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s