Amalan Wanita Ketika Haid (Uzur Syarie)

Bismillah hirrohmanirrohim….

Wanita, dirimu terlalu istimewa. Hargai dirimu.

Beruntunglah seorang wanita kerana terlalu banyak amal ibadah yang boleh dilakukan & mendapat ganjaran sebagai bekalan ke akhirat. Saya sudah kongsikan amalan-amalan ini di laman muka buku saya “Zan Aizan” pada 20 Ramadhan 1441H. Semoga lebih bermanfaat untuk dikongsikan dari blog ini untuk semua para muslimah sejagat.


Saya juga pernah war-warkan amalan-amalan ini untuk wanita-wanita yang uzur syarie atau dengan kata lainnya Allah Bagi Cuti (ABC), ada yang gusar kerana tak dapat melakukan solat hajat atau membaca yaasiin ketika sedang berhajatkan sesuatu yang besar contohnya semasa anak-anak akan menghadapi exam yang besar. Sekarang saya tambah beberapa perkara untuk kesesuaian di bulan Ramadhan.

Wanita Kurang Dari Sudut Agama dan Akal?

Terdapat juga satu hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda pernah bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ‏‏.‏ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ‏.‏ قَالَ ‏ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ ‏‏.‏ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِيَ مَا تُصَلِّي وَتُفْطِرُ فِي رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ

MaksudnyaWahai sekalian wanita, banyakkanlah bersedeqah dan istighfar, kerana aku melihat wanita banyak yang menjadi penghuni neraka. Seorang wanita yang bijak berkata: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Kerana kalian banyak berkata yang buruk dan tidak berterima kasih kepada suami kalian. Aku juga melihat kalian kurang dari sudut dan agama, tapi pada sama aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki yang berakal dibandingkan kalian.

Wanita itu bertanya lagi “Apa maksud kurang sudut aqal dan agama itu?” Nabi menjawab “Kurang dari sudut aqal boleh dilihat dari sudut kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki, manakala kurang dari sudut agama ialah ada hari-hari tertentu kalian tidak solat & berpuasa”

Sahih al-Bukhari (304), Sahih Muslim (79) dan Sunan Ibn Majah (4003)

Imam al-Qasthalani sewaktu menjelaskan frasa kekurangan agama tidaklah semestinya disebabkan oleh dosa, tapi boleh juga disebabkan oleh perkara yang sudah menjadi lumrah manusiawi seperti halnya wanita. (Rujuk Irsyad al-Sari, 1/347)

 

Selanjutnya, boleh rujuk disini:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3157-irsyad-al-fatwa-293-benarkah-wanita-mempunyai-9-nafsu-dan-satu-akal

 

Wahai wanita solehah,

Yakinlah, Allah ya Rahman ya Rahim…maha pengasih & penyayang kepada semua makhluk, Dia lah juga yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Masih banyak amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang uzur syarie di bulan Ramadhan.
Antaranya:
1. Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur
2. Menyediakan makanan untuk keluarganya
3. Bersedekah

4. Berselawat
~ Berselawatlah beratus/beribu2 kali dengan niat yang baik untuk anak dan suami kita. Malahan untuk kesejahteraan keluarga juga. Bacalah selawat apa sahaja:

▶️ Yang simple “Allahumma solli ‘ala muhammadin wa’ala ali saiyidina muhammad” ataupun jika mampu,
▶️ Selawat Tafrijiyah/Nariyah – 100x sehari ataupun jika lebih mampu, menghitung sehingga 4444x ataupun 6666x dlm tempoh yang kita mampu ataupun secara berjemaah
▶️ Selawat Tafrijiyyah, Selawat Asmaiyyah, Selawat  Azimiyyah, Selawat Kubro, Selawat Sultan, Selawat Tibbiyah, Selawat Fatih dan lain-lain
▶️ Atau apa-apa sahaja selawat yang biasa ibu-ibu amalkan. Membaca selawat tidak memerlukan kita berwuduk ataupun berada di tikar sejadah. Jadikan amalan, baca dimana-mana sahaja, sambil melakukan apa-apa sahaja kecuali di bilik mandi/tandas. Jika punya waktu yang cukup, secara beradabnya duduk menghadap kiblat dalam keadaan menutup aurat/sopan. Jika tidak, lakukanlah semampunya.

5. Berzikir. Masyaallah…jika dihitung zikir-zikir yang boleh diamalkan, terlalu banyak! Ikutlah kemampuan masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban. Antara zikir-zikir yang biasa & mudah untuk diamalkan ialah:
▶️ Istighfar: Membaca Astaghfirullah berulang-ulang kali
▶️ membaca Astaghfirullah Halilmukmininawalmukminat (Aku mohon keampunan buat diriku & seluruh muslimin & muslimat)
▶️ Hauqolah – La haulawala quwwata illah billaah
▶️ Tasbih, Tahmid, Takbir: Subhanallah walhamdulillah walaa illa haillallah Allahuakhbar
▶️ Tahlil: Laila haillallah
▶️ Membaca Asmaul Husna
▶️ mengulang-ngulang Hasbi Rabbi jallallah….
▶️ Membaca Al Matsurat dan lain-lain

6. Membaca Ratib. Terdapat beberapa ratib yang boleh diamalkan antaranya:
▶️ Ratib Al Haddad : sebaik-baiknya dibaca selepas Maghrib atau Isyak
▶️ Ratib Al Attas : jika berhajat atau untuk kesembuhan penyakit, bacalah sebanyak 41x
▶️ Ratib Alaydrus Al-Akbar
▶️ Ratib Alaydrus Al-‘Adni
Jika amalan membaca Al Mathurat & Ratib ini memang telah dijadikan sebagai rutin harian sejak bertahun-tahun, maka teruskanlah membacanya walaupun dalam keadaan ABC, kerana ayat-ayat Al Quran yang terkandung di dalamnya telah merupakan zikir-zikir yang kita lafazkan setiap hari.

Kalian boleh download PDF pelbagai ratib, zikir & selawat dari link ini: https://www.academia.edu/14854329/Al_Khulasah_by_Habib_Umar

Cuma, apabila sampai dibahagian Ratibul Fatihah , wanita ABC tidak boleh membaca Surah Al-Fatihah (ada pendapat mengatakan ia boleh dibaca dengan niat zikir sekiranya amalan membaca ratib adalah amalan harian jika telah membacanya secara rutin selama bertahun2), sebaliknya ia digantikan dengan bacaan berikut:

~ Subahanallah wala ila ha illa Allah Allahuakbar (4 kali) diikuti dengan

~ wala haula wala quwwata illa billah hil’aliyyil’azim,  fi kulli lamhatin ‘abada ‘adadakholk(ق)ih, warido nafsih, wazinata ‘arshih, wamidada kalimatih, (tambahan shj, jika tak baca pun tak mengapa)

7. Membaca Terjemahan Al Quran ataupun ayat-ayat quran yang memang kita hafal & amal setiap hari. Contohnya surah Al Fatihah, 3 Qul atau Ayatul Qursi yang kita baca sebelum tidur, ketika bangun tidur, ketika nak keluar rumah ataupun ketika nak masuk ke dalam rumah. Bahkan juga ketika memasak.

Bagi pelajar-pelajar di madrasah, ada yang meneruskan bacaan hafalan mereka walaupun ketika ABC kerana itu telah menjadi rutin harian mereka. Jika terhenti terlalu lama, ia akan menjejaskan hafazan mereka.

Ibu-ibu juga boleh bangun di sepertiga malam seperti biasa & duduk di sejadah sambil membaca ratib & zikir-zikir ini dalam keadaan menutup aurat. Tak perlu ambil wuduk.

Inilah serba ringkasnya yang dapat dikongsikan. Jika tak mampu lakukan semuanya, pilihlah mana-mana yang dirasakan mampu. As long as kita berkehendak, Insya Allah Allah swt berikan ganjaran. Setiap amalan ada ganjarannya, mudah-mudahan Allah memberi ganjaran syurga kepada kita semua.

Selain daripada amalan-amalan ini, wanita juga dituntut menjaga aurat, menjaga aib keluarga & mendidik serta mentaklimkan anak-anak dengan pelbagai ibadah yang lain. Yang penting ibadah dilakukan secara istiqomah walaupun sedikit. Supaya apabila ABC kita semua akan tetap dapat melakukan ibadah tersebut kecuali bersolat & berpuasa.

Ilmu & pengetahuan saya yang cetek ini dikongsi bersama hasil dari curahan ilmu dari guru-guru mulia serta kitab-kitab yang berikut:

1. Almarhum Habib Ahmad Semait – Penulis & penterjemah kitab-kitàb arab serta pemilik kilang percetakan Pustaka Nasional (PN) Singapura
2. Ustazah Thahirah Abdur Rahman – Pendakwah, penulis & penterjemah kitab fiqh (Singapore)
3. Ustazah Sharifah Hafsah binti Wan Abdul Rahman – Pembimbing Selawat & Zikir Muslimah Pahang
4. Ustazah Fitrah – Tenaga pengajar di Hadraulmaut, Yamen
7. Ustaz Zubair bin Malik – Pengasas Formula Al Hidayah, Pahang
8. Ustazah Muzayyanah binti Abdullah – Pendakwah bebas, penulis kitab, Pemilik Al Fawwaz Travel & Tours serta Pusat Tahfiz Darul Fawwaz
9. Rujukan kitab – Permasalah Fiqh terjemahan Al Fadhil Ustaz Muhammad Awis Qarni bin Abdul Wahab (Uwais al Qarni) – Mudir Ribat Mustofa & Ribat Az Zahra Kuantan serta pembimbing Pertubuhan Muafakat Ta’lim Pahang (MTP)

Kitab-kitab ini boleh didapatkan dari mana-mana kedai buku atau secara online:



Sebagai penutup, sudi saya ingatkan, saya bukan asatizah. Jauh sekali sebagai insan yang layak untuk membahaskan apa-apa ilmu Fiqh atau Tasawuf. Saya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari & saya sendiri amalkan. Mudah-mudahan mampu memberi manfaat kepada golongan hawa yang lain. Kaum ibu mempunyai banyak peluang untuk beribadah, maka jangan disia-siakan peluang yang ada.

 

Saya berpegang kepada kata-kata hikmah ini:

“Jangan sekadar menjadi pencatat & pembaca, tetapi jadilah pengamal & sebarkan. Semoga kamu beroleh keberkatan daripada apa yang kamu telah usahakan”

Semoga bermanfaat. Wallahua’lam.

Nukilan ikhlas:
Hamba Allah yang fakir
~ Zan Aizan ~

3 thoughts on “Amalan Wanita Ketika Haid (Uzur Syarie)

Leave a comment