Istiqomah Selepas Haji

Nota ini adalah hasil dari Kuliah Dhuha Bersama Ustazah Sharifah Zahrah Al Kherid, Pembimbing Haji 1443H/2022.

Tarikh:

  1. Kuliah Pertama: Jumaat, 22 Julai 2022
  2. Kuliah Ke dua: Jumaat, 29 Julai 2022
    Masa: 10.00am – 1.00 tgh hr (Program solat tasbih, khatam Al Quran & tazkirah)
    Tempat: Hotel Nada Al Daefah, Makkah al mukarramah
    Tajuk: Istiqomah Selepas Haji

Tazkirah dimulakan dengan doa & pembuka kata.

Zan Aizan bersama Ustazah Sharifah Zahrah Al Kherid di Muzdalifah

Apa maksud istiqamah?

Kalimah istiqamah dan juga arahan untuk kita berlaku istiqamah dapat kita lihat dalam ayat 112 Surah Hud:

فَاسْتَقِمْ كَمَآ اُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْاۗ اِنَّهٗ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ

Maksudnya:
“Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertobat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Ayat ini nerupakan perintah kepada perkataan istiqamah itu. Terdapat juga di dalam Surah Mukmin yang menceritakan perkataan istiqomah itu.

Begitu juga dalam satu hadis Riwayat Imam Muslim, Sufian bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah saw “Wahai Rasulullah, khabarkan kepada aku sesuatu dalam Islam iaitu satu perkataan yang aku tak perlu bertanya selain hanya kepada engkau sahaja/ Pada dirimu saja”

Rasulullah saw berkata “Katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian aku beristiqamah/tetap atas agama itu.”

Istiqomah adalah perkara yang amat sukar dalam hidup kita. Agak mudah untuk kita menyebutkan tentang keimanan kita melalui perkataan namun istiqomah tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Istiqamah diatas iman itu yang adalah amat payah perlaksanaannya.

Berkata Saidina Umar bin al-Khattab;
“Ya, Istiqamah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah, tanpa berubah-ubah.”

Antara cara yang boleh dilakukan untuk istiqomah ialah, memberi galakan dan motivasi untuk hambanya yang beristiqamah atas jalan agama dan kebenaran. Ada dalam ayat di mana satu tawaran yang Allah swt memberi tawaran syurga hanya kepada mereka yang istiqamah keimanannya.

Firman Allah swt dalam surah Fusilat ayat 30: اِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوْا رَبُّنَا اللّٰهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوْا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ اَلَّا تَخَافُوْا وَلَا تَحْزَنُوْا وَاَبْشِرُوْا بِالْجَنَّةِ الَّتِيْ كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ


Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.”

Allah swt menjanjikan syurga itu untuk orang yang istiqamah atas keimanannya. Bukan berjanji kepada orang yang setakat beriman sahaja. Hanya orang yang istiqamah atas keimanannya kepada Allah swt yang mendapat tawaran tersebut. Jika sekadar beriman tetapi tidak istiqamah, maka ia tidak mendapat tawaran tersebut. Oleh yang semikian, kita digesa oleh Allah swt untuk istiqamah selepas menunaikan fardu haji.

Ini bermakna, gesaan istiqamah, adalah selepas menunaikan haji. Ia mempunyai satu signifikan yang tersendiri. Orang yang menunaikan haji berada dalam keadaan yang sudah putih bersih. Umpama bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya. Kita dituntut untuk mencorakkan lembaran baru dalam kehidupan kita. Selepas mengerjakan haji, kita warnakan kehidupan kita atas landasan ketaatan dan melaksanakan kebaikan-kebaikan serta amal soleh yang berterusan hingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Kita perlu mengekalkan aura/momentum yang kita perolehi dari suasana di Arafah, Mina & Muzdalifah. Kemudian apabila kita balik ke Melah, kita melakukan tawaf & sa’i seterusnya bertahalul. Kita perlu terapkan dia dalam hati kita dan dalam amalan kita seharian selepas ini. Janganlah hanya ketika berada di Mekah sahaja tetapi juga setelah balik ke tanah air.

Begitu juga halnya dengan menghormati waktu solat, kekalkanlah solat di awal waktu & secara berjemaah.

Tazkirah Selepas Solat Tasbih Berjemaah di Surau Hotel Nada Deafah, Mekah

Kita perlu bersyukur.
Apabila kita faham ayat ini:

Diriwayatkan daripada Abdullah r.a dalam sebuah hadis yang panjang. Antaranya, Allah swt berfirman kepada hambanya yang bermaksud “Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan daripada sesiapa sahaja yang kamu pinta ampun baginya.”

Ayat tersebut ditujukan kepada kita semua. Orang yang berada di Arafah keluar daripada segala dosa-dosa yang telah dia lakukan sejak daripada baligh sehingga sampai hari wukuf di Arafah. Kita hanya yang perlu meminta bukan setakat untuk diri kita sahaja, tetapi kita minta ampun pihak orang lain contohnya ibu bapa, suami, anak-anak, cucu cicit, saudara-mara, sahabat handai, semua jiran tetangga, muslimin & muslimat yang lain.

Siapakah orang yang mendapat offer/tawaran ini?
Tawaran keluar daripada segala dosa-dosa yang kita buat sebelum ini. Dosa dengan diri sendiri, dosa dengan ibu bapa, suami dan sebagainya.

In shaa Allah, ada ulama mengatakan Allah swt akan melembutkan hati orang yang kita berdosa dengannya & akan mengampunkan kita. Dengan cara, sebelum tidur kita ampunkan semua dosa-dosa orang yang berdosa dengan kita. Dengan cara itulah Allah swt akan gerakkan hati-hati orang yang kita berdosa dengannya untuk memaafkan kita. Oleh sebab itu, jika kita meminta ampun dari Allah swt, sama ada yang sengaja atau tak sengaja, yang besar atau yang kecil, yang nampak ataupun tak nampak, yang zahir mahupun yang batin, yang dulu atau pun yang sekarang dan dosa-dosa apa sekalipun, kita mohonlah agar Allah swt lembutkan hatinya untuk mengampunkan dosa kita. In shaa Allah Allah swt akan lembutkan hati mereka.

Jika sebelum tidur kita mengatakan “Ya Allah Ya Tuhanku, aku ampunkan semua dosa orang yang berdosa dengan aku, Ya Allah”Subhanallah…..Rupa-rupanya dalam keampunan itu ada kita yang diampunkan jua.

Bermaksud, kitalah orang yang akan mendapat tawaran/offer dari Allah ini. Itulah yang dimaksudkan dengan “Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa-dosa yang telah diampunkan”.

Setiap biji batu yang kita lontar di jamrah itu akan menghapuskan dosa-dosa kita. Oleh sebab itu apabila kita membaling sebiji batu, kita sebutkan “Wahai Ya Allah Ya Tuhanku, kau buangkanlah hasad dengki dan khianat yang ada dalam hati aku ini. Ya Allah, kau buanglah sikap buruk, sikap malas & keji yang ada di dalam diri aku ini, Ya Allah”.

Kita dianjurkan membaca doa ini ketika melontar jamrah:

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ رَجْمًا لِلشَّيَاطِينِ وَرِضًا لِلَّرْحْمَنِ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُورًا وَسَعْياً مَشْكُورًا

“Bismillaahi wallahu akbar, rajman lisysyayaathiini wa ridhan lirrahmaani allhummaj’al hajjan mabruuran wa sa’yan masykuuran.”

Artinya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, kutukan bagi segala setan dan rida bagi Allah Yang Maha Pengasih, Ya Allah Tuhanku, jadikanlah ibadah haji ku ini haji yang mabrur dan sa‘i yang diterima.”

Ketika kita melontar, kita niatkan, kita ingin bersihkan diri kita daripada segala dosa-dosa dan perkara buruk yang ada dalm diri kita. Melontar jamrah itu akan menghapuskan dosa-dosa kita juga.

Kemudian, bagi ibadah korban yang dilakukan, pahalanya akan disimpan untukmu di sisi Tuhanmu. Ramai orang berebut-rebut untuk melakukan ibadah korban di Mekah kerana pahalanya bersamaan dengan 100 ribu. Namun kita juga boleh melakukannya di Malaysia atau di mana-mana jua. Tetapi pahalanya akan disimpan oleh Allah terlebih dahulu.

Begitu juga dengan kepala yang dicukur atau rambut yang digunting (Haram hukumnya bagi orang perempuan mencukur kepalanya sehingga botak), bagi setiap helaian rambut, akan mendapat pahala dan dihapuskan akan dosa-dosanya. Sebab itu apabila kita bergunting kita akan membaca doa. Doa yang dibaca itu adalah untuk menggugurkan semua dosa-dosa kita sebanyak rambut kita serta segala bulu-bulu yang ada di badan.

Seterusnya ialah ibadat sa’i. Sa’i dilakukan kerana kita ingin mengambil ibrah daripada sifat sabar & ketaatannya Nabi Ismail as ketika diwahyukan Allah swt kepada Nabi Ibrahim as untuk menyembelihnya. Begitu juga dengan Siti Hajar yang mempunyai semangat yang kental serta taat akan perintah Allah swt. Beliau tidak sedikit pun merungut atau mengungkit-ungkit ketika ditinggalkan keseorangan dengan seorang anak kecil. Beliau redho & tahu bahawa ia adalah perintah Allah & yakin ada kebaikannya bagi dirinya.

Begitu tinggi sekali sifat redhonya dan sabar menghadapi ujian. Renungkanlah diri kita yang sombong. Jika ada sedikit kekurangan dalam makanan, kita menolak makanan tersebut. Kita sepatutnya berazam agar sifat-sifat seperti Siti Hajar itu dapat menyerap masuk dalam hati kita & ketaatan seorang remaja seperti Nabi Allah Ismail as itu diserap masuk dalam jiwa anak-anak kita.

Subhanallah….

Maka selepas ni kita perlu menteladani mereka. Jika Allah perintahkan sesuatu, walaupun berat untuk dilakukan, kita perlu buat. Kita perlu mengekalkan momentum kemabruran haji kita ini. Haji yang mabrur itu adalah haji yang melekat & menyerap dalam hati kita. Ibadah haji yang kita lakukan itu sepatutnya dapat mengubah hidup kita menjadi lebih islamik.

Jika sebelum ini kita tidak bertudung, maka selepas ini kita akan bertudung dengan sempurna. Kita tidak lagi bersoal-jawab akan perintah Allah swt & akan melakukan segalanya kerana Allah swt. Allah yang akan membalasnya. Maka jadilah apa yang kita buat itu senantiasa mendapat ganjaran daripada Allah swt. Untuk masuk kedalam bilik air juga merupakan ibadah & ada adab & doanya.
Begitulah nilainya ibadah dalam Islam. Hatta hubungan suami isteri juga merupakan ibadah. Begitu juga dengan adab untuk makan minum, sebelum tidur & ketika bangun tidur. Semuanya ada doa-doa tertentu.

Allah swt berkata “Tidak aku ciptakan kamu jin dan manusia ini melainkan hanya untuk beribadah pada aku”.

Kita dilahirkan sebagai orang Islam, kita sepatutnya beriman & bertakwa sehinggalah kita meninggal dunia. Dan itulah dinamakan ibadah. Jika semua yang kita buat adalah kerana Allah, maka Allah akan memenuhi tuntutan kita, suami dan keluarga. Niatlah semuanya kerana Allah swt.

Kita juga dianjurkan untuk berlumba-lumba berbuat kebajikan. Buatlah kebaikan kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan pahala Allah swt. Siapa yang membuat banyak kebaikan, dia mendapat banyak pahala. Sebab itu dalam rumah tangga, siapa yang dapat mengurus rumah tangga, dia mendapat banyak pahala. Orang yang tidak menguruskan rumah tangga kerana belerja, dia dapat kurang tapi tidakklah berdosa. Seorang wanita perlu menjaga kesihatan dirinya untuk berbakti kepada suami & menguruskan rumah tangganya.

Oleh yang demikian, sa’i itu mempunyai ibrah yang kita perlu ambil daripada amalan sahih itu. Bukan sekadar berjalan & rasa penat tetapi kita perlu melihat sudut daripada peristiwa-peristiwa yang ada dalam perjalanan hidup Siti Hajar r.a, Nabi Ibrahim a.s dan juga Nabi Ismail a.s yang sangat-sangat mengagumkan kita. Maka kita ingin mengambil sifat-sifat yang baik agar ia dijadikan sebagai satu rangsangan/motivasi pada kita untuk kita menjadi seperti mereka.

In shaa Allah jika kita faham, ia dapat diterapkan kepada anak-anak kita apabila kita balik nanti. Jiwa kita akan cekal, kita akan dapat menghadapi segala cabaran dalam hidup hari ini dan akan datang.
Kerana apa?
Kerana cabaran yang dihadapi oleh Siti Hajar r.a adalah jauh lebih hebat & teruk berbanding dengan cabaran yang kita hadapi hari ini.

Sesudah kita mengerjakan haji. Malaikat akan datang dan meletakkan tangannya di atas bahu kita, dan berkata “Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini, sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah pun diampunkan oleh Allah swt.”

Diharap kita semua telah bersih & Allah swt berkehendak membersihkan kita. Tolong jangan conteng semula buku rekod kita yang telah dibersihkan. Jangan conteng diri kita yang sudah bersih daripada segala dosa-dosa yang sudah berkeladak. Kekalkan kebersihan, kesucian diri kita daripada segala dosa-dosa itu hingga kita meninggal dunia.

Orang yang mengerjakan haji, biarlah ia merupakan haji yang melekat/kekal.
Maknanya apabila dia berkeinginan untuk membuat sesuatu yang tidak baik, dia akan berkata kepada dirinya “Ya Allah, aku telah mengerjakan haji, aku dah bersih. Kenapa aku masih ingin melakukan lagi benda yang tak betul ini?”
Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita sendiri setiap kali kita terlintas untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan iman dan taqwa.

Apabila Allah swt memilih kita, mengapa kita masih ingin melakukan dosa-dosa yang akan datang? Maka kerana itulah kita perlu istiqomah menjaga kebersihan, kesucian, keimanan dan ketaqwaan yang kita perolehi di tanah suci.

Terdapat satu hadis berkenaan begitu pemurahnya Allah kepada kita.
“Beramallah kamu dengan amalan yang baru dan baik selepas ini. Sesungguhnya dosa-dosamu yang lepas telah diampunkan.”

Maka selepas ini, jagalah mulut (lidah), mata, telinga, kaki, tangan & hati/pedal kita perlu sentiasa husnudzon & berfikiran positif. Walaupun kita nampak tak berapa baik, fikirlah akan perkara yang baik-baik. In shaa Allah ia akan menjadi kenyataan. Bila kita bersangka baik kepada Allah & bersangka baik pada orang, in shaa Allah Allah akan jadikan ia satu kenyataan.

Panduan Istiqamah

Allah swt memberi isyarat yang tersurat menerusi Surah Hud. Selepas arahan untuk beristiqamah dengan beberapa nota-nota penting bermula daripada ayat 113 hingga 115 dalam surah yang telah dibacakan dipermulaan tadi, antara intipati yang boleh kita ambil untuk kita istiqamah ialah:

1. Jangan sekali-kali kita mendekatkan diri. atau terlibat dengan orang-orang yang zalim dan berbuat kezaliman. Kita perlu mencari kawan yang baik. Kita perlu duduk dengan orang yang baik. Kalau kita duduk dengan orang yang tak baik, sikit sebanyak kita akan teroengaruh dengannya. Oleh itu, untuk kita berhijrah, berhijrahlah daripada keadaan sebelum ni kepada keadaan yang haji mabrur ini. Kita perlu berhijrah sungguh-sungguh. 2. Jangan menyekutukan Allah swt. Jangan syirik kepada Allah swt. Buanglah segala kepercayaan khurafat, maksiat dan sebagainya. 3. Menjaga solat fardu dan solat Qiam. Kekalkan momentum yang kita lakukan sepanjang kita berada di Mekah, bahkan tambah baik lagi. Solatlah diawal waktu. Kerana nilainya berbeza-beza bagi solat awal waktu dengan solat di tengah dan di akhir waktu di sisi Allah swt. Begitu juga dengan solat-solat sunat. Sembahyang sunat secara berdiri atau duduk. Siapa yang bersusah payah yang lebih dalam melakukan ibadah itu maka dia akan lebih pahala dia. 4. Memaksimumkan kebaikan untuk menghapuskan keburukan/dosa. Maka, lakukanlah banyak kebaikan. Bersedekahlah. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Jika kita melihat seseorang melakukan perkara yang tidak betul, tegurlah secara berhemah. Jika tidak mampu menegur, maka dakwahlah melalui teladan yang baik. Perbanyakkan zikrullah. 5. Sabar dan berserah diri kepada Allah swt. Elakkan marah-marah akan hal yang telah berlaku. Ucapkanlah Alhamdulillah, innalillah hiwainna ilaihirrojiun apabila ditimpa musibah. Belajar untuk sabar & redho. Bersabar boleh mengelakkan penyakit jantung & kerosakan buah pinggang serta penyakit-penyakit yang lain.

Perbanyakkanlah berserah diri & bertawakal kepada Allah swt. Jika kita telah berusaha, tetapi belum berjaya untuk mendapatkan redho, maka berusahalah lagi. Allah Maha Mengetahui kepada siapa yang ingin diberikan Nya. Kemungkinan jika tidak dapat sesuatu di dunia, maka kita akan dapat di akhirat kelak. Sentiasalah berazam untuk menjadi ahli syurga.

Nota fikir sebagai panduan untuk merencana perubahan dan meneruskan proses istiqamah sesudah pulang ke tanah air :-

1. Berpegang dengan akidah yang benar.

Menjauhi syirik dan khurafat. Akidah, syariah & akhlak merupakan tiga perkara yang dimaksudkan dengan Islam. Yang dibawa oleh Islam. Apabila kita bercerita tentang Islam, tiga perkara inilah yang perlu ada dalam diri kita. Yang pertama adalah akidah yang betul. Inilah perkara asas yang utama yang perlu diperhatikan; akidah yang benar & iman yang jitu kepada Allah swt. Akidah yang benar ni ialah akidah mengikut apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat. Masalah pada hari ini ialah, ramai orang yang mengaku beriman tetapi masih mencampur adukkan iman dengan perkara-perkara yang syirik, bidaah ataupun karut-marut. Ada juga yang berfahaman Syiah , Qadyani , Taslim dan macam2 lagi ajaran sesat lainnya… Bersihkan diri kita dengan tauhid ahli sunah waljamaah yang kita ikut selama ini.

Allah swt berfirman surah al-Ana’am ayat 82:

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْم أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

Oleh itu, berhati-hatilah dengan sebarang ajaran sesat.

Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim membawa riwayat dari Imam Bukhari bahawasanya tatkala ayat ini dibacakan, para sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w:

“Manakah dari kalangan kami yang tidak terlepas dari menzalimi diri kami sendiri?”

Lalu Nabi s.a.w menjawab tentang maksud kezaliman dalam ayat tersebut dengan turunnya Firman Allah yang lain iaitu :

إن الشرك لظلم عظيم

“Sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang sangat besar.”

Oleh sebab itulah, sekiranya orang yang syirik tidak bertaubat, maka dia akan kekal buat selama-lamanya dalam api neraka dan dia tidak akan berjumpa syurga. Maka sebab itu kalau kita merasa kita berlaku syirik, bersegeralah beristighfar & bersyahadah.

Bacaan zikir tasbih yang dibacakan dalam solat tasbih sebentar tadi adalah untuk memperbaharui keimanan kita kepada Allah swt.

Tinggalkanlah segala amalan kurafat dan kembalilah kepada kesucian akidah yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan yang bakal dilawati oleh setiap daripada kita semua iaitu alam barzakh dan alam akhirat kita nanti. Tanpa akidah yang betul kita akan menjadi masyarakat jahiliah moden, yang mana ia akan membawa kekacauan dalam hidup kita.2. Iltizam dengan solat jemaah dan solat sunat.

Kekalkan momentum solat-solat fardu & sunat. Nabi saw bersabda “Kalau siapa mendengar azan lalu tidak menghadiri solat jemaah, maka seolah-olah tiada solat baginya kecuali jika dia uzur, yakni ketakutan ataupun dia dalam keadaan sakit” Hadis ini adalah tuntutan untuk orang lelaki supaya solat berjemaah.

Bagi kaum wanita, cukuplah dengan bersolat di rumah untuk mengelakkan fitnah atau membangunkan/menggalakkan suami untuk ke masjid. Mereka akan mendapat pahala yang sama seperti yang diperolehi oleh suaminya. Namun, jika mampu untuk pergi bersama-sama suami ke masjid, maka itu adalah lebih baik. Maka teruskanlah momentum seperti kita berlari-lari ke Masjidil haram setiap hari apabila balik ke tanah air nanti, melainkan atas kekangan bekerja. Orang yang bekerja, boleh bersolat secara berjemaah di surau pejabat.

Ustazah membawa sebuah kisah dari satu hadis berkenaan dengan seorang ulama hadis yang sangat termasyhur & tersohor namanya ketika tahun 48H. Kisah berkaitan seorang ulama hadis bernama Sulaiman bin Mihran (148H) atau lebih dikenali dengan gelaran al-A’amash. Seorang yang ternama dizamannya. Pada saat beliau di pembaringan menanti saat kematiannya, anak-anaknya & kaum keluarganya, berada di sekelilingnya sambil menangis meratapi keadaan beliau yang sedang nazak itu. Apabila dia melihat keadaan anak, isteri dia menangis, dia pun segera memanggil anak-anak & isterinya supaya mendengar akan pesanannya. Dengan sangat perlahan, beliau berpesan “Wahai anak-anak aku yang dikasihi, janganlah engkau menangis mahupun khuatir dan risau akan ayah. Jangan risaukan aku lagi. Jangan sedih, jangan susah hati, jangan terlalu berduka cita, hentikanlah tangismu. Janganlah menangis lagi. Cukuplah, kerana ayahmu ini selama 60 tahun lamanya, aku tidak pernah sekalipun tinggal ataupun terlepas daripada mengangkat takbir yang pertama bersama imam untuk solat berjemaah di masjid.”
Subhanallah…. Itulah kelebihan orang yang sentiasa bersolat berjemaah di masjid.

Maka didiklah anak-anak lelaki kita untuk solat ke masjid. Kita hendaklah mengekalkanlah solat sunat rawatib sekurang-kurangnya 12 rakaat/hari, solat sunat dhuha, witir & qiamulail apabila kita pulang ke tanah air nanti.3. Melazimi pakaian taqwa dan patuh syariat.

Pakaian yang dipakai ketika berada di tanah suci (menunaikan haji) merupakan pakaian takwa. Yakni pakaian yang labuh, longgar, tidak jarang, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak sendat, tidak ketat & tidak kelihatan seperti orang jahat. Jika ingin memakai seluar, pakailah seluar yang longgar & baju yang melepasi bahagian paha.

Pakaian taqwa adalah pakaian yang diperintahkan oleh Allah swt. Oleh itu, kaum wanita perlu mematuhi perintah Allah swt.

Jika ada diantara jemaah haji yang sebelum ini tidak menutup aurat & menutup aurat dengan sempurna apabila datang menunaikan haji, maka kekalkanlah.

Allah swt berfirman dalam surah Az-Zalzalah Ayat Ke-7:

فَمَن يَعمَل مِثقالَ ذَرَّةٍ خَيرًا يَرَهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya”.

Kita perlu merenung akan dosa-dosa silam kita yang kita lakukan sejak akhil baligh sehingga sekarang. Ketahuilah bahawa Allah swt mencatat semua kebaikan & dosa-dosa kita. Maka hendaklah kita bertaubat nasuha akan segala dosa-dosa kita. Sekiranya ada pakaian-pakaian yang tidak mematuhi syariat, maka hendaklah dipakai di dalam rumah sahaja atau dikeluarkan daripada simpanan.

Bagi pakaian orang Arab, mereka memakai abaya di bahagian luar pakaian mereka.

Maksud Surah An Nur Ayat 60:

“Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin menikah (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

Yang dimaksudkan dengn ayat ini ialah, pakaian “ABAYA” yang dipakai dibahagian luar pakaian orang berbangsa arab & bukannya bermaksud mereka dibenarkan membuka aurat mereka.

Oleh itu, hendaklah kita memahami akan perintah Allah swt yang mensyariatkan kaum wanita agar sentiasa berpakian yang menutup aurat.

Oleh kerana kekangan masa, pengajian akan disambung pada 29 Julai 2022.


Kuliah Ke Dua: Jumaat, 29 Julai 2022

Sambungan tazkirah selepas majlis khatam Al Quran. Tazkirah dibacakan oleh Zan Aizan.

Majlis Khatam Al Quran

Tiada lagi alasan untuk kita meninggalkan pakaian taqwa dari tubuh kita. Kepada para hajjah terutamanya, mulakanlah dengan melihat deretan dan lipatan baju yang ada dalam koleksi. Periksa samada ia patuh syariah atau tidak. Jangan lagi berhias dengan tabarruj jahiliyyah. Inilah bukti mabrurnya haji yang dilakukan.

Panduan utama menerusi firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nur ayat 31:
“Katakanlah kepada para mukminat agar mereka merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan (kemaluan dan maruah) mereka. Tidak boleh mereka mendedahkan kecantikan dan perhiasan yang mereka miliki kecuali yang dibolehkan. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi bahagian bawah dada mereka…”

Di penghujung ayat yang sama Allah berfirman: “Janganlah diantara mereka menghentakkan kaki mereka dengan tujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka…”

Sabda Nabi s.a.w: “Ada dua golongan ahli Neraka yang belum pemah kulihat. Manusia-manusia yang punya cemeti seperti hujung ekor lembu dan memukul-mukul manusia dengannya. Perempuan yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, suka menarik perhatian dan berwatakan menggoda. Kepala mereka umpama bonggolan unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga apatah lagi mencium baunya. Sungguhpun bau syurga itu dapat dihidu dari ribuan batu jauhnya.” (Muslim)

Begitu juga dengan sikap dan pergaulan. Pastikan semuanya terkawal. Jika anda bekerja di pejabat misalnya jauhi sikap keluar berdua-duaan atau keluar dengan lelaki yang bukan mahram walaupun dengan alasan kerja atau sekadar keluar makan. Jaga batas pergaulan dan bersikap seperti mukmin profesional dengan jatidiri dan sifat sejati muslimah. Jauhi gurau senda dan hilai tawa atau bertepuk tampar. Gunakan dengan bijak laman-laman web sosial dengan tujuan yang murni bukan dengan memasukkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, aksi-aksi yang tidak sesuai dan segala yang negatif.

Banyak yang perlu dijaga dan diawasi. Insya Allah jika semua ini dipatuhi dan dijaga, anda akan merasakan diri anda diawasi dan dirahmati Allah sentiasa.

Teruskan amalan-amalan Sunat / Zikir dan Doa
Inilah amalan-amalan yang telah diamalkan sepanjang permukiman ibadah kita dalam musim Haji. Jadikan amalan-amalan ini sebagai perisai diri kita dari segala gangguan dan sebagai penambah bekal di alam barzakh dan pemberat mizan di akhirat. Latihan sepanjang kita tinggal di Makkah, amalan ketika Arafah dan bumi Mina harapnya dapat menjadikan kita sudah terbiasa dan semoga menjadi tabiat yang baik untuk kita. Zikir pagi dan petang, zikir selepas solat dan zikir harian adalah senarai zikir yang dilafazkan dan diamalkan sendiri oleh Nabi s.a.w. Apakah punya lidah yang mengucap zikir yang lebih baik dari lidah mulia Nabi s.a.w? Sewajarnya kita berbangga dengan mengamalkan zikir-zikir warisan Nabi s.a.w ini kerana inilah zikir yang serupa dibacakan oleh manusia teragung, penghulu sekelian Nabi dan Rasul.

Antara zikir yang disukai oleh Nabi s.a.w dan para Anbiya’ sebelum baginda ialah:

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد ( يحيي و يميت ) وهو على كل شيء قدير

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemilikan dan pujian. Dialah yang menghidup dan mematikan dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.” (Al-Tirmizi dan Ahmad)

Fadhilatnya tiada taranya. Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membacanya sepuluh kali selepas fajar dalam keadaan tetap kedua-dua kakinya akan dititipkan baginya sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh keburukan (dosa) dan diangkat sepuluh darjat. Seluruh harinya akan dipelihara dari segala perkara yang tidak diingini dan dipagar dari gangguan Syaitan dan tidak ada dosa yang mengirinya pada hari itu kecuali jika dia berlaku syirik kepada Allah.” (AlTirmizi dan Ahmad]

  1. Bersahabat dengan Al-Quran

Alhamdulillah dengan kekuatan, keazaman dan usaha giat para jemaah Haji ramai yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh berada di Makkah alMukarramah. Insya Allah tanamkan azam dalam diri setiap dari kita agar melazimi dan terus ‘bersahabat dengan Al-Quran setelah pulang ke Malaysia nanti.

Sabda Nabi s.a.w: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari akhirat nanti sebagai syafaat kepada pendampingnya (ketika di dunia).” [Muslim]

Antara mukjizat Al-Quran ialah ia diutuskan untuk mengimbangi dan menjadi ‘supplement’ (khasiat harian) kepada ruh manusia. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Syura ayat 52:

“Begitulah kami mewahyukan kepadamu ruh (Al-Quran) dari ketetapan kami. “Manusia terdiri dari unsur akal, fizikal dan ruh. Maka setiap satu punya keperluan tersendiri. Keperluan bagi ruh manusia adalah Al-Quran.

• Cintakan Ilmu dan melazimi majlis ilmu
Pada hari ini ilmu mudah didapati di mana-mana dan terlalu mudah diakses dengan hanya menggunakan jari sahaja. Namun, ilmu yang paling penting adalah ilmu yang akan menyelamatkan kita dalam dua kehidupan, dunia dan akhirat. Ia merupakan satu tugas dan kewajipan yang sentiasa berjalan bermula dari hari kelahiran hingga detik kematian. Sentiasalah kita berdoa agar dikurniakan dengan ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang membawa laknat.

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 114: “Katakanlah, wahai Tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu pengetahuan.”
Nabi s.a.w juga menitip pesan: “Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim.” [Ibnu Majah – Hadis ini dkategorikan sebagai Hasan).

Ingat bahawasanya dengan kejahilan manusia akan berada dalam gelita dan kegelapan. Hanya dengan ilmu manusia akan terselamat dan memiliki cahaya untuk menyuluh jalan hidupnya. Jangan hanya kita mudah berpuas hati dengan ilmu yang telah kita pelajari. Pastikan ilmu meningkat dan sesuai dengan pergerakan usia.

Malulah kita jika usia sudah dewasa atau meningkat tua, tapi ilmu masih bertaraf tadika! Carilah ilmu walau dimana sahaja; masjid, surau, tv, radio dan internet. Umpama kata-kata Imam Syafie rhm: ‘Sikapku dengan mencari ilmu adalah umpama seekor ibu ayam kehilangan anaknya.’

Solat Tasbih Berjemaah di Mekah

• Halal haram dalam kewangan dan muamalat

Ingatilah bahawasanya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

Al-Baqarah Ayat 278-279
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَذَرُوۡا مَا بَقِىَ مِنَ الرِّبٰٓوا اِنۡ كُنۡتُمۡ مُّؤۡمِنِيۡنَ

فَاِنۡ لَّمۡ تَفۡعَلُوۡا فَاۡذَنُوۡا بِحَرۡبٍ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوۡلِهٖ‌ۚ وَاِنۡ تُبۡتُمۡ فَلَـكُمۡ رُءُوۡسُ اَمۡوَالِكُمۡ‌ۚ لَا تَظۡلِمُوۡنَ وَلَا تُظۡلَمُوۡنَ

Ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah segala bentuk-bentuk riba jika benar kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya sesungguhnya kamu telah mengisytiharkan peperangan dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu bertaubat, maka ambillah modalnya (pokok harta tersebut) dan kamu tidak menzalimi dan dizalimi.”

Begitu juga Nabi s.a.w pernah menitipkan amaran bahawasanya memakan harta riba itu dosanya yang paling ringan adalah seperti menikahi ibu sendiri (Lihat dalam hadis no 4504 dalam Al-Jami’e Al-Suyuti] dan lebih berat dari 36 kali melakukan perzinaan! [Lihat Al-Munziri, Al-Targhib wa Al-Tarhib, 3/68].

Bukan itu sahaja malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya.
Sabda Nabi s.a.w:
itu dosanya yang pal.Jami’e Al-Suyuti] dan hib 3/68). Bukan itu sahaja, malahan orang yang terlibat dengan riba ini juga akan menjemput bala dan azab Allah dalam kehidupannya.

Sabda Nabi saw:
إذا ظهر الزنا و الربا في قرية ، فقد احلوا بانفسهم عذاب الله
“Jika perzinaan dan riba berlaku secara berleluasa dalam sebuah kawasan, maka penduduknya telah menghalalkan turunnya azab Allah kepada mereka. “[Lihat Sahih al-Jami’e no 679, Syeikh Nasir al-Din)

Masalah umat Islam hari ini dengan sistem kewangan yang ada, merasa selesa dengan segala bentuk nikmat dan kekayaan yang diperolehi saat ini walaupun mungkin bersalut riba. Perasaan takut, risau, kurang keyakinan sudah tentu akan terbit kesan dari lamanya terlibat dengan sistem riba. Inilah hasil dari penjajahan barat terhadap dunia Islam yang masih kekal walaupun sudah bebas dan mampu mentadbir dunia mereka sendiri. Mengapa sistem yang direncana Yahudi dan Nasrani itu masih mendominasi ruang pasaran kewangan umat Islam.

Umat Islam pernah gemilang dengan pengaplikasian sistem Allah dalam era emas pemerintahan Islam di dunia. Mengapa kita kembali semula ke lembah dan lumpur jijik rekaan Yahudi dan Nasrani sedangkan kita pernah hidup dalam keindahan dan keadilan sistem yang bersumberkan wahyu Allah. Namun, peluang untuk kita kembali semula kepada sistem Allah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan keuntungan akhirat masih terbuka luas. Oleh itu, selepas pulang dari Haji nanti perhatikanlah harta benda kita dan sumber rezeki kita. Periksa semua jenis harta, simpanan, pelaburan, saham, perniagaan, hartanah dan seumpamanya. Pastikan semuanya bebas dari riba. Jika masih belum, setelah pulang nanti pastikan semuanya ditukar dan diuruskan sesuai dengan kehendak syariat.

Sistem kewangan dan perbankan Islam sentiasa menanti untuk memberi khidmat yang terbaik dan pastinya patuh syariah demi kesejahteraan dalam kehidupan. Tukar semua akaun yang masih konvensional sifatnya kepada sitem perbankan Islam. Bertaubatlah! Jangan biarkan harta benda kita dijadikan senjata untuk kita berperang dengan Allah Ta’ala dan Rasulnya kerana masih terikat dengan riba dan sistemnya. Bergembira dan beruntunglah semula dengan keuntungan dan kejayaan yang merupakan tawaran hebat dari Allah!

Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 130:

Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافاً مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . وَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan sebarang hasil riba berlipat kali ganda. Bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya kamu akan memperoleh kejayaan.”

Jemaah Wanita Wira Saujana Travels & Tours Yang Menyertai Tadarus Al Quran

PENUTUP

Semoga risalah kecil ini dapat memberi sedikit panduan berguna kepada para jemaah Haji yang akan pulang ke tanah air nanti. Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan kita dan menjadikan kita semua dari kalangan haamba-hambanya yang beroleh nikmat, rahmat dan kemenangan dari kalangan orang-orang yang soleh.

Selamat pulang ke pangkuan keluarga dan selamat beramal. Kuatkan azam dan semangat serta motivasi untuk melakar perubahan. Semoga perubahan kita kesan Haji yang mabrur akan membekas juga kepada saudara seagama kita yang lain.

Wallahua’alam.

Nota tambahan:
Tazkirah ini adalah olahan dari catatan tazkirah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman (Abu Anas Madani) yang ditulis pada 27 November 2011. Terima kasih kepada Tuan Guru diatas perkongsian ini yang sangat bermanfaat kepada para jemaah haji.

Semoga bermanfaat kepada semua jemaah haji Wira Saujana Travels & Tours S/B 1443H.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Catatan Nota Kuliah:
💝Zan Aizan💝
Jumaat, 22 Julai 2022 (part 1)
Jumaat, 29 Julai 2022 (part 2)
Makkah Al Mukarramah

Tetamu di Taman Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah selamat tiba ke rumahku syurgaku pada 11.8.2022 jam 2.30pm setelah 42 hari berada di bumi Haramain. Maka selesailah perjalanan haji kami suami isteri untuk tahun 1443H.

Walaupun sudah berada di tanah air, hati masih terkenang-kenang akan keindahan & kedamaian bumi haramain. Masakan tidak….terlalu banyak keajaiban yang Allah swt kurniakan sepanjang mengerjakan ibadah haji & umrah.

Antara memori indah yang terpahat di sanubari ialah ketika menziarahi makam Rasulullah saw & masuk ke taman syurga (raudhah) di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah.

Subhanallah….ia seolah-olah satu mimpi indah yang sesiapa pun takkan ingin bangkit dari lenanya.

Ziarah Wada, Masjid Nabawi

Firman Allah SWT :

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
[Surah Al-Fath 8]

‎Terjemahan :
“Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi, dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).”

Aku mengenang bagaimana aku & adik sepupu ku, “Wee” yang bersusah payah untuk masuk ke raudhah.

Jumaat, 7 Muharam 1444H/5 Ogos 2022

Kami tiba di Madinah dari Kota Mekah al Mukarramah.

Sabtu 8 Muharam 1444H/6 Ogos 2022

Aku gagal menempah slot dalam aplikasi EATMARNA walaupun telah mencuba berkali-kali sejak tiba di Kota Madinah. Pelbagai cara & meminta pertolongan dari ramai orang telah ku cuba tetapi tetap gagal.

Hati kecil berdetik, in shaa Allah jika Allah swt izinkan tentu ada keajaiban yang akan berlaku & aku pasti dapat menziarahi Rasulullah saw. Semangat berkobar-kobar sejak berada di Kota Mekah lagi. Setiap pusingan tawaf sunat ku, aku khususkan doa agar dapat masuk ke Raudhah dengan tenang & mudah.

Persediaan untuk menziarahi Baginda Rasulullah saw telah ku usahakan. Bayangkan….jika kita ingin menghadap sultan atau menghadiri temuduga kerja, kita akan membuat persiapan dari segi mental, fizikal & pakaian. Maka, jika ingin menziarahi Rasulullah saw kita perlukan persiapan dengan memperbanyakkan selawat. Antara selawat yang mudah dibaca ialah Selawat Jibril. Bacalah 1000-5000 kali sehari atau semampunya.

Selawat Tafrijiyyah & Selawat Fatih juga adalah baik untuk diamalkan kerana salah satu fadhilatnya ialah dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & dipermudahkan urusan, in shaa Allah. Selama berada di Mekah lebih kurang 30-35 hari, jika kita membaca Selawat Tafrijiyyah sebanyak 140x/hari, maka kita mampu mengumpul bacaan sebanyak 4444x yang mana, fadhilatnya ialah Allah swt makbulkan hajat kita. Semuanya dengan izin Allah swt, tabarakallah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻.

Namun, pada malam kedua di kota Madinah aku masih gagal untuk booked slot di Eatmarna. Lalu aku bertekad untuk mencuba nasib. Kerinduan kepada Rasulullah saw yang tak dapat dibendung membuatkan aku ingin mencuba nasib ke raudhah. Bermacam-macam cara & nasihat ku dengar dari pelbagai jemaah sama ada dari Malaysia atau Indonesia.

Oleh kerana adik sepupu ku telah berjaya menempah slot, aku beranikan diri menuju raudhah bersamanya seusai solat isyak.

“Kita nak masuk ikut pintu mana ni, K Zan?” Tanya Wee.

“Tadi polis kata kalau tak daftar Eatmarna, masuk ikut pintu 32” Jawabku

Kami berjalan keluar dari pintu 25 seusai solat isyak. Kami melihat ramai orang menuju ke pintu 37. Apabila menghampiri pintu 32, kami lihat tidak ramai orang yang memasuki pintu tersebut. Lalu kami mengubah haluan. Kami masuk melalui pintu 32.

“Ibu! Ibu! Duduk! ” Jerit puan polis.

Kami akur. Duduk menunggu giliran masuk ke raudhah. Sempat solat 2 rakaat di tempat menunggu. Ku lihat ada beberapa orang polis lelaki berlegar-legar di situ.

Apabila tali rentang dibuka, masing- masing berlari menuju raudhah. Ada yang merempuh. Malahan ada yang jatuh berguling-guling & dipijak oleh wanita-wanita gagah yang berlari. Kecut juga perut kami berdua. Patutlah polis lelaki ditempatkan di situ….

“K Zan…macam mana ni? Wee takut abang An (suami ku) marah kalau tahu K zan berlari” Rayu adik sepupu ku sambil berseloroh. Betapa concern nya beliau terhadapku. Sebenarnya aku boleh berlari-lari anak walaupun beberapa skru terpahat di tulang belakang ku😆.

“Takpe…kita tak perlu berlari. Kita berjalan je. Teruskan berselawat.” Jawabku, cuba menenangkan Wee.

Kami melihat bagaimana manusia seolah-olah hilang pertimbangan diri. Bertempiaran merempuh sesama sendiri. Tidak kisah akan aurat masing-masing yang sudah mulai tertanggal tudung & selendangnya…Allahuakhbar 😢

“Wee…kita jangan lari. Biarkan diaorang berlari. In shaa Allah kita akan dapat masuk raudhah” Jawabku.

Ku lihat Wee meneruskan zikrullah & doa2nya. Moga-moga Allah swt makbulkan segala doa adindaku itu.

Sesungguhnya, dugaan apabila berada di raudhah agak mencabar. Bersesak-sesak & agak sukar mendapatkan ruang untuk bersolat. Di tolak ke kiri, di tolak ke kanan & sebagainya.

Firman Allah SWT :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
[Surat Muhammad 31]

‎Terjemahan:
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar; dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan berita-berita tentang keadaan kamu.”

Setelah memberi salam kepada Rasulullah saw & para sahabat aku berpusing-pusing memerhatikan tiang-tiang mustajab doa & mimbar Rasulullah saw. Kami solat & berdoa dalam keadaan sesak & berasak-asak. Malahan ada wanita yang tidak mahu berganjak walaupun disuruh berkali-kali oleh jemaah lain.

Semuanya adalah ujian rohani. Bagaimana kita mengawal emosi & mujahadah untuk mendapatkan raudhah. Segera ingatan ku terbayang saat aku ke raudhah bersama anak kecil ku pada tahun 2007. Boleh baca kisahnya disini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2072629109423954&id=100000306566286

Malangnya aku tidak dapat melihat mimbar Rasulullah saw (ia disebalik canvas) & tiang-tiang utama yang telah diterangkan oleh pembimbing kami, Habib Naqjamuddin Al Khered. Maka, untuk kepastian, aku melakukan video call kepada suami ku. Ku perlihatkan keadaan raudhah yang kami masuk. Ternyata, kami tidak berada dibahagian asal raudhah iaitu dari makam Rasulullah saw ke mimbar Baginda saw.

Bahagian Raudah Ketika Masuk Melalui Pintu 32

Ternyata itu bukanlah bahagian raudhah yang utama. Hanya sedikit sahaja bahagian yang merupakan bahagian raudhah, iaitu dibahagaian hujung, depan disebelah kiri (hadapan mimbar). Manakala bahagian lain adalah bahagian tambahan ketika zaman pemerintahan Umar bin Khattab, kemudian ke khalifah Usman, pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiah, hingga masa kekhalifahan Usmani dan era Arab Saudi. Ketika kunjungan kami ke raudhah, bahagian wanita adalah dari belakang makam Baginda Rasul saw.

Dalam masa yang sama, Wee meninjau-ninjau disebalik canvas penghadang di sekeliling raudhah.

“Kak Zan! Tengok ni! Tengok ni! Ada orang solat disebelah sana! Kat sanalah raudhah!” Jerit Wee sambil menunjukkan disebalik canvas tersebut.

Aku yang baru selesai VC dengan suamiku segera ke arahnya. Terima kasih encik suami yang turut mengesahkan bahawa kami tidak berada dalam kawasan raudhah asal.

“Wee, jom keluar. Ini bukan raudhah yang sebenar.”

Kami menuju ke arah seorang polis wanita yang menjaga canvas tersebut.

“Is that raudhah?” Soal ku

“ Yes” Jawabnya ringkas.

“But you must use permit (EATMARNA). Go to door 37. Faster! The door will be closed at 11.00pm” Kata puan polis

Sekilas aku mengerling jam di tangan. 10.37 pm! Aku & Wee berlari anak/mak/pak bagai untuk ke pintu 37😬😬🫢🫢. Lari dan lari dan lari! Tiba-tiba….

“Eh! Mana Wee??” Aku terhenti apabila adik sepupu hilang dari pandangan. Aku berpatah balik.

“Ya Allah…Wee!” Ku lihat Wee berhenti untuk minum air. Sempat pula dia berhenti minum. Dahaga katanya😄😄😄 Aduhai..adindaku!

Diringkaskan cerita, kami tiba di pintu 37. Aku berjaya memaparkan screen EATMARNA di HP untuk masuk. Aku hanya mampu berdoa…jika Allah swt izin, maka aku akan dapat masuk. Jika Allah swt tak izin, maka aku akan lepaskan Wee masuk sendirian.

Tiang Aisyah jika masuk melalui pintu 37

“Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir”
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

“Masuk!” Kata puan polis. Ma shaa Allah…lega sekali apabila pagar/penghadang dibuka. Namun sekali lagi kami di uji.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk, pagar/penghadang di tutup.

“Wee!” Jeritku apabila melihat adik sepupu ku tak dibenarkan masuk. Beliau masih di luar penghadang. Sebelumnya, kami telah berpecah barisan & hanya barisan ku yang dibenarkan masuk, manakala Wee masih di luar.

Allahuakhbar!

“Let her in! She’s my sister!” Jeritku kepada polis yang menjaga.

“No! You go 1st” Jerit puan polis.

“No! I can’t leave my her! She’s my sister! My sister!” Ulang ku. Air mata dah start jatuh huhu.

Akhirnya polis menahanku di situ & mengarahkan aku menunggu sehingga kumpulan Wee dilepaskan masuk. Berdebar rasanya hati ku.

Subhanallah…
Aku membayangkan, begitulah keadaannya di akhirat nanti. Jika kita tak kelihatan di pintu syurga, sahabat manakah yang akan mencari kita di neraka & berkata “Dia sahabatku, dulu kami pernah hadir dalam majlis ilmu, dulu kami pernah berzikir bersama-sama, maka izinlah dia ke syurga bersama ku” huwaaaaa 😭😭😭😭

Maka carilah sahabat yang akan membantu kita ke syurga kerana diri kita sangat kurang amalnya, dan begitu banyak dosanya. Mudah2han kita akan ke syurga bersama-sama orang yang kita sayang.

Alhamdulillah akhirnya kami dapat masuk ke raudhah.

Ma shaa Allah…hampir 1/2 jam di raudhah. Aku menggunakan setiap saat yang ada agar Taman Syurga itu menjadi saksi kehadiran kami di akhirat kelak. Maka, seusai berdoa sempatlah aku melafazkan Selawat Jibril, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Fatih, Selawat Aliyyil Qadri, Selawat Adrikni & Selawat Adzimiyyah. (Sesiapa yang ingin mendapatkan selawat-selawat ini, boleh join Link Telegram himpunan zikir/selawat harian Aizan Collections Channel: https://t.me/+Vr1ab1ztEFFlZDRl)

Pada jam 12.00 malam, kami keluar dari raudhah dengan linangan air mata kesyukuran. Masing2 tersenyum, ketawa dengan deraian air mata kesyukuran. Tq Allah💝.

Bahagian Raudhah melalui pintu 37

Fasobrun Jamil Innallah hama’ana….
Bersabar itu indah & pasti diganjarkan sesuatu yang indah oleh Allah swt.

Pada hari ahad 7 Ogos 2022, apabila dimaklumkan oleh pihak agensi, Wira Saujana Travel & Tours bahawa kami mendapat slot (tasreh) untuk masuk ke raudah pada hari Isnin 10 Muharam 1444H/8 Ogos 2022 selepas subuh, aku melonjak riang.

Subhanallah….

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

10 Muharam 1444H/8 Ogos 2022

Seusai solat subuh, kami berkumpul dihadapan pintu 25. Sama-sama memberi ruang kepada sahabat-sahabat yang ingin memperbaharui wuduk. Ramai yang berpuasa sunat sempena hari Asyura. Begitu juga dengan diri ku.

Kira-kira jam 5.30am kami berjalan menuju ke pintu 37. Alhamdulillah tiada masalah untuk masuk kerana telah ada senarai nama yang disediakan.

Beratur untuk masuk melalui pintu 37 (video ihsan dari jemaah WSTT)

“Ya Allah, Wee! Raudah kosong! Wee!!!!” Air mata mengalir laju saat aku menjerit memanggil adik sepupu yang hanya berdiri beberapa cm dibelakangku. Kami menangis lagi😭😭😭.

Teruja!
Sebak!
Sedih!
Gembira!
Semua perasaan bercampur-baur tatkala aku berdiri di hadapan raudhah yang didalamnya hanya ada beberapa orang polis wanita.

“Masuk…masuk…Ibu masuk” Dipersilakan oleh puan polis dengan lembut & penuh sopan.

Allah….Allah…Allah….

Aku terpinga-pinga.
Adakah ini mimpi?
Adakah aku orang pertama melangkah masuk ke raudhah pagi ini?
Pagi yang indah, pada hari Asyura yang dimuliakan oleh Baginda Nabi saw.
Raudhah kosong. Hanya beberapa orang polis yang berada di situ.
Dibelakang ku ada 44 orang jemaah yang akan turut masuk.
Ma shaa Allah!
Allahuakhbar!
Air mata terus mengalir deras. Tidak lagi aku menyekanya…biarlah! Biarkan ia mengalir😭. Menangislah! Menangislah wahai insan yang terpilih sebegini rupa untuk menziarahi Rasulullah saw. Aku melangkah masuk dengan derian air mata.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد

Aku Melangkab masuk pada pagi 10 Muharam 1444H

“Assalaamu alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu alaika wa ala aalika wa ashaabika”

“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”

Dan seterusnya memberi salam kepada Saidina Abu Bakar Asshidiq dan Saidina Umar Al Khattab.

Kemudian, kami bersolat 2 rakaat mengikut saf yang disusun oleh puan polis. Selesai solat, aku bangkit menuju ke tiang Saidatina Aisyah ra & bersolat & berdoa di situ, yang mana ia adalah tempat mustajab doa. Berdoa bersungguh-sungguh sehingga diarah keluar oleh puan polis. Waktu yang diperuntukkan untuk setiap orang hanyalah 7 minit.

Makam Rasulullah saw

Alhamdulillah semua jemaah memberikan kerjasama yang baik untuk solat & berdoa bergilir-gilir di tiang Saidatina Aisyah ra. Ma shaa Allah…Hanya group kami di situ. Tiada orang lain selain puan polis. Betapa indahnya! Semoga semua doa diaminkan oleh para malaikat & diperkenankan oleh Allah swt. Tahniah semua wanita solehah Wira Saujana yang dipermudahkan Allah swt untuk bersama-sama ke Taman Syurga.

Tiang Aishah (sumber google)

Subhanallah….Tak tergambar kegembiraan itu.

Jika air mata itu mampu ku tadah, nescaya ia melebihi air di kolam renang Pusat Akuatik Nasional, Kuala Lumpur. Begitulah umpamanya kesayuan hati tanda syukur dengan anugerah dari yang Esa ketika dijemput menziarahi Rasulullah saw.

Jika begini perasaan ketika di dunia, dijemput seumpama VVIP untuk menziarahi Nabi saw yang terlalu cintakan umatnya, bagaimanakah pula perasaannya apabila mendapat syafaat dari baginda & seterusnya bersama-sama baginda di syurga nanti?

Allahuakhbar 😭😭😭

Sungguh!
Perasaan itu luar biasa!
Jantung berdebar kencang!
Sesak rasa di dada!
Seolah-olah seorang kekasih yang menatap wajah kekasih yang dirinduinya setelah sekian lama terpisah.

Subhanallah walhamdulillah walaa illa haillallah Allahuakhbar

Segala yang terbaik sememangnya dari Allah swt. Tiada yang lebih baik daripada ini.

Malu rasanya diri ini kerana amalku masih nipis, selawatku masih kurang & hatiku belum benar-benar suluk. Ya Allah…bimbinglah aku agar menjadi hamba Mu yang mampu menambah iman & amal🤲🏻.

Jemaah Wira Saujana Travels & Tours S/B (KT47B) yang masuk Raudhah pada 10 Muharam 1444H & kleuar di pintu 39

Doa:

“Alhamdulillahi rabbil’aalamiin, wash-sholaatu wassalaamu ‘ala isyrofil anbiyaa i walmursaliin, wa’alaa alihi washohbihii ajma’iin

Ya Allah Ya Bari’, Yang Maha Pembuat, Maha Merancang, Maha Menjadikan.

Kami memohon, terimalah segala doa & amal ibadah kami. Pertemukan kami di syurga bersama Rasulullah saw, keluarga & sahabat handai kami.

Jadikanlah kami orang yang istiqomah dengan amal ibadah, zikrullah & sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi saw.

Bantulah kami untuk sentiasa mengajak seluruh ahli keluarga/sahabat handai kami ke jalan dakwah seperti Baginda Nabi saw. Cekalkan hati kami di jalan yang Engkau redhoi.

Bantu kami agar sentiasa beriman & bertaqwa kepada Mu serta mencintai Nabi Muhammad saw.

Bantu kami, Ya Allah! Jangan kau pesongkan hati kami & semoga kami mendapat haji yang mabrur.

Jemputlah kami ke tanah suci Mu lagi.

رَبّنَا اَفْرغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبّتْ اَقْـدَامَنَا
رَبّنَا آتِنَا فِى لدّنْيا حَسَنَة وَفِى الاَخِرَة حَسَنة وَقِنأ عَذَابً النّار
سُبحَان رَبّكَ رَبّ العِزّةِ عَمّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ على الْمُرْسَليْن والْحَمْدُ لِلهِ رَبّ الْعَالَمِيْن

(“Ya Allah, curahkanlah kesabaran atas kami, dan teguhkanlah pendirian kami terhadap cubaan dan kebenaran. Ya Allah, berkahilah semua ilmu yang kami dapat selama kegiatan ini, sehingga kami dapat mengamalkan setelah kami kembali dan kerumah masing-masing. Sehingga kami mampu menjadi suri tauladan dalam keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.”)

Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan pengalaman masuk ke Raudhah pada hari Asyura, 10 Muharam 1444H. Semoga ini bukan ziarah terakhir untuk ku & semua jemaah haji tahun ini.

Bahagian Raudhah jika masuk melalui pintu 37 (8.8.2022)

Semoga semua tarbiah dari Allah swt ini mampu menjadikan aku seorang yang lebih bersyukur & berusaha menambah amal ibadah ku.

Bersama-samalah kita perbanyakkan selawat dalam kehidupan harian kita. Jika Rasulullah saw merindui umatnya sebelum kita lahir, maka kenapa tidak kita merindui Baginda Nabi saw? Renungkan…& muhasabah diri.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah swt🤲🏻

Selamat Menonton💝

Wallahu’alam

Amalkan membaca Selawat Jibril setiap hari

Fi khairin wa lutfin wa’afiah

Love as always:
💝Zan Aizan💝
Rabu, 19 Muharam 1444H/17 Ogos 2022

#Penulis

#PenulisEbook

#PencatatNotaKuliah

#SeniorAdvisorMSGA

#AseanEbookAmbassadorMSGA

RUANG SOLAT ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MASJIDIL HARAM & MASJID NABAWI

Assalamualaikum warahmatullah. Salam penuh kasih sayang dari bumi Madinah al Munawwarah. Sembah & salam ke atas Nabi saw.

Ketika menulis ini, al fakhirah Zan Aizan berada di bumi Madinah Al Munawwarah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Tahukah kalian bahawa terdapat ruangan OKU di Masjidil Haram yang terletak di tingkat 1, dihadapan klinik kecemasan & berhampiran dengan pintu/gate 88.

Ruang Solat OKU, Tingkat 1. Masjidil Haram

Jika anda masuk menggunakan gate 91, naik escalator ke tingkat 1 & berjalan ke kiri. Saya percaya ruangan ini ada banyak juga di tempat lain. Bagi yang bermasalah kesihatan ataupun berjalan menggunakan tongkat, cubalah cari walaupun tiada kad OKU.

Alhamdulillah dikebanyakan masa, saya solat & i’tikaf diruangan ini. Disini sangat aman…saya rasa tenang duduk disini.

Klinik kecemasan dalam Masjidil Haram
Klinik kecemasan dalam Masjidil Haram

Ramai orang tak percaya saya ada kad OKU hehehe. Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan kad tersebut, malahan ia sebagai reminder/alarm kepada diri saya sendiri bahawa “pergerakan saya terbatas!”. Saya tak boleh terrrr over buat itu ini, berjalan, berlari macam org lain walaupun sekali sekala saya berjalan laju ala2 nak excercise 😁😁😁. Polis yang menjaga tempat OKU pun confius macam mana saya boleh ada kad OKU bila saya tunjuk sebelum masuk😬.

Saya telah menulis disini, bagaimana saya boleh bergelar seorang OKU: http://iamsaljuputih.blog/2019/10/17/me-prolapsed-intervertebral-disc-pid/

Kad OKU yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bagi orang yang tak mempunyai kad OKU tapi menggunakan tongkat atau wheelchair, boleh solat di sini juga. Pembantunya pun boleh duduk bersama. Malahan ada juga ibu bersama bayi/anak kecil yang duduk disini.

Video gambaran ruang OKU di Masjidil Haram

Ruangan ini lebih tenang & kurang orang. Maklumlah….ia agak jauh dari kaabah. Ramai wanita prefer nak solat dibahagian hadapan sebab nak nampak kaabah walaupun OKU atau bertongkat. Dalam beribadah, orang perempuan kena tahu dimana kedudukan terbaiknya seorang wanita. Sesungguhnya, banyak perkara yang telah digariskan dalam Islam, bahawa kedudukan kaum hawa tak boleh disamakan dengan orang lelaki.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Air zamzam diletakkan tinggi supaya mudah bagi orang yang menggunakan wheelchair mengambil air

Sebagai info tambahan, di Masjid Nabawi juga ada disediakan tempat OKU. Jika anda masuk melalui pintu 25 (bahagian perempuan) atau mana-mana pintu, tempat OKU kebiasaannya berada disebelah kiri berhampiran dengan bahagian saf paling hadapan. Ada polis wanita yang bertugas di palang masuk. Ia lebih selesa untuk jemaah yang menggunakan wheelchair beserta dengan penemannya. In shaa Allah, mudah-mudahan Allah swt permudahkan segala urusan kita dalam beribadah.

Begitulah juga keadaannya jika ingin masuk ke Raudhah. Ada laluan khas untuk yang berkerusi roda. Ia mudah & beruntunglah bagi orang yang berkhidmat menolak kerusi roda tersebut. Boleh solat & berdoa di dalam raudah dengan tenang.

Ramai yang solat menggunakan kerusi
Alhamdulillah, tenang diruangan yang lapang

Okey…Setakat ini sahaja info untuk Orang Kurang Berupaya ketika di Haramain. Selamat beribadah secara berhemah & penuh ni’mah.

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Laluan Wheelchair ke Raudhah

Love as always
💝Zan Aizan💝
Ahad, 7.8.2022
Madinah Al Munawwarah

#travelloghaji1443h

#haji1443H

#haji2022

#dhuyufurrahman

Cara Khatam Al Quran Ketika Mengerjakan Haji & Umrah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tip khatam Al Quran di tanah suci (umrah atau haji). Tip ini adalah bersesuaian bagi orang awam, yakni bukanlah asatizah/hafiz/zah.

Beberapa orang sahabat bertanya bagaimana nak khatam Al Quran di tanah suci (bukan secara tadarus) jika mengerjakan umrah (bcoz umrah jangka masa pendek, lbh krg 12-14 hari shj).

Sebenarnya saya pernah share cara khatam dalam tempoh tertentu pada tahun 2018 di FB saya.
Boleh baca posting saya di sini:
https://www.facebook.com/100000306566286/posts/2090717280948470/

Apa sekalipun yang kita nak lakukan mulakan dengan niat. Kemudian hadirkan istiqomah serta set minda supaya berdisiplin.

Berikut adalah antara tip yang boleh saya kongsikan. Ini adalah tip sahaja, sesiapa yang ada tip lain atau yang lebih baik, kita raikan sama2:

Bagi orang yang menunaikan haji, akan mempunyai banyak masa walaupun bagi wanita yang akan uzur syarie. Namun ambil kiralah juga waktu-waktu yang mungkin kita dalam keadaan tak sihat atau ada xtvt ziarah & sebagainya. Pandai2 lah kira hari yang dirasakan sesuai dengan diri sendiri.

Bagi orang yang menunaikan umrah, masa agak terhad tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak mampu khatam dalam tempoh 12-15 hari. Hendak seribu daya & tak hendak seribu dalih.

Berkawanlah dengan Al Quran dimana2 sahaja, bukan hanya di Haramain.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim]

Berikut adalah tipnya:

1️⃣ Khatam Al Quran dalam tempoh 30 hari
Baca 1 juz 1 hari. 1 juz mengandungi 20 mukasurat. Maka, bahagikan kepada 4 mukasurat di setiap waktu solat fardu ataupun solat sunat. Jika plus dengan solat sunat dhuha atau dibaca pada waktu qiamulail, itu lebih mudah. Pandai2lah bahagikan berapa mukasurat yang nak dibaca disetiap waktu solat.

2️⃣ Khatam Al Quran dalam tempoh 15 hari
Baca 1.5 juz sehari di setiap waktu solat & solat sunat dhuha/qiamulail.

3️⃣ Khatam Al Quran dalam tempoh 10 hari
Baca 3 juz/10 mukasurat sehari disetiap waktu solat termasuk waktu dhuha/qiamulail. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya.

4️⃣ Bagi perempuan yang mempunyai waktu uzur syarie yang agak panjang (10-15 hari), mulakan bacaan semasa di tanah air & berniat/azamlah untuk khatam di tanah suci.

5️⃣ Beli Al Quran terjemahan yang telah dipecah2kan kepada 1 juz 1 buku. Ia lebih mudah untuk dibawa kemana2. Maklumlah, kaum hawa ada banyak aksesori yang nak dibawa ke masjid. Try untuk tidak membawa beban yang banyak. Bawa juz yang sedang dibaca sahaja, ia nipis & ringan. Sambil2 baca, jenguk juga ke terjemahannya supaya lebih faham & menghayati apa yang sedang dibaca. Tambahan pula, kita boleh memegang & membacanya jika wuduk terbatal.

Ramai orang suka membaca Al Quran menggunakan apps di HP. Tak salah jika sekali sekala, tapi jangan jadikan amalan harian. Ia cuma memori bukan Mushaf Al Quran. Bukankah melihat Al Quran itu pun sudah mendapat pahala?

Al Quran terjemahan, 1 juz 1 buku

6️⃣ Jaga adab dengan Al Quran. Jangan sekali-kali meletakkan Al Quran diatas lantai. Seboleh2nya, bawa naik flight sebagai hand carry supaya Al Quran tersebut dijaga kehormatannya & kita boleh baca semasa menunggu di airport atau di dalam flght. Jadikan Al Quran sebagai salah satu barang beharga yang paling kita sayang.

Cari tempat duduk berdekatan rak Al Quran supaya ia menjadi reminder untuk kita membacanya

7️⃣ Sayangi Al Quran. Ia sangat beharga. Seboleh2nya letak Al Quran secara perlahan2, jangan ada bunyi. Jangan hempas/campak/lempar. Anggaplah ia seperti barang yang mudah pecah.

8️⃣ Kurangkan berbual kosong di masjid atau di hotel. Kita boleh bersuai-kenal dengan sahabat2 dalam group tetapi elakkan terlalu banyak berborak kosong atau pergi shopping secara berjemaah terlalu kerap. Bimbang kita gagal megawal nafsu apabila melihat kawan2 membeli-belah. Maklumlah, orang pompuan suka pakai baju/tudung sedondon & kadang2 jadi macam pasukan beruniform pula bila semua rakan sebilik pakai baju yang sama😄😄😄.

9️⃣ Jaga makan. Makan seadanya. Jika terlalu kenyang, mata pun layu. Baru baca bismillah….mata dah pejam. Banyakkan minum air zamzam/air kosong untuk elakkan batuk/sakit tekak yang teruk.

1️⃣0️⃣ Istiqomah & disiplinkan diri. Jika ada hari yang kita gagal dapatkan target bacaan, segera gantikan/double kan bacaan pada hari esoknya. Jangan ambil mudah & bertangguh. Set in mind, Al Quran adalah kalam Allah, serius lah untuk khatam.

1️⃣1️⃣ Teruskan dengan solat2 sunat, zikir & selawat. Zikir penenang hati. Ia mampu melembutkan jiwa & menjadi pendinding kepada sifat malas untuk melakukan amalan2 lain.

Berzikirlah & berselawatlah setiap hari

Firman Allah SWT lagi:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Maksudnya:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]

Doa khatam Quran (versi bahasa melayu:

Setakat ini sahaja tip yang mampu saya kongsikan. Moga bermanfaat untuk mendidik diri saya sendiri & sesiapa yang berhajat untuk challenge diri khatam Al Quran di tanah suci.

Jika kita mampu tonton/baca medsoc berjam2 sehari, kenapa tidak menatap Al Quran berjam2 juga?

Wallahu’alam

Fi khairin wa lutfin wa’afiah.

Love as always
💝Zan Aizan💝
Makkah Al Mukarramah

#traveloghaji1443h

#haji1443H

#haji2022

#dhuyufurrahman

Tip Bawa Duit Ke Tanah Suci Mekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullah

Saya nak kongsikan tip bagi orang yang akan menunaikan haji ataupun umrah. Tip ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang kerap lalai & kadang kala terbabas juga😔😔😔.

Bagi yang mampu & mempunyai wang extra, apabila datang ke tanah suci, janganlah sekadar menyediakan wang untuk keperluan makan atau membeli-belah. Bawalah duit kecil (5 atau 10 riyal) sebanyak mungkin setakat yang mampu. Peruntukkan siap-siap untuk bahagian sedekah supaya tak ter “over” budget.

Niatkan untuk bersedekah atau bayar dam kepada pekerja-pekerja di sekitar Masjidil haram. Bagi kaum hawa, perbanyakkanlah bersedekah terutamanya ketika uzur syarie kerana kita akan terhalang untuk melakukan ibadah solat, puasa, tawaf & sa’i (tidak boleh sa’i selagi tak tawaf walaupun blh masuk ke tempat sa’i ketika uzur).

Pekerja Sedang Menyusun Al Quran di Masjidil Haram

Kadang kala, semasa dalam ihram, kita tak perasan kita telah melanggar larangan-larangan dalam ihram contihnya terpotong/gigit kuku, rambut gugur akibat menggaru kepala & sebagainya.
Maka, hulurkan 5/10 riyal (jika sehelai rambut bersamaan dengan 10 riyal, lebih dari 3 helai, bayar dam 60 riyal atau puasa tiga hari atau beri makan enam orang miskin atau menyembelih seekor kambing. Jika rasa rambut gugur lebih dari 3 helai, maka bagilah 10riyal kepada 6 orang pekerja ataupun 5riyal kepada 12 orang pekerja.

Rujuk link ini utk penerangan lanjut mengenai dam:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-haji-korban-cat/4304-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-38-adakah-dikenakan-dam-sekiranya-syak-rambut-gugur

Kaum hawa yang uzur syarie semasa di tanah suci, perbanyakkanlah bersedekah, berzikir & berselawat ke atas baginda Nabi saw. Tidak bermakna, apabila kita uzur, kita hanya berdiam diri di bilik hotel atau “tawaf” di mall sekitar Masjidil haram 🤭😬😄. Belilah biskut/kurma atau apa-apa makanan & edarkan kepada orang yang bersolat di dataran masjid.

Mereka Sentiasa Bersihkan Kawasan Air Zamzam

Baca di blog saya ini untuk amalan-amalan lain yang boleh dilakukan oleh wanita uzur syarie:
http://iamsaljuputih.blog/2020/09/15/amalan-wanita-ketika-haid-uzur-syarie/

Semoga amal ibadah kita menjadi ibadah yang sempurna & diterima Allah swt.

Walaupun Islm itu mudah tapi janganlah dipermudahkan.

Wallahualam

Fi khairin wa lutfin wa ‘afiah.

Love as always
💝Zan Aizan💝

#traverloghaji1443h

#haji1443H

#haji2022

#dhuyufurrahman

Panik Raya???

Persiapan Raya vs Persiapan Akhirat

Assalamualaikum warahmatullah

1 Syawal 1443H merupakan tarikh kejutan bagi umat Islam di Malaysia. Ramai yang tidak bersedia untuk menerima kedatangan Syawal yang sepatutnya menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan.

Sebenarnya , dulu-dulu pun kita pernah berpuasa selama 29 hari & masa zaman saya kanak-kanak dulu memang pengumuman raya merupakan surprise yang di tunggu-tunggu oleh semua orang. Tiada apa yang pelik & bukan sesuatu benda baharu pun.

Ada sikit tips yang saya nak share, bcoz saya selalu buat mcm ni sejak dari saya bujang dulu. Masa tu saya tak bergaji besar (gaji 1st keje cuma RM400.00/bulan) untuk shopping raya sekaligus. So saya kena prepare keperluan raya beberapa bulan sebelum Ramadhan, especially bab nak beli baju raya untuk mak, adik beradik & anak2 saudara. Jika raya di bulan April, saya akan start beli baju untuk mak pada bulan Januari, kemudian beli baju kakak pada bulan Februari & begitulah seterusnya. Akhirnya ia jadi tabiat sehingga sekarang.

Sebagai seorang isteri bekerjaya serta menguruskan hal rumah tangga & anak-anak bersekolah setiap hari, rutin harian agak padat. Dalam masa yang sama, saya turut mencuri masa menghadiri kuliah-kuliah agama serta bertadarus Al Quran bagi menambah ilmu akhirat, maka saya perlu mengatur segala keperluan di bulan Ramadhan & Syawal sebaik mungkin.

Tadarus Ramadhan 1443H

Berikut adalah tip-tip yang boleh saya sarankan supaya semua pembaca tak rasa sambutan hari raya merupakan satu bebanan untuk berbelanja itu & ini:

1️⃣ Beli baju raya sebelum Ramadhan…pada bulan Ramadhan kita boleh fokus ibadah. Lagipun shoppee buat sales tiap-tiap bulan, ramai orang yang berduit shopping baju/tudung tiap-tiap bulan. Jaga berat badan, janganlah dalam tempoh sebulan naik 20kg pulak, tak muat nak pki baju tu nnti😃😃😃.

2️⃣ Barang-barang dapur yang kering tu, sila beli awal. Contohnya gula, kacang tanah, nasi kapit segera, rempah ratus dan lain-lain. Kalau kewangan tak mencukupi, beli berperingkat setiap bulan. Simpan berasingan dari barangan harian.

3️⃣ Kita boleh masak rendang beberapa hari awal sebelum raya, lepas tu freeze kan dalam peti sejuk. Pack kan kecil-kecil & keluarkan sikit-sikit untuk dipanaskan. Pes rendang pun boleh di masak beberapa minggu awal.

Masak Rendang Ayam (28 Syawal 1443H)

4️⃣ Beli daging 2-3 hari sebelum raya. Rebus & freeze kan. Kalau tak muat peti ais, rebus & panaskan setiap hari. Tiada istilah makanan tak fresh bcoz orang sekarang pun memang suka makan fast food🙄🙄🙄 & makanan frozen.

5️⃣ Rancang kewangan & pengurusan masa dengan baik. Plan awal-awal nak masak menu apa, so senang nak prepare barangan untuk di masak. Jangan membazir beli segala mak nenek tapi tak masak pun!

Hari last di bulan Ramadhan masih dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Maaf saya katakan….Sayangnya, ramai yang menumpukan pada persiapan raya pada hari terakhir tersebut & mengurangkan ibadah yang dimulakan sejak awal Ramadhan😔😔. Lebih sedih lagi, sepanjang Ramadhan ramai yang berlumba-lumba untuk khatam Al Quran di sana sini tapi pada hari terakhir Ramadhan, tak sempat membaca satu muka surat Al Quran pun akibat sibuk masak rendang & lemang. Walhal, ia bukanlah makanan yang wajib ada pada hari raya.

Jangan lupa bertakbir, bertahmid & berselawat kepada nabi kita, Muhammad SAW pada 1 Syawal. Ikutlah sunnah Nabi saw yang mana baginda mengajarkan kita supaya makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri serta berpakaian yang cantik/indah (tidak semestinya pakaian baru).

Rancanglah cara hidup kita sebaik-baiknya.
Bersederhanalah dalam berbelanja.
Buat persiapan awal dari pelbagai sudut sama seperti ajal maut yang akan datang pada bila-bila masa. Bukan raya je yang muncul tiba-tiba…ajal pun sama. Ready kah kita untuk menemui Ilahi?

Tepuk dada, tanya iman. Kita lebihkan persiapan raya ataupun persiapan akhirat?

Selamat Hari Raya 1443H

Wallahu a’lam.

Love as always: 💝Zan Aizan💝

Wanita Dambaan Syurga

Nukilan buat almarhumah Mak Pah (Seripah binti Abdul Rahman/Maimunah) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu, 27 Sya’ban 1443H.

Jun 2020

“Zan…Mak Pah dah fikir, takde orang lain yang sesuai. Mak Pah nak serahkan kedai ni kat awak” Katanya

Seri Fesyen Sdn Bhd yang didaftarkan pada tahun 1997 & masih beroperasi sehingga kini

“Erk….” Aku menelan air liur & terdiam.

Siapa aku?

Aku bukan anaknya.

Bukan juga anak saudaranya.

Suami ku pula adalah anak saudara kepada suaminya.

Aku tak pandai menjahit.

Kenapa aku yang dipilih?

Itulah semua persoalan yang berlegar di benak ku selama beberapa minggu. Akhirnya ku temui jawapannya.

Ya! Semuanya pilihan Allah swt! Allah yang gerakkan hatinya memilih aku.

Setelah berfikir beberapa minggu, aku bersetuju meneruskan perniagaan Seri Fesyen Sdn Bhd dengan membayar kos peralatan, mesin2 dan lain2 yang diserahkan. Maka bermulalah aku mengolah perniagaan dari sebuah kedai jahit & sulam komputer kepada sebuah perniagaan yang membekal pelbagai jenis pakaian korporat/sekolah & cenderahati. Sejak itu juga, hubungan kami menjadi lebih rapat kerana sering berhubung & beliau bertanya mengenai perkembangan perniagaan.

12 tahun berlalu…

Alhamdulillah perniagaan berjalan dengan baik. Seri Fesyen Sdn Bhd telah ku upgrade kepada sebuah perniagaan trading & membekalkan pelbagai barangan cenderahati selain fabrik.

Pagi itu, Rabu 30.3.2022 bersamaan dengan 27 Sya’ban 1443H

Sejak malam sebelumnya, hati kecil ku terdetik untuk bersama beliau. Sejak disahkan beliau menghidapi cancer usus (final stage) 2 minggu yang lalu, hampir setiap hari aku & anak2 menziarahi beliau. Kami membaca Al Quran, Ratib Al Attas & Wirid As Sakran ketika di sisi beliau. Beliau sentiasa menadah tangannya ketika mendengar bacaan kami.

Pagi itu, ketika menguak daun pintu, sunyi rumahnya…dan gelap tanpa nyalaan lampu.

Seolah2 tiada penghuni,

Terus sahaja aku ke sisinya. Aku melihat suami tercinta sedang duduk di sisinya, memegang tangannya yang semakin lemah. Sayu….

Aku menggenggam tangan yang sejuk itu,

Sejuk laksana sudah lama berendam ais,

Tangan yang memberi kepercayaan kepadaku untuk meneruskan legasinya.

Tangan yang memulakan perniagaan Seri Fesyen Sdn Bhd.

Ku usap tangan itu & sesekali mengucupnya.

Ia tidak lagi memberikan sebarang reaksi. Ku seru namanya….diam. Beliau tidak lagi membalas pandangan ku. Air mata ku sudah mulai membasahi pipi.

Ku tahu maksudnya…

Aku menatap wajah sayu itu.

Tiada lagi senyuman seperti kelmarin.

Sejuk wajahnya.

Ku usap & ku basahi dahinya.

Sepi namun aku dapat mendengar dengan jelas dengus nafasnya. Dadanya berombak.

Aku mulai berdoa “Ya Allah….permudahkan perjalanan wanita solehah ini. Aku menjadi saksi bahawa beliau adalah seorang isteri & ibu yang baik.” Ku lihat ada air jernih mulai mengalir dari matanya.

Ya Allah, Yang maha lembut, Yang maha pengampun & Maha melapangkan/meluaskan…

Aku bersyukur, sekali lagi Engkau memilih aku untuk bersama wanita ini.

Berada disisinya di saat sakarat.

Seketika kemudian, suami & beberapa orang saudara mara mulai mengelilingi pembaringan. Dimulai dengan bacaan yasiin & surah Al Mulk.

Allah…Allah…Allah….

Aku menyeka air jernih dari matanya.

Tiada lagi dada yang berombak.

Namun lidah masih bergerak.

Sedayanya aku membisikkan kalimah لا إله إلا الله.

Ketika itu bacaan surah Al Mulk sudah hampir dipenghujungnya. Aku berbisik menyeru namanya…nafasnya terhenti disaat kali ke tiga pembacaan “laa illa ha illallah”

Begitulah cara Allah mentarbiahku.

Jika Nabi saw merasa sakit di saat Izrail datang bertandang, apatah lagi kita, umat yang sentiasa bergelumang dosa. Allahuakhbar….


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Saat nadi sudah tidak aku rasai,

nafas juga telah terhenti,

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un”

Hanya itu yang dapat kubisikkan,

sambil tangannya masih dalam gengamanku

Terima kasih Allah.

Meminjamkan kami seorang insan istimewa

Aku menjadi saksi,

Beliau wanita solehah dambaan syurga. Sepanjang hidupnya, tidak pernah meninggalkan suaminya keseorangan & sentiasa menyediakan segala keperluan suami selengkapnya.

Beliau juga bukan wanita yang sering mengadu domba, hatta tidak pernah mengadu sakit kepada suaminya. Sepanjang perkahwinan (1974-2022), tidak pernah sekali pun beliau jatuh sakit ataupun menunjukkan kesakitan kepada suaminya, sehinggalah tiba2 beliau pengsan 2 minggu sebelum ajalnya & disahkan cancer setelah dibawa ke hospital (diceritakan oleh suaminya). Subhanallah….betapa kuatnya seorang wanita menahan kesakitan sehingga mampu menyembunyikannya dari mata kasar seorang suami😭.

Beliau telah kembali kepada Penciptanya,

bersama redho suami tercinta. Mudah sekali pemergiannya. Allahuakhbar😔.

Berbahagialah & tenanglah dikau disana.

Tenang & damai menemui Ilahi 😔

Nukilan ini aku titipkan sebagai peringatan kepada diriku sendiri & sesiapa sahaja yang membacanya.

Jadilah seorang wanita dambaan syurga, wanita solehah yang taat kepada perintah Allah swt & sentiasa menyantuni suami (bagi yang telah berkahwin). Pemergian dalam keadaan mendapat redho suami adalah sesuatu yang diidamkan oleh setiap wanita.

Jazakumullahu khairan kathira kepada yang membaca & mengongsikan nukilan ini kepada yang lain. Semoga kita semua akan kembali kepada Pencipta dalam keadaan husnul khotimah.

Wallahualam

Zan Aizan, 12 Ramadhan 1443H💝6.50am

Zikir Ikhtiar Penyembuh Penyakit

Assalamualaikum warahmatullah

kepada yang sakit, saya kongsikan amalan ketika anak saya demam teruk/panas sehingga tak mampu bangun masa 1st day kami di Turkey.

Me & My son, Syed Hud

Kami tiba di Istanbul lebih kurang pada jam 10 malam pada 25.3.2022. Keesokan harinya dia start demam. Bayangkan kami berada di tempat orang, belum tahu selok belok tempat, cuaca sejuk sehingga mencecah 5-6•C & waktu tengah malam, farmasi/klinik semuanya dah ditutup. Walaupun dah berkali-kali makan panadol & membasahkan tubuhnya dengan tuala lembab, tetapi demamnya tak kebah. Sepanjang malam kami mengawasi suhu badannya.

Keesokkan harinya, sebelum subuh, saya bacakan pada air minuman (pastikan tiada bunyi2 lain ketika membacanya supaya molekul air berubah tak bercampur aduk dengan bunyi lain). Baca dengan yakin/fokus (jangan ada sambil-sambil buat benda lain contohnya buka HP dll):

  1. Ratib Al Attas ~ 1x
  2. Wirid Sakran ~ 1x
  3. Selawat Tibbil Qulub/Syifa ~ 100x
  4. Doa Angin Ahmar ~ 1x

Saya bagi anak minum & sapu kepalanya dengan air tersebut.


Alhamdulillah DENGAN IZIN ALLAH swt, selepas hampir sejam suhu badannya mulai turun.

Subhanallah, dia segar & tiada demam yang berulang sehinggalah kami balik ke Malaysia pada 8.3.2022. Malahan PCR test yang dilakukn pada 5.3.2022 juga menunjukkan resultnya -ve Covid-19.

Alhamdulillah Syed Hud kembali sihat

Semoga bermanfaat bagi yang sakit. Kita sebagai orang Islam yang beriman, jika telah berikhtiar dengan ubat/petua sekalipun, jangan dilupakan bacaan amalan-amalan harian yang telah kita pelajari selama ini dari guru-guru yang mursyid.

Berikut saya kongsikan link wirid & zikir berkenaan:

1. Link Ratib Al Attas👇🏻👇🏻👇🏻

https://youtu.be/lXFwjQiqQ9c

2. Link Wirid Sakran👇🏻👇🏻👇🏻

https://youtu.be/1TXZHxbrVAk

3. Link Selawat Tibbil Qulub/Syifa👇🏻👇🏻👇🏻

https://youtube.com/shorts/NYkWyKRBhv0?feature=share

4. Link Doa Angin Ahmar 👇🏻👇🏻👇🏻

https://youtu.be/oCIJki6iseI

Perkongsian ini merupakan salah satu ikhtiar saya kerana ini merupakan sebahagian amalan harian saya. Ada pelbagai doa & ayat-ayat Al Quran yang lain yang boleh dibaca ketika sakit. Silakan membaca apa sahaja ayat/zikir yang biasa kalian baca, mudah-mudahan Allah swt memberikan syifa kepadamu.

Jazakumullahu khairan kathira kepada guru-guru saya yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu serta membimbing kami semua di jalan Allah swt, sentiasa mengingatkan kami tentang zikir & selawat & mendidik rohani kami agar sentiasa mengingati Allah swt walau di mana berada sekalipun:

1. Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abd Rahman

2. Ustazah Thahirah binti Abdur Rahman

3. Almarhum Habib Ahmad bin Semait

4. Ustazah Fitrah Attareemiyyah

5. Ustaz Uwais Al Qarni

6. Ustaz Zubair Malik

7. Ustazah Muzayyanah binti Abdullah

8. Habib Muhammad bin Alwi Al Attas

9. Dan beberapa orang asatizah yang lain.

Wallahualam.

💖Zan Aizan💖
Isnin, 14.3.2022 (11 Sya’ban 1443H)

Selawat Tibbiyyah/Syifa

Selawat Tibbil Qulub/Tibbiyyah/Syifa adalah selawat penawar/penyembuh penyakit.

Amalkan pembacaannya SETIAP HARI sewaktu kita SIHAT. Sekurang-kurangnya sekali sehari, mudah2han Allah swt memelihara kita dari penyakit yang berbahaya.

Selain daripada itu, ada amalan khusus utk orang yang sedang sakit seperti yang disarankan dalam kitab PEMBUKA JALAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.

Untuk lebih jelas akan maksud yang disampaikan oleh pengarang kitab, Habib Muhammad bin Alwi Al-Attas, saya listkan seperti dibawah:

▶️ Membaca Selawat Tibbiyyah sebanyak 100x sehari selama 40 hari.

Setelah tamat 40 hari, diteruskan bacaan dengan cara berikut:

▶️ Membaca Selawat Tibbiyyah sebanyak 3x setiap kali selesai SOLAT FARDU diikuti dengan bacaan:

  1. Istifar untuk kaum muslimin & muslimat sebanyak 100 kali dalam tempoh 1 hari semalam. Lafaz istifarnya ialah:
    “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat” (Rujuk gambar ke 2)

2. Kemudian diikuti dgn bacaan lafaz istifar “Astaghfirullah hal adzim lii waliwaalidayya….” (Rujuk gambar pertama) sebanyak 10 kali.

Hendaklah beramal dengan bersungguh-sungguh & yakin. Kesembuhan adalah milik Allah swt. Dia yang memberi sakit & Dia lah jua yang memberi kesembuhan. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha & berdoa.

Selain daripada usaha & ikhtiar melalui ubat-ubatan, berusahalah jua melalui apa yang disarankan dalam Islam. Redho dengan apa yang Allah swt “anugerahkan” kepada kita.

Terdapat pelbagai cara perubatan Islam yg boleh diamalkan melalui ayat-ayat Al Quran & sebagainya. Cara yang saya kongsikan ini hanyalah salah satu cara yg telah diijazahkan oleh guru sy, Mualimah Sh Hafsah bin Wan Abdul Rahman, pembimbing Majlis Selawat & Zikir Muslimah Muafakat Ta’lim Pahang (MTP).

Selain daripada itu, terdapat juga amalan-amalan zikir & doa yang boleh kita amalkan untuk mengekalkan kesihatan. Saya kongsikan dalam bual bicara saya di link ini:

Semoga bermanfaat.

Wallahualam

Bacaan Selawat Tibbiyyah

Catatan:

~Zan Aizan~

Al Hafiz Di Persada Ekuestrian

Alhamdulillah pd 15 Syawal 1442H (27.5.2021) telah terbitnya Ebook saya (Zan Aizan) dgn izin Allah swt.


Jom terokai journey seorang huffaz yg mengharumkan nama Malaysia di persada ekuestrian.

Hanya USD2.10 (RM8.40)
Hanya USD2.10 (RM8.40)
Hanya USD2.10 (RM8.40)

Click link ini Ebookstore AizanCollections ini utk pembelian👇👇:

http://www.aizancollections.com/O_dtShowDetails.aspx?qBookID=EA2709&fbclid=IwAR1j3zIGSWKZ6BYKdTc2HFEivR_YC7NVvxjmTvgByzYlvS7vP5X2dbOeimE

Atau wasap ke👇🏻👇🏻:

http://www.wasap.my/60179008008/EbookEkues
utk pembelian secara on9 banking.

Lets watch the synopsis of the book here👇👇👇👇 Don’t forget to subscribe the “aizan collections” channel as well. Thanks all.